Gua sedang menonton tivi bersama makwe umur 4 tahun,channel Animal Planet yang sedang menayangkan kisah ketabahan seekor beruang. Gua sudah siap sedia dengan perkakas menonton tivi iaitu rokok dan remote tivi,makwe umur 4 tahun juga telah siap sedia dengan perkakas menonton tivinya iaitu botol susu dan bantal busuk.
Sambil baring di riba gua,makwe umur 4 tahun asyik bertanya bermacam-macam benda tentang hal ehwal beruang dan sebagai seorang pakcik yang bijaksana gua tidak menunggu lama memberikan jawapan. Beruang makan apa,rumah beruang dekat mana,beruang jahat ke tak,beruang mandi ke tak,kenapa beruang cakar pokok semuanya dijawab dengan tepat dan lincah oleh gua.
Paparan di tivi menunjukkan seekor beruang sedang bermain dengan anak-anaknya. Makwe umur 4 tahun tiba-tiba bangun dan membuat muka serius. Gua yakin akan ada soalan yang akan diberikan dan gua juga yakin soalan itu akan dapat dijawab dengan mudah.
"Andak,ibu beruang nama apa?"
Dengan lincah,gua alihkan siaran pada Disney Channel..
15 carutan:
hahahahaha. padan muka andak.
so u are smarter than 4 year old kid.
Where his father ?
andak andak..andak kena banyak belajar lagi ni..
makwe 4 tahun: eh mak beruang nama apa?
andak : eh tapir kot :P
makwe 4 tahun: bapa dia nama ape andak? :D
andak : konkang kot :P
keh keh keh :P
hahahaha..meh tolong jwbkn meh..
ibu beruang nama mama pooh...hahahahha...
ibu beruang tu namanya siti nohaliza.
bapak dia pulak leplep
haha bro ape ni kalah dengan makwe 4 tahun , dah tak macho keh2
haha,ape brng tuka channel!
hahahaha! layan~
hahahah
maknenye andak tak dpt jawb soalan letew.
kekekeke
comel ok!
sbb apa dia tanya tu...nak gak tau. lu tanya makwe tu balik bertubi2.
ahahah, kirim salam makwe.
makwe aku umur 3 tahun cita-cita nak jadi kluangman versi betina. so jadilah kluangwoman.
damn!:)
Post a Comment