Ulat Bulu

Ulat bulu atau Hairy Carpenter dalam bahasa orang putih merupakan serangga yang tidak bertulang belakang. Nama saintifik spesies ini ialah porthesia scintillans. Ulat bulu berasal dari keluarga lymantridae dan mempunyai kitaran hidup selama 26 - 31 hari. Antara tanaman yang sering diserang spesies ini ialah kacang panjang dan kacang soya.

Antara kerosakan yang sering didapati ialah di kawasan lenggai di mana ulat bulu memakan lenggai kacang dengan mengikis permukaan atau kulit lenggai. Ini akan menyebabkan buah menjadi cacat atau rosak. Kawalan yang sering dilakukan terhadap ulat bulu ialah dengan menggunakan racun serangga seperti permethrin(5 hst),deltamethrin(5 hst),tebufenozide(7 hst) dan diflubenzuron(7 hst).


Tapi apa cilake kat portal serangga ni tak tulis pun yang kalau kena ulat bulu boleh bengkak muka sampai 3 hari?!!!!Faking!!





P lumur garam ke muka S : Orang kata selain garam,rambut juga boleh menghilangkan kesan ulat bulu. Harap-harap makwe tak kisah pinjamkan rambut dia sekejap time dating nanti...kehkehkeh..

9 carutan:

lep dulu aku kena 1 badan lg best..arwah nenek aku suh gosok badan ngn daun jambu muda.tak lama tu ok.





muke bengkak xilang power xpe kot.ngehehe

 

hoih~~kena ulat bulu memang membengkakkan la~~

*sakit tak?

 

*hulur rambut*


hikhik!

 

aku penah kena kat mata masa arwah atuk aku meninggal. masa aku dajah 3 kot.

semua orang ingat aku menangis sedih. tapi air mata meleleh sebelah je. keh3

 

guna abu kayu la woi..mujarab..

 

far,peh..celah mane pulak la gua nak cari daun jambu muda kat cheras ni..

bujal,sakit gak la..pedih2,panas2,gatal2..

anon,kot ye pun nak hulur rambut tunggu time deting nanti..heeee..

sab,air mata gua tak meleleh pun cuma bengkak je la..dengan bengkak lagi,bintat2 lagi..

cha,faking apa guna abu kayu?buat untuk bakar lu boleh la..

 

entah yea.hahaha.daun2 mude len pn bolehh la kot.daun kesum wehh :)))

 

cuba try letak abu rokok kt tmpat gatal tu agak2 boley baek tak??hihihi