Hassan Ingin Menjadi Seorang Polis




Semua orang tahu Hassan memang teringin jadi polis sejak kecil lagi.Jangan kata orang kampungnya sendiri,orang kampung sebelah,orang yang duduk di Botswana,orang yang tinggal di Banjaran Himalaya pon tahu kisah Hassan yang beria-ria mahu jadi polis itu.Siapa-siapa yang tidak tahu tentang impian Hassan itu maka tergolonglah mereka dalam kalangan orang yang tidak pandai bergosip dan tidak pandai mendengar gosip.

Hassan teringin benar menjadi polis kerana beberapa sebab.Sebab pertama ialah kerana beliau mengidam sangat mahu menembak orang secara halal.Kalau secara haram memang dah lama beliau tembak Pakcik Hamid,jiran yang duduk di depan rumahnya itu.Dendam Hassan pada Pakcik Hamid mula berputik apabila Pakcik Hamid mula berkaraoke lagu-lagu dikir barat secara terang-terangan.Tapi matlamat tidak menghalalkan cara,maka Hassan berdoa sahaja yang apabila beliau sudah menjadi polis nanti,Pakcik Hamid akan merompak mana-mana bank maka mudahlah bagi Hassan untuk melunaskan dendamnya secara halal.

Sebab kedua ialah kerana seorang makwe.Ya,bagi setiap laki-laki,terdapat seorang makwe yang sentiasa membuatkan mereka berspirit waja.Bagi Hassan,makwe tersebut ialah seorang gadis yang bernama Fazura.Fazura sudah lama didambakan oleh Hassan sejak mereka sama-sama bermain masak-masak semasa kecil dahulu.Ketika melihat Fazura memasak gulai rumput,kerabu rose dan belalang 3 rasa di dalam tempurung,hati Hassan mula bersuara.

"Inilah orangnya yang bakal memberikan sinar bahagia",bisik hati Hassan sambil lagu Rozana nyanyian Amy Search terngiang-ngiang di kepalanya.

Sayangnya Hassan tidak pernah berjaya mencuri hati Fazura kerana Fazura mengimpikan seorang pakwe yang segak beruniform.Entah kenapa,naluri kewanitaan Fazura memang tersentuh setiap kali melihat lelaki memakai uniform.Pakwe-pakwe Fazura yang terdahulu pon boleh dikatakan semua memakai baju seragam ketika bekerja.Antara yang Hassan ingat ialah Junid yang bekerja sebagai posmen dan Wan Rozaimi yang bekerja sebagai pemandu ambulans.

Tetapi impian Hassan untuk menjadi seorang polis juga mempunyai halangan.Halangan terbesar yang diterima oleh Hassan ialah daripada ibu kandungnya sendiri,Mak Betty.Mak Betty memang tidak menyukai kerjaya sebagai polis kerana pada zaman remajanya dahulu,cinta Mak Betty pernah ditolak oleh seorang polis berpangkat konstabel.Sejak itu Mak Betty mula membenci semua polis.Jangan kata polis biasa,polis trafik,polis hutan dan kadet polis malah lelaki bernama Gil Grissom dalam series C.S.I pon turut dibenci oleh Mak Betty.

"Aok jangan nak mengada-ngada sangat Hassan,mak kata tak payah,tak payah la jawabnya!",jerit Mak Betty pada suatu hari apabila Hassan menyuarakan niatnya untuk menghadiri temuduga menjadi polis.

"Tapi ini cita-cita Hassan mak!Jalan hidup Hassan biar Hassan yang tentukan!",jawab Hassan sedikit derhaka.

"Kalau rasa teringin benar nak kena sumpah jadi pencuci muka brand Safi,pergilah jadi polis nun!",jerkah Mak Betty sambil membeliakkan mata.

"Jangan kata pencuci muka,mak nak sumpah Hassan jadi monorail pon mak sumpahlah",kata Hassan membulatkan hati sambil membawa beg pakaiannya keluar.

"Mak yakin aok akan menyesal tak dengar cakap mak",kata Mak Betty seorang diri sambil tersenyum sinis persis watak antagonis dalam sinetron indonesia.

Di pusat temuduga,spirit Hassan mula berkobar-kobar.Beliau sudah terbayangkan dirinya menjadi pelakon jemputan dalam siri drama Gerak Khas,entah-entah kalau Dato Yusop Haslam buat Gerak Khas The Movie 4 pon dia ada peluang muncul di skrin pawagam.Beliau memang suka menonton drama polis bercakap sambil berjalan-jalan itu.Sambil menunggu namanya dipanggil beliau melihat-lihat sekeliling.

"Kah kah kah!Pendek macam dwarf pon ada hati ke nak jadi polis?",ketawa Hassan dalam hati apabila melihat seorang lelaki bertubuh kecil.

"Ni lagi lawak,kurus macam lidi penyapu.Kah kah kah!",ketawa Hassan lagi ketika terpandang seorang lelaki bertubuh badan seperti Osman Kering.

"Mohd Hassan Danish!"

Hassan terus berdiri apabila mendengar namanya dipanggil.Beliau mula berjalan dengan angkuh dan mendada.Dalam hatinya beliau sangat yakin beliau akan menjadi polis.

"Saya dah lihat semua maklumat pasal kamu,secara fizikalnya kamu memang cemerlang.Mata setajam helang,laju seperti seekor cheetah,kuat seperti gajah dan mempunyai tenaga seperti seekor babi hutan.Pendek kata kalau saya ni kawan-kawan kamu,dah lama saya panggil kamu Hassan The Animal.Hahaha",terang pegawai polis itu secara panjang lebar.

Hassan tersengih,belum apa-apa lagi beliau sudah mula menjalinkan hubungan mesra dan bergurau senda dengan pegawai atasan.

"Tapi sayangnya,bukan sahaja fizikal kamu seperti binatang malah IQ kamu juga tidak seperti seorang manusia.",kata pegawai polis itu lagi.Hassan mula tersentak.

"Bahasa Melayu pon gagal mana boleh jadi polis.Reject!",kata pegawai polis itu sedikit kuat.


Berpuluh tahun sudah berlalu sejak peristiwa Hassan gagal dalam temuduga sebagai seorang polis.Namun begitu Hassan bukanlah seorang lelaki yang mudah berputus asa,berkat usahanya beliau berjaya juga memegang senjata api.Malah Fazura juga telah berjaya dikahwininya.

Kini Hassan hanya mampu menunggu bila Pak Hamid mahu merompak kedai emas Ah Keat,tempat bekerjanya sekarang.




P kuis-kuis meja depan S : ni contest pertama gua join,terima kasih kepada beautiful_rose kerana membuka hati gua untuk menyertai contest ini..kalau gua menang,duit kemenangan tersebut akan gua hadiahkan kepada anak yatim seperti gua.keh keh keh..

10 carutan:

kui2..baguih juga teknik penulisan aok.

 

sila letakkan banner contest pada sidebar blog anda sebagai memenuhi syarat contest...terima kasih kekasih. =p

 

xsangka lu hebat bersastera.

 

hiro,amecam?ade rase tergugat tak?

beautiful_rose,ok..gua dah letak..kehkehkeh..

yayaa,kalau nak diikutkan gua ni hebat serba serbi sebenarnya..

 

Hahaha kena letak banner contest haha

 

hebad cerita...tp kawt maner button follow ta jmper pon....stress abez semua kain baju da cmpak keluar tp still ta jumper button follow
=='

 

fndrocka,cilake..petang2 jumaat dah buat gua menyirap..

grubby,gua syak lu ada masalah mata..serius ni gua tak main-main.lu memang ade masalah mata..

 

tia,urban kan nama gua kasi?urban mcm nama mohd nor alif jugak laa..

 

Gua harap kalau menang nati jgn lupa belanja itu roti planta sama teh tarik kurang manis..