Showing posts with label tentang benda. Show all posts
Showing posts with label tentang benda. Show all posts

Baju Raya Mak Iloi Iloi

Woi woi woi!

Ada siapa siapa tak beli tshirt raya lagi? Ada siapa siapa yang rasa duit dia macam terlebih tahun ni? Ada siapa siapa yang rasa nak tolong orang melayu meniaga? Gua ada jalan penyelesaiannya. Kekeke. Sempena hari baik bulan baik ni gua nak promote satu kompeni jual tshirt, member gua yang punya. Jadi terimalah.







Nota Penting : Model dipinang berasingan.


Ada yang berkenan tak? Harga tshirt ni RM15 je sehelai, kalau nak suruh poskan kena tambah lagi RM5 buat upah posmen. Siapa kabor mahal lagi gua boleh geleng kepala je la. Jadi kalau berminat boleh isi borang pesanan di SINI.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh follow fesbuk diaorang di facebook.com/makiloioloi atau follow @MakIloiIloi di twitter.



P pakaikan baju kat S : Siapa beli baru gua kasi datang beraya rumah gua!

Fenomena





Mende hal ni? Engko orang tweet dulu, engko orang tweet dulu, jangan harap aku nak tweet dah..kahkahkah..


P mention S : Apa mende la gua nak buat malam ni karang..

God of Cookery

Bila sebut pasal makanan dan masakan,kita akan terbayang golongan mak,chef yang kebanyakannya lelaki,pakcik tukang masak dekat kenduri dan brader tukang masak kedai siam. Gua bukan nak mempersoalkan jantina siapa lagi hebat,jangan risau,gua bukan ultras lelaki cuma gua nak memberi pendapat kenapa kebanyakan makanan yang dimasak oleh golongan lelaki lebih power dari golongan makwe.

Gua percaya golongan makwe terlalu mengharapkan buku resipi ketika baru hendak belajar memasak. Ketika golongan makwe sibuk membelek buku resipi,golongan lelaki telah mempersetankan buku resipi dan mencuba bereksperimental dengan berbagai jenis masakan. Mereka menolak norma dan undang-undang dalam memasak. Apa yang golongan lelaki pentingkan ialah lidah mereka. 

Kadang-kadang golongan lelaki turut melawan arus ketika memasak. Mereka terlalu rebel dalam masakan hinggakan seringkali mereka membuat sesuatu yang gila seperti meletakkan bunga kantan dalam sup. Tetapi hanya sesuatu yang gila mampu menjadi sesuatu yang genius. Terlalu biasa dan berhati-hati boleh membosankan dan inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh golongan makwe.

Fokus ketika memasak. Gua sangat yakin golongan lelaki lebih fokus ketika memasak. Bila mereka turun ke dapur,mereka telah bersedia memberikan segala tumpuan pada masakan. Rasa hormat dan fokus pada masakan membuatkan makanan itu mempunyai soul yang tersendiri. 

Berlainan dengan golongan makwe yang selalu melakukan kesilapan kedua,tidak respek pada seni memasak. Memotong bawang sambil bergayut dengan pakwe,tengah menumis sempat lagi jeling ke rancangan melodi kat tivi,tunggu kuah mendidih pun sempat belek cermin lagi menyebabkan masakan mereka hilang punca.

Seperti yang kita tahu,keadaan dapur ketika golongan lelaki sedang memasak adalah sangat neraka. Lesung batu,pisau,penapis,blender,bawang,periuk bergelimpangan tetapi ini juga yang menyebabkan makanan mereka mempunyai rasa. Suasana memasak yang havoc dan fun menyebabkan lelaki lebih bersemangat ketika memasak.

Cuba bayangkan golongan memakwe memasak. Lepas guna piring sebijik basuh,lepas ambek sos tiram simpan semula dalam peti ais,lepas tapis santan,basuh semula penapis. Ini sangat-sangat skema. Cara memasak yang terlalu skema menyebabkan golongan makwe telah membahagikan otak mereka. 

Mereka harus tahu yang bila memasak kita harus memasak sahaja. Kerja-kerja membasuh perkakas dan menyimpan barang harus dilakukan ketika kerja memasak sudah siap atau pun telinga dipulas oleh mak sahaja. Seni memasak adalah seni yang senang dipelajari tetapi sukar dimahiri. Celaka,power jugak ayat gua ni..

Gua harap golongan makwe yang membaca entri gua ini dapat belajar sesuatu. Cuba jadi sesuatu yang wild atau seekor Kitchen Animal ketika memasak,percayalah anda akan melihat perbezaannya. Ketika gua menulis entri ini,gua baru sahaja lepas memasak. Dan hari ini,gua belajar sesuatu,terlalu kreatif juga boleh membunuh.



Maggi goreng Asam laksa misalnya..



P ajar S siang ikan : Kalau lu kata lu sudah terlalu terlambat untuk belajar memasak,lu gila!

Ulat Bulu

Ulat bulu atau Hairy Carpenter dalam bahasa orang putih merupakan serangga yang tidak bertulang belakang. Nama saintifik spesies ini ialah porthesia scintillans. Ulat bulu berasal dari keluarga lymantridae dan mempunyai kitaran hidup selama 26 - 31 hari. Antara tanaman yang sering diserang spesies ini ialah kacang panjang dan kacang soya.

Antara kerosakan yang sering didapati ialah di kawasan lenggai di mana ulat bulu memakan lenggai kacang dengan mengikis permukaan atau kulit lenggai. Ini akan menyebabkan buah menjadi cacat atau rosak. Kawalan yang sering dilakukan terhadap ulat bulu ialah dengan menggunakan racun serangga seperti permethrin(5 hst),deltamethrin(5 hst),tebufenozide(7 hst) dan diflubenzuron(7 hst).


Tapi apa cilake kat portal serangga ni tak tulis pun yang kalau kena ulat bulu boleh bengkak muka sampai 3 hari?!!!!Faking!!





P lumur garam ke muka S : Orang kata selain garam,rambut juga boleh menghilangkan kesan ulat bulu. Harap-harap makwe tak kisah pinjamkan rambut dia sekejap time dating nanti...kehkehkeh..

Twitter

Semua orang tahu gua takde twitter tapi tak semua orang tahu kenapa gua takde twitter. Jadi kali ni gua nak kasitahu pada semua orang yang tahu gua takde twitter supaya diaorang tahu kenapa gua takde twitter.

  • Femes - bila gua dengar perkataan twitter,automatik gua akan terbayang orang yang femes macam artis,pornstar,player bola,menteri kerja raya,tycoon-tycoon business dan bersepah lagi orang yang rasa diaorang femes dan memang diaorang femes pun. Gua pun rasa gua femes tapi gua tahu gua tak femes di mata orang jadi kat sini gua dah rasa takde point nak buat twitter.

  • Masa - Gua rasa kalau gua ada 36 jam sehari pun gua takkan ada masa nak mengadap twitter. Pernah rasa macam orang bongok mengadap timeline sehari suntuk? Lu orang pergi basuh muka kejap bila balik tengok dah panjang berjela time line lu orang. Ini sangat-sangat menjengkelkan.

  • Suram - Suram gua kat sini maksudnya tak meriah,kalau kat fesbuk lu orang boleh tengok video,gambar apa sume tapi kalau kat twitter lu orang boleh jumpa link je. Gua tahu benda ni praktikal tapi ia akan nampak membosankan. Untuk orang yang cepat bosan macam gua,dikhuatiri benda camni akan mengundang carutan dan makian.

  • Mustahil - Bayangkan lu orang follow 100 orang dan 100 orang tu memang kompem-kompem syaitan twitter yang akan twit memanjang dari pagi sampai ke pagi. Apa lu orang ingat lu orang boleh follow apa yang 100 orang ni cakapkan?Kalau lu orang boleh follow 100 orang ni tanpa miss satu twit pun kasitau gua sebab gua rasa benda ni adalah sangat neraka mustahil.

  • Takut - Takut ialah king of sebab kenapa gua takde twitter. Gua takut gua mencarut kat member yang gua rapat sebab gua tak puas hati tengok apa yang dia cakap kat twitter. Gua takut gua tak boleh kawal diri gua dan sebabkan raksasa dalam diri gua keluar. Dalam dunia twitter di mana semua orang boleh cakap apa saje,mudah kita akan jadi orang yang membencikan. Cuba bayangkan satu situasi,ada sorang member gua kemain lagi twit dengan makwe gua tak ke pasal-pasal gua pergi sound member gua tu pig from hell.



Gua boleh kasi banyak lagi sebab tapi buat masa ni cukuplah yang ni saje. Mana-mana syaitan twitter yang tak puas hati boleh kasitau pandangan lu orang. Jangan risau,gua boleh tahan demokrasi jugak kadang-kadang..Oh ye,gua dah deactivate fesbuk gua,formspring pulak under maintainance. Tiba-tiba 3-4 hari ni gua rasa macam manusia sedikit.



P retweet S : Oleh sebab gua puaka biasa,lu orang jangan berkira sangat la kalau tengok esok lusa tiba-tiba nama gua naik kat time line lu orang. Paksaan makwe kadang-kadang susah nak tolak..kehkehkeh..

Ilham

Kadang-kadang nak buat sesuatu kerja ni kena ada ilham,tak ada ilham susah kerja nak gerak. Ilham yang gua nak cari ni pulak bukan calang-calang punya ilham sampaikan ilham jenis macam ni ada kat Kuantan dengan Las Vegas je.

Kalau nak diikutkan kat Kolumpo pon boleh dapat ilham jugak tapi oleh sebab 3-4 hari ni punca ilham gua takde kat Kolumpo,gua cepat-cepat lari balik Kuantan. Gua harap gua boleh setelkan kerja gua yang tertangguh ni sebelum 10 haribulan April ni,kalau tak memang malu gua nak mengaku gua hero.

Oleh sebab gua dah berjanji dengan tuan punya kontest,nak tak nak memang gua kena teruskan. Ikutkan perangai malas gua memang gua nak buat bodoh je,bukan diaorang boleh saman gua pon kalau gua tak submit entri gua tapi bila pikir-pikir balik malu pulak kat makwe kalau buat perangai camni ye dak?

Dalam proses menjayakan kerja ni,habis semua peluh keringat,darah,tenaga,kuasa ghaib,naluri,perasaan,idea gua curahkan. Menang tak menang belakang kira,asal gua dapat habiskan kira dah cukup bagus dah bagi gua.

Jadi gua harap lu orang dapat bersabar dengan gua kalau gua ada tercarut tak tentu pasal,jadi baran tiba-tiba atau berkelakuan tak seperti gua yang normal dalam minggu ni. Kemungkinan besar gua bereaksi pelik kerana sedang menghadapi tekanan menyiapkan kerja.

Gua yakin lu orang akan terpesona dengan hasil karya gua nanti. Lu orang tak terpesona pon gua peduli apa,jangan sampai gua tahu sudah. Terus terang cakap gua tak tahu macam mana nak tamatkan entri kali ni,jadi gua harap lu orang tak berkira sangat la ye kalau entri kali ni takde ending.

Ok,gua pergi sambung buat kerja gua semula. Bai.





P kasi ilham kat S : Gua syak siap je karya gua ni nanti gua nak ambek cuti sekejap..

Makhluk Paling Magic

Perempuan ialah makhluk yang paling misteri.Lu orang tengok la National Geographic banyak mana pon,baca la "buku" apa pon,tanyalah para cendiakawan mana pon,gua berani jamin lu orang takkan berjaya merungkai kemisterian perempuan.

Pernah terfikir nak makan apa-apa dan tiba-tiba mak lu orang masak makanan yang lu orang teringin sangat tu?Pernah demam atau sakit dan tiba-tiba mak call tanya khabar macam tahu-tahu je lu sakit?Pernah terfikir pasal apa-apa benda dan mak lu macam tahu apa yang lu fikirkan?

Magic kan mak?

Dalam banyak-banyak benda hidup,naluri perempuan lebih-lebih lagi golongan mak la yang paling tepat. Itupon kalau naluri tu tak digunakan mengikut nafsu. Kalau nak diikutkan naluri makwe pon kadang-kadang tepat jugak tapi mungkin naluri makwe ni jadi tak tele bila dipengaruhi dengan perasaan macam jeles membabi buta.

Memahami perempuan ialah antara benda yang susah di dunia. Kalau wujud subjek memahami wanita gua yakin 70% golongan lelaki akan kandas. Punyalah susah nak memahami perempuan sampai kadang-kadang perempuan pon tak faham dengan perempuan ye dak?

Lelaki jarang gila gaduh dengan kawan baik tapi perempuan boleh bergaduh dengan BFF pastu baik semula gaduh semula,BFF dengan orang lain pulak pastu gaduh lagi baik semula dan apa semua bagai lagi.Sebabnya senang je, perempuan pon tak faham hati perempuan lain.

Bila lelaki sebut "ya" lelaki tu memang akan maksudkan "ya".Tapi bila perempuan beri jawapan "ya",ia boleh jadi macam-macam benda.Perempuan jugak terlalu banyak bahasa yang susah kita nak faham.Bila seorang perempuan bersetuju tak semestinya dia bersetuju.Bila dia marah dia mungkin sayang.Bila dia menangis dia mungkin gembira.Bila dia menghalang mungkin dia sebenarnya menggalakkan.Bila dia bersahaja dia mungkin benci.

Susah kan nak faham diaorang?

Tapi jangan jadikan alasan sukar memahami untuk kurangkan jumlah kasih sayang kita.Sepatutnya makin susah kita nak faham sesuatu benda,semakin eksaited kita nak tahu pasal dia,semakin banyak juga la kasih sayang kita padanya.

Objek pemusnah atau objek spirit,perempuan boleh jadi kedua-duanya.Untuk menghancurkan dunia, serahkan pada lelaki dan dunia akan hancur tapi untuk menghancurkan lelaki serahkan pada perempuan dan lelaki akan hancur.

Tapi cuba kalau ada makwe cakap macam ni,"abang kuat kan?Boleh tolong sayang angkatkan beg ni kan?".Lu letak la berat beg tu 80 kilo pon lelaki tu lemah macam mana pon mesti dia boleh angkat jugak ataupon sekurang-kurangnya menunjukkan usaha  kalau dia tak boleh angkat,dia akan panggil mana-mana puaka tolong angkatkan sama-sama.

Mungkin sampai bila-bila kita takkan berjaya meleraikan misterinya perempuan.Mungkin sampai sudah pon kita takkan faham dengan perempuan.Tapi bagi makhluk yang diciptakan oleh Tuhan dan terlalu banyak sikap penyayang dan perasaan di dalamnya,mungkin jawapannya ada pada rasa kita sendiri.

Bencilah dia dan dia akan jadi musuh paling ketat lu hadapi.
Sayanglah dia dan dia akan sayang lu melebihi nyawanya.
Cintailah dia dan dia akan mencintai lu hingga langit bertebaran.


Selamat Hari Wanita Mak!Selamat Hari Wanita Along!Selamat Hari Wanita Angah!Selamat Hari Wanita De!Dan Selamat Hari Wanita Sayang!!




P cium pipi S : Jika ada makhluk paling magic,mungkin wanita salah satu darinya.

Seni Perkelahian

Dalam setiap benda ada seni yang tersendiri. Dari menulis entri,mengorat makwe sampailah kepada perkelahian. Jika terlibat dalam perkelahian perlu ada seni untuk mengelakkan kita dilabelkan lauk dan lubuk.

Pernah terlibat dengan perkelahian? Tak tahu apa perlu dilakukan jika lu orang tiba-tiba terpaksa berkelahi?Takpe,gua akan terangkan secara ringkas dan padu.Oh ye,mungkin gua hanya akan tumpukan pada skop bila lelaki-lelaki berkelahi saje sebab scene gaduh tarik-tarik rambut macam golongan makwe selalu buat ni gua tak berapa mahir sangat.

Dalam setiap benda,pasti akan ada kesalahan-kesalahan yang selalu orang buat tanpa sedar dan dalam perkelahian kesalahan paling besar sekali ialah salah memilih pihak lawan. Kalau lu tahu lu tak boleh makan lawan lu,jangan berlagak power melainkan lu ada menuntut ilmu kebal.

Pemakaian juga memainkan peranan penting. Jangan sesekali memakai kain pelikat ketika bertarung lebih-lebih lagi jika lu selalu menggunakan skill kaki.Kalau lu tak jatuh terlentang masa buat high kick,lu mungkin akan dibogelkan oleh pihak lawan.

Pakaian yang paling sesuai ketika berkelahi ialah singlet dan seluar jeans yang tidak terlalu ketat.Sebenarnya gua rasa boxer lagi sesuai dipakai ketika bergaduh tapi tak pernah lagi buat dek orang pakai boxer pergi berkelahi kat lorong..

Bergaduh dengan isteri dalam bilik mungkin boleh..

Pemilihan senjata juga penting,senjata yang panjang dan kukuh seperti besi paip dan spanar mungkin menjamin kepuasan ketika menghentak kepala musuh.Elakkan menggunakan senjata seperti pisau kerana pisau hanya untuk golongan mak memotong bawang.Lagipon tak brader langsung guna pisau berlawan dengan orang.

Keadaan cuaca memainkan peranan penting.Kalau hujan lebat,petir sambung menyambung duduk je dalam rumah diam-diam.Jangan nak berlagak hero filem hong kong sangat la pergi bertempur tengah hujan..Bongok tahu tak?

Skill bertempur yang paling asas ialah menggunakan tenaga yang paling kurang tapi mampu memberikan impak yang paling kuat.Gua selalu tengok kalau orang bergaduh mesti macam cilake,hayun tangan laju-laju macam enjin motorbot pastu tak dan 5 minit dah termengah-mengah.

Gunakan otak dalam berkelahi.Orang yang menggunakan kuasa otak biasanya akan memenangi perlawanan berbanding orang yang menggunakan kuasa badan.Kuat macam binatang pon tapi tak guna otak tak guna jugak ye dak?

Dalam minit-minit awal pertarungan,bertahan saja,lindungi muka dan badan lu orang dengan tangan.Bertahan tapi jangan sampai jatuh.Siapa jatuh dia kalah.Cari saat paling sesuai dan tampar kedua belah bahagian tepi kepala pihak lawan anda dengan kuat.Bukan pipi tapi tepi kepala,paling afdhal bahagian telinga.

Selain itu selang seli dengan pukulan curi dan tendangan ke arah kerandut zakar pihak lawan.Tapi tunggu pihak lawan leka atau kehabisan tenaga.Kalau dapat cedok perut sedas dua tu dah kira bonus.

Jika lu berjaya menang cepat-cepat lari dan pergi bertaubat.Jika kalah cepat-cepat bangun dan lari pergi dapatkan rawatan.

Tapi jangan mulakan perkelahian dalam situasi tertentu.

Jika lawan lu orang sampai sebuah bas ramainya dan lu cuma seorang,lari!
Jika lawan lu orang menggunakan senjata api,lari!
Jika lawan lu orang seorang pegawai polis,lari!
Jika lawan lu orang seorang pengamal santau,lari!
Jika lawan lu orang merupakan bakal ayah mertua lu orang,lari!

Percaya atau tidak,pengecut biasanya merupakan orang yang paling lama hidup.


Jadi jangan ingat melarikan diri itu tidak termasuk dalam skill perkelahian.Tapi gua nasihatkan kalau boleh,tak payah bergaduh la.Sakit-sakit badan je berkelahi ni,kalau lu orang superman ke hulk ke relevan jugak nak cari gaduh dengan orang.Banyak mana pon line lu orang,lu tetap akan mati.Kuat camne pon lu,kena gigit dengan aedes kena jugak denggi.



Jadi mulai sekarang bolehla mula buat lebih ramai jodoh dari musuh..






Hari Cinta

Hai!!!!

Sempena hari dan bulan yang indah ni,abang leplep akan bicara pasal cinta. Apa? Geli? Ok,pergi berambus sekarang sebelum abang leplep terajang. Abang leplep benci tau siapa yang tak serius baca entri abang leplep kali ni..

Cinta..hmmm..Cinta sebenarnya lagi kompleks dari benda yang paling kompleks dalam dunia ni. Benda apa paling kompleks dalam dunia tu lu orang pandai-pandai la tengok national geographic. Takkanlah semua abang leplep nak ajar ye dak?

Cinta ialah benda yang tak perlu diajar,semua orang pandai bercinta sebenarnya. Mungkin kadang-kadang masa yang salah,orang yang salah atau keadaan yang salah sampai membuatkan orang rasa yang dia tak pandai bercinta. Percaya pada abang leplep,bila orang yang sesuai datang lu akan jadi lagi power dari romeo,lagi steady dari majnun dan lagi true dari shah jehan.. 

Cinta mesti datang dengan dugaan,dengan cabaran,dengan ujian dan kadang kala dengan segerombolan penjahat. Cinta yang paling power ialah cinta yang paling steady. Steady ni penting dalam bercinta,kalau lu tak steady lu mudah gelabah,jeles,takut,keliru tak tentu pasal.

Paling susah dalam percintaan ialah bila ia datang dengan pilihan. Kadang-kadang bila disertakan dengan banyak pilihan ni la yang buat kita kalah atau mengaku kalah. Pilihan antara pakwe dengan study,pilihan antara makwe dengan makwe lain,pilihan antara family dengan pakwe dan bermacam-macam pilihan lagi.

Setiap orang ada cara tersendiri dalam bercinta. Lain orang lain permainannya,asalkan cara lu orang tu betul dan mampu pertahankan cinta lu orang abang leplep takkan pertikaikan..Tapi jangan yakin sangat,jangan yakin sangat ye semua.Selagi saksi tak cakap sah,lu belum kompem diisytiharkan menang..

Kalau nak cakap pasal cinta,abang leplep perlukan lebih dari seribu entri,lebih dari seribu bulan,lebih dari seribu perasaan,lebih dari seribu lautan,lebih dari seribu kenangan untuk menggambarkan apa itu cinta. Punyalah susah nak mendefinisikan cinta ni sebenarnya tapi demi lu orang,abang leplep akan terangkan dengan definisi paling mudah.

Cinta ni macam soalan objektif,ada jawapan salah,hampir betul,betul dan paling betul. Tak semua orang dapat jawapan paling betul dengan sekali cubaan. Ada orang yang jawap salah tiap-tiap kali dan terus givap. Ada yang jawap salah tapi terus melawan dan akhirnya dapat jawapan yang paling betul. Ada orang yang jawap hampir betul dan belajar dari kesilapan itu.

Ok,abang leplep pon dah tak faham sangat dah dengan definisi abang leplep kasi tu. Faking betei tapi lu orang buat-buat paham jelah..kecik pulak hati abang leplep ni nanti..

Minggu depan merupakan Vday.Secara ikhlasnya,abang leplep rasa Vday ni memperlekehkan rasa cinta itu sendiri.Perlu ke satu hari untuk memperingati pasangan sedangkan kita perlu setiap hari untuk salurkan perasaan kita. Kamon la,jangan nak Vday Vday sangat..Abang leplep tampor sorang-sorang nanti.

Cinta perlu diraikan setiap hari dan bukannya pada hari-hari tertentu sahaja.Jika hari ini hari cinta,esok juga hari cinta. Jika hari ini lu bahagia,belum tentu esok kan jadi sama. Jadi bercintalah selagi boleh.



P tulis nama S atas batu : Kepada makwe-makwe,Selamat hari cinta sayang abang leplep ucapkan..hikhik..



entri hujung-hujung tahun

- 2010 ialah tahun yang biasa-biasa saje bagi gua..

- tahun ni gua masih memegang jawatan kutu secara steady dan tenang..

- tahun ni juga gua jatuh cinta,putus cinta,jatuh cinta,putus cinta dan jatuh cinta kembali.

- tahun ni level kepuakaan gua biasa-biasa saje,benda paling puaka gua pernah buat tahun ni pon setakat baling batu kat penampal poster ceramah parti keadilan je..

- gua masih bankrap pada kadar yang serius tahun ini.

- seperti tahun-tahun yang lepas,azam berhenti merokok gua masih tidak berjaya ditunaikan dan akan dibawa ke tahun hadapan..

- hubungan dengan family masih di tahap yang mesra dan tidak sampai kepada scene curah-curah asid atau tikam-tikam perut sesama family.

- jadi sempena tahun baru yang akan menjelang tak sampai beberapa jam lagi,gua akan sertakan azam gua pada tahun hadapan.

- azam baru gua ialah tanggungjawab gua sendiri.

- gua berhak menukar atau menunda azam gua tanpa memberitahu terlebih dahulu.

- segala kelewatan menunaikan azam tidak akan dibayar ganti rugi.

- azam-azam tersebut ialah :

  1. berhenti merokok
  2. menjadi pakwe yang lebih steady
  3. menjadi seorang puaka yang bertoleransi
  4. memegang jawatan penting seperti pemungut cukai dan penjual laser
  5. tidak terpengaruh dengan dunia mainstream
  6. memukul siapa-siapa saje yang bernama azam


p halalkan hutang s tahun lepas : harap-harap semua kedai gunting rambut tutup sepanjang tahun depan..





potong

bila tiba je cuti sekolah,ada satu benda yang budak-budak lelaki cukup takutkan..sesi pemotongan beramai-ramai..mana yang cekal hati tahun ni dah dapat title true lelaki,mana yang goyang pulak terpaksalah tunggu lagi setahun takpun sampai dieorang dapat terima kenyataan yang by hook or by crook potong tetap potong..

gua berkhatan time darjah 4..entah darjah 3 nak masuk darjah 4 ke darjah 4 nak masuk darjah 5 gua dah lupa..yang gua ingat darjah 4 je..tapi masa tu dah cukup champion kalau darjah 4 dah bersunat,yelaa kawan-kawan lain sibuk lagi main baling selipar,kite pulak dah mula berfikiran matang dan merancang masa depan..

kat sekolah,makwe jeling lain macam..makwe memang suka lelaki yang muda-muda lagi dah potong ni,jantan katanya..lagipon semua orang tau siapa yang dah masuk jawi baru boleh kahwin,time tu kalau start cari nama anak pon takde sape nak bangkang..

bila ustaz tanya dalam kelas siapa yang dah berkhatan,cepat-cepat angkat tangan sambil buat muka angkuh..kalau nak diikutkan pose angkat tangan tu lagi riak dari pose angkat tali pinggang wrestling..mana budak-budak lelaki yang belum potong tu menunduk malu,mana makwe-makwe yang tengok tu cepat-cepat hulur buku suruh tulis biodata..

pada tahun ini,adik bongsu gua turut terlibat sama dalam sesi pemotongan..nak kasi spirit punya pasal,terpaksa gua balik ke kuantan sekejap.makwe juga terpaksa ditinggalkan demi misi ini tapi apalah kiranya sehari dua ditinggal-tinggalkan asal dapat tinggal bersama sampai bila-bila nanti ye dak?

time sampai ke klinik,adik gua dah mula berpeluh-peluh.tadi kat rumah lain macam dia punya eksyen,siap main libas-libas kain pelikat lagi,tapi sampai kat klinik dah mula muka pucat lesi..nampak sangat kegagahan seorang abang memang tak dapat diwarisi.

atas ikatan kekeluargaan yang kukuh,gua dekati adik gua dengan muka matang."jangan takut sangat,nak jadi lelaki kena steady.kalau nak bersunat pon takut camne nak ngorat makwe nanti",kata gua sambil mengusap-usap belakang adik gua..

"sakit tak?",soal adik gua dengan mengharap gua akan memberikan jawapan yang mampu meredakan hatinya.."tak sakit pon,macam kena gigit dinasour je",jawab gua jujur.



adik gua senyum pahit..

jatuh cinta,putus cinta,jatuh cinta itu perkara biasa.

hi peeps!

ok,cubaan untuk gua rase mcm omputih dengan buat intro camtu gagal rasanya.gua ada satu pengumuman penting untuk diberitahu,gua dengan cikpelangi dah clash,lebur,habis,lerai,langsai,wassalamu,muflis,undertaker dan apa-apa saja ayat yang seangkatan dengannya..

sebab?jangan tanya,nanti gua lempang sorang-sorang.gua cuma boleh katakan kitaorang clash kerana kehendak alam dan persekitaran..cewahh..anggap jelah yang cik pelangi bertuah kerana terlepas dari puaka seperti gua dan malang kerana terlepas seorang jejaka yang kacak.

rabak?takdelah,gua tak rabak.sikit pon tak rabak.gua putus cinta macam hisap rokok..dah biasa sangat sampai kalau setahun gua tak putus cinta gua rasa tak sedap hati..buat cik pelangi,terima kasih kerana mengisi kesunyian seorang puaka selama ini.ada jodoh kita jatuh cinta lagi.

pengumuman kedua yang gua nak buat ialah gua dah jatuh cinta!yes,kalau jatuh cinta selepas putus cinta itu berlaku terlalu cepat dan ditakrifkan salah,gua memang jantan durjana.buat masa ini hanya itu yang gua boleh kasitau,kalau ada berita baik gua akan hebah-hebahkan.

jatuh cinta itu perkara biasa,putus cinta juga perkara biasa tapi untuk mengekalkan cinta,perlu ada suatu benda yang luar biasa..keh keh keh.

lampu aladdin

"If,kalau tibe-tibe lu jumpa lampu aladdin,lu nak mintak hajat ape?",tanya seorang puaka yang berlainan jantina pada gua suatu waktu dahulu..

"Lu percaya tak kalau gua kata gua nak mintak gua bahagia tak kisahla apa pon keadaan gua?",kata gua sambil merenung tepat ke arah matanya,nak kasi nampak ayat gua tu macam ada jiwa..

"Yes,gua percaya tapi kenapa bahagia?kenapa tak mintak jadi kaya je,bahagia jugak",jawab puaka tersebut sambil mengalihkan pandangan matanya.

"Sebenarnya jadi kaya ni tak bahagia,gua kenal ramai orang kaya tapi tak pernah gua jumpa sorang yang betul-betul bahagia..hari-hari stress fikir camne nak tambah duit,hari-hari stress fikir hal business,dieorang mungkin kaya lahiriah tapi gua tak syak dieorang kaya batiniah",kata gua berfalsafah.

"Mintak la jadi femes kalau camtu?jadi femes kan macam bahagia?",tanya puaka tersebut sambil menghirup milo panas.

"Tak bahagia jugak jadi femes ni.apa lu ingat bahagia ke hari-hari fikir camne nak maintain femes..pergi mane-mane orang kenal,takde privacy langsung..satu tahun dua tahun mungkin ok.tapi kalau bertahun-tahun akan sampai satu masa dieorang akan fedap jugak jadi femes",jawab gua sambil menjeling makwe meja sebelah.

"Ingat apa yang gua nak cakap ni..lu mintak jadi kaya,bila-bila masa lu boleh jatuh muflis..lu mintak jadi femes,bila-bila masa ade orang akan sabotaj lu sampai semua orang akan lupakan lu.lu mintak jadi cantik ke kacak ke benda tu tak kan kekal lama.buatnya hari ni lu mintak jadi cantik pastu esok ada orang curah asid kat muka lu,nak buat camne?ingat hari-hari ke boleh jumpa jin aladdin?tapi kalau lu mintak jadi bahagia,takde sorang pon boleh rampas kebahagiaan lu..lu miskin la camne pon,buruk camne pon lu tetap akan steady..sebab ape?sebab lu dah memang-memang bahagia",tambah gua lagi bersemangat..

Ayat yang gua kasi tadi buat puaka di sebelah gua terdiam tiba-tiba.gua pon turut terdiam sama.tapi gua tahu apa yang puaka tersebut sedang fikirkan kompem sama dengan apa yang berada di kotak pemikiran gua..kat mana nak dapat menatang lampu aladdin tu?

6th Nov

yes!semalam besday gua datang lagi.

tapi gua pesen bukan beria sangat dengan besday-besday ni..kalau ada orang wish pon gua macam segan-segan..serius.

oleh sebab itu tiada upacara tiup-tiup lilin atau parti buih yang gua adakan,cukuplah sekadar menjamu anak yatim makan dan panggil orang masjid buat doa selamat secara sederhana..keh keh keh..

tahun ni walaupon gua tak dapat pakaian import atau banglo 6 tingkat seperti biasa tapi gua masih lagi steady..sebabnya gua rasa entri ni dan entri ni lagi best dari semua benda-benda yang pernah gua dapat time besday gua..terima kasih ye sedari berdua..nampak sangat gua takde la demand sangat kan?

gua jugak nak ucapkan terima kasih pada semua puaka-puaka yang wish besday kat gua..mungkin ada beberapa wall post yang gua delete tapi percayalah gua delete bukan sebab sombong ke apa tapi gua cuma rasa kekok mula-mula bila ada orang yang wish..




p baling telur kat s : one year older,one year near to death..

nombor giliran

gua pandang sebak bil letrik di tangan.bukan sikit-sikit jumlahnya kalau dah nak masuk 3 bulan tak bayar.kalau gua jumpa puaka yang punya angkara sampai bil letrik jadi camni memang saja-saja makan pelempang gua..

lambat je sehari bayar,TNB dah nak potong letrik.bab potong-memotong ni gua syak TNB memang ambil serius..tak pernah lagi gua dengar dieorang hantar surat amaran pemotongan sebab nak acah-acah je..

nasib baik gua sempat dapat surat tu sebelum tarikh akhir pembayaran..tu pun entah angin mana yang datang tiba-tiba buat gua rasa nak jenguk rumah sewa.

gua hidupkan enjin kereta.dalam kereta takde pikir lain,pikir pasal nak bayar bil letrik je.soal makwe dan benda lain terpaksa tolak tepi dulu buat seketika.

masuk bangunan TNB,terus gua ke arah mesin nombor giliran.tekan A untuk pembayaran.tekan B untuk pendaftaran,penukaran pemilik.tekan C untuk OKU dan warga emas.gua tekan A dengan lincah dan bersahaja.dua kali.

gua tau tak ramai orang ambil no giliran sampai dua.tapi gua tak salahkan dieorang.benda-benda genius macam ni memang susah nak pikir.sejak gua berkecimpung dalam arena yang memerlukan gua mengambil no giliran,memang sengaja gua ambil dua nombor sekaligus.

kenapa?pertama,buatnya gua tiba-tiba nak ke tandas dan giliran gua makin dekat,gua tak payah risau sebab gua dah ada spare no giliran yang lain.bernas kan idea gua?

kedua,gua boleh memilih nak ke kaunter yang mana satu.buatnya no 12,makwe kaunter 1 yang panggil,no 13 pulak makwe kaunter 2 yang panggil,jadi gua boleh buat pilihan nak berurusan dengan makwe mana satu. selalunya gua pilih makwe kaunter yang lebih elok dari segi paras rupa.baru nak berurusan pon tak rasa stress sangat ye dak?

ketiga,gua boleh menabur jasa dengan cara ni.kalau gua tertengok mana-mana pakcik ke makcik ke yang no giliran dieorang lambat lagi,apalah kiranya kalau gua berikan no giliran gua yang lagi satu tu kan.tapi jarang gua kasi kat orang tua,kasi kat makwe jugak yang gua pilih.muka makwe dengan muka orang tua dah kompem-kompem la muka makwe lagi luhur dan kesian.

gua lihat nombor di tangan dengan teliti,satu nombor 1787,satu lagi nombor 1788.bila gua buat congakan secara ringkas,lebih kurang dalam 20 orang lagi sebelum sampai giliran gua.gua melangkah ke kerusi dan duduk dengan menyilangkan kaki tanda gua bukan orang kebanyakan.

sambil itu gua menonton televisyen dan mencarut beberapa kali.apa cilake nak bagi orang tengok tivi tapi suara tak dengar langsung.kalau cerita mr bean takpela jugak sebab tak banyak dialog.tiba-tiba gua terpandang seorang makwe di sebelah.

jenis makwe yang muka pesen-pesen kebaratan ni memang boleh buat jiwa berdebar.kalau tak ingat cik pelangi memang dah lama gua goda terang-terangan.tapi hati gua jadi sayu bila melihat no giliran yang sedang dipegang makwe tersebut.nombor 1803,lambat lagi.

gua dekati makwe tersebut sambil tersenyum."ambillah nombor ni,nombor tu lama lagi",kata gua dengan tenang."awak?",makwe itu bertanya separuh girang."takpe,ada satu lagi ni",jawab gua sambil menunjukkan no giliran di tangan.

"terima kasih ye",ucap makwe tersebut dengan manis.gua mengangguk perlahan.bila gua lihat no di skrin,lagi 4 orang sampailah giliran gua.sempat lagi untuk hisap rokok ni.

gua menuju ke kawasan untuk merokok yang disediakan di luar.sambil menghisap rokok,gua menyanyi-nyanyi kecil.bila terdengar no gua dipanggil,gua masuk semula ke dalam.sambil berjalan,gua masukkan tangan ke dalam poket seluar untuk mengambil no giliran gua.

belum sampai separuh jalan ke kaunter,langkah gua terhenti.puas gua raba poket seluar depan dan belakang,satu kertas no giliran pon takde.harapan gua punah bila no gua sudah berhenti dipanggil.

makwe yang gua berikan no giliran tadi sudah selesai urusannya.sambil melangkah keluar beliau memberikan lambaian mesra.gua membalas tak bermaya  sambil mendekati mesin no giliran sekali lagi.

gua menekan A dengan tenang.



1826

kepuakaan mozek

gua baru jatuh dalam bilik air..dia punya sakit macam cilake.langsung tak brader-brader.gua syak tulang pinggul gua dah beralih tempat sampai ke dada.time gua taip entri ni pon gua terpaksa baring meniarap dan sebelum ni tak pernah hayat gua taip entri sambil meniarap.sebab gua rasa taip entri sambil meniarap ni sangat gay bunyinya dan hanya sesuai untuk makwe-makwe..

sekarang gua rasa nak marah.sebab gua tak suka marahkan diri sendiri jadi gua hamburkan rasa marah gua tadi pada mozek dalam bilik air.dia punya licin mengalahkan macam orang nak main ice skating.fakinggg punya mozek..gua ingat kalau gua ada rumah nanti gua nak guna batu kerikil je dalam bilik air.

ok,gua dah rasa tak tabah sangat handle kesakitan ni..sebelum gua tertulis sobs sobs kat sini baik gua pergi berehat seframe dua.gua cuma nak ingatkan kat lu orang,sila ambil langkah keselamatan semasa berada di dalam bilik air.anda mampu mengubahnya.


p pecahkan mozek bilik air kat rumah s:kalau lu orang lama tak nampak gua online maksudnya gua masih berada dalam proses pemulihan.

putus cinta?

pernah putus cinta?kalau pernah bagus..lu orang sesuai baca entri gua kali ni..


gua tertanya-tanya macam mana sakitnya lu orang putus cinta.jangan tanya gua sebab gua dah kompem-kompem pernah putus cinta dan kompem-kompem tahu camne sakitnya putus cinta..gua putus cinta macam makan nasi.gua cuma nak tau camne orang lain rasa?

ada rasa macam nak guling-guling tahan perasaan?ada rasa macam hidup lu orang dah kiamat?ada rasa macam lu orang gila-gila kumpul duit nak beli satria neo tapi bila dah cukup duit lu orang baru tahu satria neo ada dua pintu je?ada rasa macam nak hisap rokok punya gila tapi satu sen pon takde?

sekarang gua nak tanya apa kesan putus cinta pada lu orang?terus fedap dengan cinta?terus anggap semua lelaki or perempuan celaka macam ex lu?terus anggap nyawa lu yang tuhan bagi dah tak bernilai?terus fobia tengok kancil kaler biru ke,lalu simpang yang ada pokok mangga ke,makan nasi lauk sambal sotong ke?ade ade ade?

rileks la..cinta itu pinjam-pinjaman.lu orang patut bertuah kalau pernah putus cinta sebab tak semua orang mampu putus cinta.kalau lu baru putus cinta buat kali pertama dan terus tutup hati lu orang,camne lu nak dapat peluang putus cinta lagi.

gua tak salahkan kalau lu orang nak rabak..nak rabak pun rabak la tapi agak-agak boleh..ni sampai 3-4 tahun pon rabak lagi celaka apenye ye dak?"not everyone heal as fast as you logan".yup,gua tau kita semua bukan wolverine tapi boleh kan kalau kita buat-buat kental macam wolverine..

rabak tu pon satu anugerah..time kita rabak la kita akan mampu berfikir dengan tenang.otak kita akan automatik kaji apa salah dan silap kita.hati kita akan mula buang benda-benda yang tak sepatutnya ada.

mana-mana yang tak berjaya melalui tempoh rabak ni akan terjun dari bangunan,terjun dari keretapi,terjun dari jambatan,terjun dari air terjun dan bermacam-macam gaya terjunan lagi.gua macam boleh tau apa yang spesies ni fikir..

lu orang ingat kalau lu orang makan ubat nyamuk,telan ubat gegat ni ex lu akan simpati dan balik semula pada lu kan?tak pun lu anggap kalau lu buat camtu lu akan berjaya hukum ex lu dengan buat dia bersalah sampai mati..

percaya cakap gua,paling kuat pon dia akan rasa bersalah dalam setahun je.tapi agak-agak camne perasaan family lu yang lu takde niat pon nak hukum diaorang?agak-agak ada tak dieorang bersedih dalam setahun je?


kacak macam mana pon lu,bidadari macam mana pon rupa lu,kaya macam mana pon poket lu,murni macam mana pon hati lu,lambat-laun setiap orang akan putus cinta.cuma bezanya sama ada ajal atau benda-benda keduniaan je yang akan buat lu putus cinta.

kepada mana-mana puaka yang masih stalk lagi ex dieorang,cukup-cukuplah,yang masih rabak tak tentu hala,sudah-sudahlah,yang terus tutup pintu hati,bukak-bukaklah,yang terus salahkan semua benda,agak-agaklah..

jangan buat ex lu mcm hanging spirit.lu yang buat dia menghantui lu..lu yang buat dia tak nak pergi tinggalkan lu.lu yang buat dia terperangkap dalam diri lu sampai bila-bila..bebaskan jelah dieorang.gua selalu anggap ex macam saka.senang nak dapat,susah nak buang,bahaya kalau simpan.

jadi,bersedialah untuk putus cinta dan bersedialah untuk jatuh cinta lagi sebab kita tak kan pernah tahu apa akan jadi esok hari.



p buat blog sebab nak rage kat s : hai cik pelangi!kehkehkeh..

header

dalam proses gua mencari,gua dah sedar satu perkara iaitu melakukan perubahan..nak berubah dari segi keimanan macam mengambil masa.nak berubah dari penghisap rokok kepada budak skema pulak nampak sangat benda mustahil.jadi gua ubah je header gua dulu buat permulaan..

kalau lu orang tengok dengan mata kasar,gua syak lu orang akan tengok header baru gua ni sedikit bangang.tapi gua nasihatkan lu orang tengok dengan mata hati,baru lu orang sedar art yang tersembunyi di sebalik header tu.benda ni gua cakap serius bukan main-main,sapa tak ambil serius cakap gua ni maknanya dia tergolong di kalangan orang yang tidak mahu menerima kenyataan.

sengaja gua terapkan sedikit elemen seram pada header kali ni.elemen seram tu lu orang dah boleh nampak pada font yang gua gunakan untuk blog title.gua syak font yang gua gunakan ni lagi seram dari durja ningsun apatah lagi ular emas.

oleh kerana tidak mahu orang tertukar gua dengan leonardo da vinci,memang sengaja gua lukis kartun buruk macam tu.ini pon gua lukis guna kaki kiri sambil tutup mata.semangat gua untuk lukisan kelihatan buruk memang mengkagumkan.ini penting supaya rasa takbur tidak mencengkam.

oh ye,kalau lu orang tertanya kenapa kartun tu mempunyai rambut megi gua bagitau awal-awal,di luar pon memang rambut gua macam tu.rambut je lurus tapi hati tak lurus tak guna juga ye dak?

gua punya blog description pon dah mengalami perubahan."bila marah gua mencarut" dah tak nampak relevan sebab sekarang gua selalu rabak bukannya marah.nak tukar jadi "bila rabak gua mencarut" nampak sangat kerja bangang jadi gua tukar je jadi "biar puaka jangan celaka".kalau dilihat memang 'deep' blog description gua kali ni..punyalah deep sampai gua tak tahu nak terangkan camne.

akhir kalam,gua akhiri entri kali ni dengan mempelawa siapa-siapa yang ingin membuat header datang mengambil nasihat pada gua terlebih dahulu.itu pon kalau diaorang nak header dieorang nampak brader-brader dan matang macam header baru gua ni.upah kasi nasihat ni gua ingat tak payah la sampai berwang ringgit..


lu orang pass satu no telefon makwe pon dah cukup..




p kasi kad raya kat s:apa cerita ni satu kad raya pon tak sampai rumah gua lagi?lu orang nak gua mogok raya ke ape?

rentak

"enam tahun",kata puaka di sebelah gua tiba-tiba..gua dah mula rasa tak sedap hati.selalunya kalau puaka ni cakap pesen camtu maksudnya adalah hikayat yang dia nak ceritakan..

"apa enam tahun?",kata gua melayankan saja puaka yang sedang membaling-baling ranting ke pantai..

"enam tahun gua tunggu dia..sabar tak sabar la gua..lu cakap mana nak cari lelaki macam gua ni?sabar,kuat agama,hensem,banyak duit pulak tu..",kata puaka sambil menepuk-nepuk dada..gua rasa macam nak mencarut tapi gua tahankan dulu..takut-takut si puaka terus merajuk balik rumah..

"lu dengar nasihat gua ni,kalau lu minat mana-mana makwe,lu cari dulu rentak cinta tu dulu.nak cari rentak ni bukan kerja senang,mau makan tahun-tahun jugak.",sambung puaka serius sambil melukis-lukis di atas pasir dengan ranting kayu..dia mula melukis gambar love yang agak besar..

gua angguk perlahan..

"benda ni lebih kurang sama macam nyanyi lagu karaoke..kali pertama,kali kedua mungkin lu nyanyi tak ikut rentak lagi..tapi percaya cakap gua,kalau lu teruskan nyanyi mungkin dalam percubaan keseratus ke keseribu ke lu dah dapat nyanyi dgn rentak yang betul..lagi padu dari penyanyi asal lagu tu sendiri,"kata puaka dengan berspirit.

"penting sangat ke benda rentak2 ni?",tanya gua sambil menyalakan rokok..asap rokok tidak sempat berkepul-kepul bila terus hilang dibawa angin.

"haah,lu jangan ambik mudah pasal rentak ni.gua serius nak bagi nasihat kat lu",jawab puaka sambil tiba-tiba berdiri dan melepaskan keluhan..

"ok,gua dengar nasihat lu..tapi apa-apahal pon gua nak tau,lu cari-cari rentak sampai 6 tahun ni sekarang makwe tu dah suka kat lu la ek?",soal gua dgn hati membuak-buak dengan perasaan ingin tahu.




"haram.",jawab puaka ringkas.


malam itu dengan bersaksikan laut china selatan,seorang lagi puaka tewas dalam percintaan.

contest untuk makwe-makwe

berita baik dengan berita tak baik sama-sama naik minggu ni.macam ada kimia,tak pon memang berita baik dengan berita tak baik dah berpakat memang nak naik sama sebab tak nak hati gua rabak sangat.

berita baiknya laptop gua dah kembali pulih.lincah,mantap dan suci seperti dulukala.berita tak baiknya folder gambar makwe-makwe memang kompem terkorban sama.bab folder makwe-makwe ni gua tak nak cerita panjang.bila fikir je pon hati gua dah rasa semacam.kalau gua tiba-tiba tangkap sebak tak ke naya.

jadi kalau siapa-siapa yang rasa dia tu kategori makwe idaman gua bolehlah cepat-cepatkan kirimkan gambar lu orang ke email gua.gambar siapa paling dekat di hati gua akan mendapat ganjaran lumayan.

1st prize:gambar terpilih akan menjadi wallpaper henset gua

2nd prize:gambar terpilih akan menjadi wallpaper laptop gua

3rd prize:gambar terpilih akan menjadi penanda buku gua

5 pemenang saguhati:akan menjadi gambar simpanan,takut-takut kalau ada gambar pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga yang cedera tiba-tiba.

mana-mana gambar yang tidak terpilih pula akan dibakar serta merta.orang kata tak elok simpan kalau tak tengok ye dak?




ni serius,gua tak main-main.






p masuk dalam mimpi s:gua nasihatkan baik lu orang aim tempat kedua,ketiga atau saguhati je sebab tempat pertama tu dah ada pemenang tanpa bertanding.keh keh keh..