Dulu time sekolah gua paling lemah bila cikgu tanya apa cita-cita gua. Masa darjah satu bila cikgu gua nama Miss Ong tanya apa cita-cita gua,selamba gua jawab nak jadi Miss Ong. Mengekek-ngekek Miss Ong ketawa masa tu tapi bila gua dah besar sikit baru gua tahu jawapan sepatutnya ialah jadi cikgu,bukan jadi Miss Ong. Harap-harap semua budak kelas gua masa tu dah hilang ingatan.
Masuk darjah 3,cikgu lain pulak tanya gua soalan yang sama. Macam la takde soalan yang mencabar lain lagi nak tanya. Kalau tanya soalan pasal paradoks pun gua boleh sengih-sengih lagi jawab agaknya masa tu. Kali ni gua jawab lagi power,gua kata gua nak jadi Maskman kaler hitam.Depan budak-budak lain gua kena marah,cikgu gua kata gua nak jadi benda bukan-bukan. Tapi gua tahu kalau cikgu gua masa tu layan cerita Maskman kompem dia sendiri nak anak dia jadi Maskman jugak.
Bila gua sudah berada dalam darjah 4,sekali lagi gua diaju soalan yang sama. Perasaan masa tu memang nak memberontak,rasa nak terajang papan hitam pun ada. Tapi oleh sebab gua sedar budak kelas depan macam gua tak boleh buat perangai bukan-bukan,gua jawab jugak. Gua cakap nak jadi McGyver. Semua budak diam tanda kagum. Cikgu gua punya kagum sampai dia cubit perut gua nak kaver kekaguman dia.
Pernah satu kali,gua tak tahu nak jawab apa sampai gua jawab gua nak jadi pembunuh upahan. Jarang-jarang budak darjah 6 boleh bercita-cita macam gua. Tapi yang tak sedapnya bila gua kena masuk bilik kaunseling,konon-konon cikgu takut gua betei-betei jadi pembunuh upahan bila besar nanti. Kamon la cikgu,jangan kata nak beli pistol,nak beli peluru pistol pun gua tak lepas sekarang ni.
Tapi sekarang bila dah besar,gua syak gua dah ada jawapan yang tepat kalau ada orang tanya apa cita-cita gua.
Yes,gua nak jadi Penjual Tong Gas.
7 carutan:
dari dajah satu sampai tingkatan 5 jawapan aku statik.nak jadi pilot.tapi tak kesampaian pun~haih~
citacita saya ialah ingin menjadi jutawan.ada duit jutajuta nanti boleh beli menara kuala lumpur. :)
pehal nk jadi penjual tong gas wehh?
sbb boleh usha anak dara org eh..keh3
tinggi betei cita-cita!
bang gas free satu bleh?
Cita cita gua simple je lep. Gua nak kahwin cepat. Kahwin dgn anak sultan Brunei lah paling kurang pun. Boleh? Dapatlah gua merasa Bentley time muda muda~ hikhik!
cite cite paling power gua penah dgr~
perhh tersentuh sanubari..keh3..
Post a Comment