baru-baru ni gua pergi ke ipoh selama tiga hari atas urusan kerja.bila dapat tahu je gua kena ke ipoh terus gua mesej seseorang.."kena pergi ipoh 3 hari dan merindui bukan tugas yang senang"..ok gua tipu,gua takde mesej sape-sape pon sebenarnya..bila dapat tau terus gua packing baju..keh keh keh..
3 hari di ipoh menimbulkan suasana yang pelik bagi gua.tak sangka bandar berstatus bandaraya begini rupanya.tiap kali malam menjelang gua akan rasa cuak sebab akan ada spesies-spesies tertentu yang akan melepak di bawah bangunan mencari pelanggan..ada yang ori tak kurang jugak ada yang pirate.
gua akui semua bandar kat malaysia ada port camni..tapi yang peliknya di ipoh merata-rata tempat spesies ni ada..tengok je kat bangunan gelap-gelap sikit,mesti ada terselit sorang dua.gua tolak 2 markah daripada 10 markah penuh kerana situasi camni.
gua jugak perasan sesuatu yang sangat sangat sangat menyeramkan..berdekatan kinta riverfront kalau tak silap gua ada satu bangunan yang seakan-akan flat tapi sangat mengerunkan.sekali nampak macam bangunan dalam cerita resident evil.serius,kalau gua sorang-sorang gua tak kan berani lalu situ,takut kena ambush dengan makhluk mutasi.kerana hal ini gua tolak 8 markah lagi.
ipoh bukan bandar yang happening.tak tahu kat mana tempat penduduk ipoh ni berlibur.gua pergi dataran senyap sunyi.ingatkan ada jugak sesi up-up moto tapi sekor mat rempit pon takde.pergi ipoh parade pulak buat gua rasa macam ada kat guangzhao,nyaris buat gua jadi racist.pergi taman rekreasi gelap gelita,terus gua blah tak tunggu lama.bahaya untuk orang kaler macam gua lepak tempat gelap..3 markah lagi terpaksa ditolak.
tapi bukan semuanya yang buruk tentang ipoh.orang ipoh memang tak sombong.masa gua tengah bekerja tengok lalu lintas ada sorang pakcik datang bersembang dengan gua.bukan calang-calang punya bersembang,kitaorang punya borak macam sahabat karib yang dah terpisah 30 tahun.errr..pakcik,kalau lu baca entri gua ni cepat-cepat alih pokok-pokok tebu pakcik,tak lama lagi ada orang nak buat Giant kat situ.
gua sempat pekena nasi ganja dan gua setuju nasi ni lagi sedap dari nasi di kedai-kedai mamak lain yang gua pernah datang.gua pon ada singgah di gunung lang,tempat ni memang cantik.ada tasik yang diapit dua gunung.dia punya feels buat gua rasa nak berumahtangga kat situ.malangnya gua datang dengan puaka,bukan dengan makwe.
untuk keramahan pakcik,nasik ganja dan gunung lang,campur tolak darab bahagi gua tambah balik 6 markah.markah akhir untuk ipoh lu orang pandai-pandai la kira sendiri.bila pulang semula ke kuala lumpur,gua dihujani dengan satu masalah.
gua punya payment mungkin dapat dalam minggu depan,duit dalam wallet ada RM20,duit dalam poket seluar ada seringgit setengah,rokok dalam kotak tinggal lagi 9 batang.masalah pesen camni bukan saja boleh merosakkan selera makan,percintaan pon turut terjejas same.nak deting apa kalau duit ada RM21.50 je ye dak?
lu orang agak-agak mampu ke gua bertahan lagi seminggu?atau gua perlu berlatih makan dedak mulai sekarang?
8 carutan:
ipoh banyak polis.
lumut banyak mat rempit.
HAHA.
makwe lu jd banker kejap..
jgn mkn dedak..urat testis mudah mengendur.
ipoh mali talak sombong... err ada melangan
boleh lah makan dedak . mula dari bawah okay
Parah tue...
RM 20 sehari pun boleh habis tau...
Memang boleh menjejaskan 'rumahbatu' nie... Kena deden maggi seminggu nie... huhuhu
Areleaf, confirm kan join kontes? :)
http://kisahklasikita.blogspot.com/2010/12/nama-peserta-99-hari-kisah-klasik-kita.html
eh ? tak bawak balik makwe ipoh ?
lu kena jadi macam gua, dah 15 hari tanpa rokok!
dude, dtg ipoh now. haha. ni pergi ipoh zaman bila ni? haha. ada macam macam dah. better google dulu lah before dtg ipoh kalau betul nak explore. and yes jgn expect ipoh tempat utk huha huha jimba sana sini. ipoh is an old town. a very peace and cool of a town
Post a Comment