Bila sebut pasal makanan dan masakan,kita akan terbayang golongan mak,chef yang kebanyakannya lelaki,pakcik tukang masak dekat kenduri dan brader tukang masak kedai siam. Gua bukan nak mempersoalkan jantina siapa lagi hebat,jangan risau,gua bukan ultras lelaki cuma gua nak memberi pendapat kenapa kebanyakan makanan yang dimasak oleh golongan lelaki lebih power dari golongan makwe.
Gua percaya golongan makwe terlalu mengharapkan buku resipi ketika baru hendak belajar memasak. Ketika golongan makwe sibuk membelek buku resipi,golongan lelaki telah mempersetankan buku resipi dan mencuba bereksperimental dengan berbagai jenis masakan. Mereka menolak norma dan undang-undang dalam memasak. Apa yang golongan lelaki pentingkan ialah lidah mereka.
Kadang-kadang golongan lelaki turut melawan arus ketika memasak. Mereka terlalu rebel dalam masakan hinggakan seringkali mereka membuat sesuatu yang gila seperti meletakkan bunga kantan dalam sup. Tetapi hanya sesuatu yang gila mampu menjadi sesuatu yang genius. Terlalu biasa dan berhati-hati boleh membosankan dan inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh golongan makwe.
Fokus ketika memasak. Gua sangat yakin golongan lelaki lebih fokus ketika memasak. Bila mereka turun ke dapur,mereka telah bersedia memberikan segala tumpuan pada masakan. Rasa hormat dan fokus pada masakan membuatkan makanan itu mempunyai soul yang tersendiri.
Berlainan dengan golongan makwe yang selalu melakukan kesilapan kedua,tidak respek pada seni memasak. Memotong bawang sambil bergayut dengan pakwe,tengah menumis sempat lagi jeling ke rancangan melodi kat tivi,tunggu kuah mendidih pun sempat belek cermin lagi menyebabkan masakan mereka hilang punca.
Seperti yang kita tahu,keadaan dapur ketika golongan lelaki sedang memasak adalah sangat neraka. Lesung batu,pisau,penapis,blender,bawang,periuk bergelimpangan tetapi ini juga yang menyebabkan makanan mereka mempunyai rasa. Suasana memasak yang havoc dan fun menyebabkan lelaki lebih bersemangat ketika memasak.
Cuba bayangkan golongan memakwe memasak. Lepas guna piring sebijik basuh,lepas ambek sos tiram simpan semula dalam peti ais,lepas tapis santan,basuh semula penapis. Ini sangat-sangat skema. Cara memasak yang terlalu skema menyebabkan golongan makwe telah membahagikan otak mereka.
Mereka harus tahu yang bila memasak kita harus memasak sahaja. Kerja-kerja membasuh perkakas dan menyimpan barang harus dilakukan ketika kerja memasak sudah siap atau pun telinga dipulas oleh mak sahaja. Seni memasak adalah seni yang senang dipelajari tetapi sukar dimahiri. Celaka,power jugak ayat gua ni..
Gua harap golongan makwe yang membaca entri gua ini dapat belajar sesuatu. Cuba jadi sesuatu yang wild atau seekor Kitchen Animal ketika memasak,percayalah anda akan melihat perbezaannya. Ketika gua menulis entri ini,gua baru sahaja lepas memasak. Dan hari ini,gua belajar sesuatu,terlalu kreatif juga boleh membunuh.
Maggi goreng Asam laksa misalnya..
P ajar S siang ikan : Kalau lu kata lu sudah terlalu terlambat untuk belajar memasak,lu gila!
P ajar S siang ikan : Kalau lu kata lu sudah terlalu terlambat untuk belajar memasak,lu gila!
17 carutan:
setuju.
Hahahaha. Nice betei
k
Pergh..tuh bukan skema lah. Tuh kemas. Tak leh sepah2 nih. Haish. :P
hubungan memasak dengan lelaki sememangnya tak dapat dipisahkan.
majulah sukan untuk negara.
Hahaha.
Shengal! serabut tahu bila pinggn, lesung batu, penapis suma xterus basuh.
Lg stu ntah syaitonirrajim mna yg hasut sbb tym dh habes msk trus kemalasan tahap bima sakti pnya mls.
sekian.
haha bereksperimen dalam masakan memang best
bab masak main campak2 je bahan dalam kuali memang seronok. tapi lepas masak,bab mencuci, tu yg x seronok.
eleh pdhl entry ni nak ckp dy mask sedp letew
sebab tu tak bagi org laki masak kat dapur , yang hampehnya takmo basuh sendiri ! alih2 perempuan jugak kena basuh .. haha
tapi masakan mak lagi sedap dr masakan ayah .. pehhh
boleh ajar gua memasak lepas nie ! :D
adik gua masak kankung goreng belacan letak anggur....nasib baik kitorg xkeracubab lepas 2....=_='
hahahha....clean as you go la leplep...
sebenonye...lu nak gtau yg maggi lu maska tak sedap kan...hahaha..=p
k
bukan semua pompuan masak skema ikut resepi...ade je yg men try ikut sesedap rasa ok.............!!
gua bnth gua bnth..keh keh keh ;p
wa sokong...wa sokong...
Post a Comment