Busy

Gua busy, busy macam mesin basuh. Atau kipas angin. Atau tak kisah la objek apa pun asalkan objek itu bekerja hampir 24 jam sehari. Gua punya busy sampaikan gua dah jarang ambik tahu pasal orang sekeliling, pasal gossip terbaru, pasal perkembangan politik, pasal apa pun yang terjadi. Ya, gua busy.

Ada dua tiga cerpen gua kena hantar dan ada di antaranya gua dah langgar deadline dan tunggu kena maki je. Tapi gua terlalu busy untuk dimaki dan kalau diaorang maki pun gua boleh sengih je atau curi masa sekejap untuk maki diaorang semula dalam hati.

Gua buat apa sampai jadi busy?

Gua busy memikirkan lu. 

Kah kah kah.




Fak. Mudah betei nak taip entri rupanya tapi apakan daya, gua busy kan?

Bahagia

Dah 2013, semua orang sibuk pasang azam. Mana yang tengok orang sibuk pasang azam tu pulak kucar-kacir reka azam mengarut sebab nak ikut trend. Mana yang takde azam dan steady takde azam terus rileks cucuh rokok sambil pekena sembang politik. Mana yang geng Najib, sembang kutuk Anwar, mana yang geng Anwar, sembang kutuk Najib, mana yang mengaku neutral, sembang kutuk Anwar dan Najib. Yang kaki konsert pekena pergi konsert, mana yang kaki romen cari port beromen, mana yang hisap dadah, hisap dadah macam biasa, mana yang mabuk terus mabuk macam badan kalis api neraka, mana yang tak rosak sangat pergi dengar ceramah agama. Maka bertempiaranlah semua mengikut cara masing-masing.

Gua nak sembang pasal dua benda je, bahagia dan kemaafan. Dia punya bunyi dah macam deep kan? Sabar, bunyi je deep, isi dia belum tentu lagi. Dari 2012 membawak ke 2013, gua sibuk cari bahagia. Bahagia tu pulak tak datang percuma. Kalau gua bahagia, orang lain belum tentu bahagia. Kalau orang lain bahagia, gua pulak belum tentu bahagia. Nak buat semua bahagia, pun boleh masuk kategori kerja gila. 

Ok, gua kejar bahagia gua dulu. Tapi kat sini, orang lain dah tak bahagia. Ni kompem salah gua. Jadi gua nak mintak maaf kalau ada yang tak bahagia disebabkan gua. Tak kisahlah keluarga, makwe atau sahabat handai, rakan taulan. Bila ada yang tak maafkan gua pun, gua boleh terima. Yelah, kalau memaafkan orang tu tak membahagiakan bagi pihak dia, takkan gua nak paksa ye dak? Lagipun sebagai orang yang salah gua kena terima apa jua keputusan orang lain sebab orang lain berhak. Tapi percayalah, sebagai manusia biasa, kadang-kadang gua terlanjur ikut kata hati dari ikut logik otak. 


Sekali lagi gua mintak maaf dan untuk tahun 2013 ni dan tahun-tahun yang mendatang, harap bahagia tu milik kita semua.




Lagi seminggu dua, Kitab Terfaktab 3, Diorama dan Makan Dalam terbitan Terfaktab Media akan release. Jadi bawak-bawaklah simpan duit supaya gua ada duit. Terima kasih.

Pemuda Harapan Bangsa

Daripada dulu gua memang susah nak tidur awal. Paling awal gua boleh tidur pun pukul 4 pagi. Bangun awal pulak bukannya gua tak boleh tapi setakat ni takde benda lagi yang memerlukan gua bangun awal. Tapi dulu, ada seorang makwe kabor, pemuda harapan bangsa ialah pemuda yang tidur awal dan bangun awal. Tak rambo langsung pemuda harapan bangsa dari perspektif dia ye dak?

Baru-baru ni gua tetiba terfikir, apalah salahnya kalau gua cuba buat apa yang makwe tu cakapkan. Bukannya boleh buat gua tetiba koma pun kalau gua ikut. Jadi hari tu dengan niat ingin menjadi pemuda harapan bangsa, gua ready untuk tidur awal. Satu benda yang sudah terlalu lama gua tinggalkan.

Tepat pukul 1 pagi selari dengan waktu Cinderella tidur, gua dah menyiapkan katil. Macammana gua tahu Cinderella tidur pukul 1 pagi? Alaa, dia balik rumah pun pukul 12 tengah malam, mandi tukar baju apa semua, mesti ambik masa sejam baru dapat tidur kan? Ya, gua tahu gua genius.

Dua bijik bantal gua susun dengan kemas. Cadar katil pula ditarik tegang dan dikibas dengan selimut. Selain dari itu, gua kena mengalihkan juga budak kucing dari katil gua. Pesen kucing tak sedar diri. Selepas itu, gua pergi bilik air untuk basuh kaki dan gosok gigi. Lepas gosok gigi gua cucuh rokok sebatang. Ahh, peduli la gua nak hisap rokok lepas dah gosok gigi!

Apabila semua perkakasan tidur sudah nampak lengkap, gua terjun ke katil dan membaca doa tidur dalam bahasa melayu. Selimut gua tarik sehingga ke paras dada. Mata gua menatap siling. Harap-harap pada masa tu takde nampak makwe merangkak dekat siling.

2.03 pagi : Kalau ada makwe mesti senang sikit tidur, boleh telefon dan beri harapan dan janji palsu.

3.30 pagi : Gua dah bergolek buat kali ke berapa puluh atas katil. Dah berapa juta ekor biri biri gua dah kira.

4.25 pagi : Ok, hujan tetiba turun. Ada chance ni, ada chance. 

5.11 pagi : Gua mula mencarut secara konsisten.

Lama kelamaan gua dapat rasakan mata gua semakin berat, petanda gua sudah mengantuk. Yes, nampak gayanya dapat jugak gua menjadi pemuda harapan bangsa. Lekas lekas gua tengok jam kat henset. 




7.26 AM. Gua bangun terus terajang kepala katil. Faking pemuda harapan bangsa!

Azimat

Beberapa tahun yang lepas, gua sedang duduk di satu perhentian bas. Buat apa gua duduk kat situ, gua dah lupa. Sedang gua menyumpah sambil melihat makwe memeluk erat pinggang pakwe di atas motosikal, seseorang menghampiri gua sambil memberi salam. Seorang tua berbaju melayu dah lupa kaler apa, bermisai tebal dan bersongkok tinggi sedang tersenyum. "Tabligh!", jerit gua dalam hati. Kalau nak lari nampak sangat tak senonoh, jadi gua jawab salam, angguk kepala sikit, dan berikan senyuman. Seperti biasa, senyuman gua sentiasa manis.

Dalam hati kecil gua berfikir memang susah nak jumpa tabligh yang lone ranger macam ni, selalunya tabligh akan datang sekumpulan. Otak gua membuat rumusan, tabligh yang datang sorang sorang ni dia punya level mesti tinggi, paling kurang mesti pangkat staff sarjan. Gua perhati sekeliling, mungkin ada mana mana puaka yang gua kenal lalu berhampiran dan boleh diumpan jadi mangsa sekali. Kena ceramah sorang sorang memang tak patut.

Gua sedikit lega bila orang tua tersebut diam sambil memanding langit. Bajet deep. Tapi selepas beberapa ketika, dia menoleh pada gua. Gua panik. "Ingin belajar satu azimat?", tanya pakcik tersebut. Gua auto geleng kepala. Apa gila belajar azimat kat perhentian bas, tak pernah dibuat mana mana drama pun. Pakcik itu tersenyum lagi. Gua panik lagi.

"Jangan cepat menolak, lebih lebih lagi kalau yang datang itu rezeki", kata pakcik tua tersebut sambil memulas hujung misainya. "Takpela pakcik, saya tak sesuai", gua menolak dengan cara sopan. Pakcik itu ketawa kecil, macam gua baru lepas buat lawak hambar. "Begini, biar pakcik terangkan dahulu tentang azimat tersebut", kata pakcik tersebut.

*** Penerangan pakcik itu mengenai azimat tersebut terpaksa dirahsiakan supaya tidak ada yang tersesat***

Burung burung berkicau, angin sepoi sepoi bahasa dan akhirnya pakcik tua itu selesai memberikan penerangannya. Gua mula terpedaya. Bola mata gua bersinar macam baru tahu rahsia macam mana nak buat Kame Hame Ha. "Tapi ada syaratnya", pakcik itu mematikan semangat gua. Gua terus bertanyakan apa syaratnya.

"Syaratnya mudah sahaja, jangan mendedahkan aurat dan juga bahagian badan pada sesiapa termasuk ahli keluarga. Jika tidak ilmu itu tidak akan mujarab", kata pakcik tua tersebut. Gua terus pandang keadaan gua pada masa itu. Berseluar pendek, berbaju tanpa lengan, berselipar jepun. Masa itu gua memang cukup rebel, naik bas pun kadang kadang nak ikut pintu kecemasan.

Tidak lama selepas itu pakcik tua tersebut beredar dan gua melupakan seketika tentang perkara itu. Esoknya gua bangun dengan bersemangat. Sambil keluar terajang pintu bilik, gua pergi bersarapan pada pukul 1 petang. Ada member baru hello nak ajak lepak. Selepas siap mandi, gua memilih baju untuk dipakai. Tiba tiba, gua teringat semula kata kata pakcik tersebut. Gua berfikir sejenak.



Petang itu gua menunggang motosikal dengan berseluar pendek dan bertshirt belang belang. "Pergi meninggal dengan azimat", jerit hati rebel gua.