entri hujung-hujung tahun

- 2010 ialah tahun yang biasa-biasa saje bagi gua..

- tahun ni gua masih memegang jawatan kutu secara steady dan tenang..

- tahun ni juga gua jatuh cinta,putus cinta,jatuh cinta,putus cinta dan jatuh cinta kembali.

- tahun ni level kepuakaan gua biasa-biasa saje,benda paling puaka gua pernah buat tahun ni pon setakat baling batu kat penampal poster ceramah parti keadilan je..

- gua masih bankrap pada kadar yang serius tahun ini.

- seperti tahun-tahun yang lepas,azam berhenti merokok gua masih tidak berjaya ditunaikan dan akan dibawa ke tahun hadapan..

- hubungan dengan family masih di tahap yang mesra dan tidak sampai kepada scene curah-curah asid atau tikam-tikam perut sesama family.

- jadi sempena tahun baru yang akan menjelang tak sampai beberapa jam lagi,gua akan sertakan azam gua pada tahun hadapan.

- azam baru gua ialah tanggungjawab gua sendiri.

- gua berhak menukar atau menunda azam gua tanpa memberitahu terlebih dahulu.

- segala kelewatan menunaikan azam tidak akan dibayar ganti rugi.

- azam-azam tersebut ialah :

  1. berhenti merokok
  2. menjadi pakwe yang lebih steady
  3. menjadi seorang puaka yang bertoleransi
  4. memegang jawatan penting seperti pemungut cukai dan penjual laser
  5. tidak terpengaruh dengan dunia mainstream
  6. memukul siapa-siapa saje yang bernama azam


p halalkan hutang s tahun lepas : harap-harap semua kedai gunting rambut tutup sepanjang tahun depan..





14 carutan:

no 6 tu kenapa? atuk aku nama azam.

 

hepi niu yer abam!sempena tahun baru ni,ada baiknya abam gi kemaskini bloglist abam kerna gua dah tuka url blog gua.hahahaahaha.

 

1 januari 2010.
petang japgi lu jgn lupe cari kedai gunting rambot yg behampiran.



































okthnxbye!

 

yes.semoga azam2 lu tcpai.wa doakan siang malam ;p

 

macy doakan semoga brader lep2 dapat men sep2 dgn lebih tenang tahun baru ni`

 

Selamat tahun baru.
Nak join pukul orang nama Azam.
=p

 

haha

encik azam yang tak bersaLah

 

bab berhenti merokok tu gua rasa tak sesuai dijadikan azam. perokok harus terus membantu menjana pendapatan kerajaan

 

ntah...cian kat azam tuh!dah lar kena tanam, kena pukol plak tuh..ish ish ish

 

azam tahun baru gua dah setel. gua dah pun follow blog lu.. gyahaha..

 

Azam.itu bukan nama saya.