Setakat gua tulis entri baru ni,satu azam baru gua pon takde yang tertunai lagi tapi apedehal setahun ade 365 hari ye dak?lagipon azam baru ni kite tak boleh fokus sangat,makin kita fokus makin lari benda tu.
Baru-baru ni gua mendapat permintaan dari seorang puaka untuk menjenguknya di rumah. Suara dalam telefon macam biasa-biasa je kalau suara dah semput-semput tu risau jugak gua takut dia tengah nazak sorang-sorang kat rumah. Tapi kawan punya pasal gua gagahkan juga diri gua pergi rumah dia,scene nampak mayat tergantung depan mata bila bukak je pintu rumah dah terbayang-bayang kat kepala.
Puaka ni duduk rumah flat,tingkat 20 iaitu tingkat yang paling atas sekali. Oleh sebab itu gua terpaksa menggunakan lif,kalau kenang-kenang balik memang malu brader gagah macam gua ni guna lif. Badan tengah sedap tapi guna lif memang tak elok kalau diketahui umum.
Gua naik juga lif sebab dua benda. Satu sebab faktor kerisauan,cuba bayangkan kalau gua sampai je tengok dia dah berbuih mulut,sampai je hospital dah terlambat,nak-nak pulak kalau doktor tu keluarkan ayat,"kalaulah awak hantar dia ke hospital awal 5 minit,mungkin dia boleh selamat". Mau tiap-tiap malam dia datang kacau gua. Tak sanggup,tak sanggup.
Sebab kedua ialah kerana gua menahan kencing dari dalam kereta lagi. Tahan kencing ni lagi seksa dari tahan tunggu turn pergi haji. Time ni memang satu benda pon tak pikir,kalau makwe ajak bermesra pon ada chance kena sergah saje-saje.
Masuk je pintu lif,ada sorang budak dalam umur 5-6 tahun masuk sekali dengan gua. Boleh tahan comel dan sebab gua memang pesen lelaki yang penuh sifat kasih sayang dan kebapaan gua passing satu senyuman manis pada budak tu.
Tanpa berlengah gua tekan butang tingkat 20,budak tu pulak sambil melompat tekan butang tingkat 18. Baru je lif panjat naik setingkat,budak tu tekan pulak butang tingkat 3,gua biarkan saje,mungkin nak pergi rumah kawan dia kot.
Sampai je tingkat 3,budak tu tak keluar jugak. Bila gua pandang dia,dia buat muka paling inesen kat dunia. Pintu lif tutup je,budak ni dah tekan butang tingkat 5 pulak. Gua dah mula tak sedap hati,dia tak tahu ke gua ni tengah tahan kencing?Dem betei.
Sampai tingkat 5 sekali lagi dia tak keluar,muka wat bodoh je. Gua dah mula menggelabah bila dia tekan pulak butang tingkat 8. Gua urut dada sambil cakap,"all is well,all is well". Kalau dia tak keluar jugak kat tingkat 8 ni memang gua plan nak hentak kepala budak ni kat dinding lif.
Sampai tingkat 8,budak ni keluar. Gua dah mula tarik nafas lega,tapi belum sempat pintu lif tutup dia dah masuk balik semula. Gua kasi jelingan yang cukup real kat dia dan dia senyum sambil balas pendek,"salah tingkat pulak". Kali ni dia tekan pulak butang tingkat 14.
Time ni gua dah tak nampak raut comel dah kat budak ni melainkan wajah yang cukup sesuai untuk gua carut dan campak keluar dari pintu lif. Sampai je tingkat 14 gua dah berdebar lain macam,berdebar tahan kencing satu perkara,berdebar tengok perangai nirojimm budak ni satu perkara lagi.
Gua dah mula pasrah bila sekali lagi dia buat muka rileks dan buat satu lompatan ringkas tekan butang tingkat 17. Bila sampai je tingkat 17 dan dia still tak keluar lagi,gua dah mula meletup dan keluarkan dialog,"woi,ni nak naik tingkat baper ni?tingkat neraka jahannam?"
Paling gua tak boleh percaya dia boleh ketawa sambil pura-pura betulkan selipar. Memang dari tadi pon gua perasan dia pakai selipar terbalik. Bongok punya budak.
Lif panjat naik setingkat lagi,gua dah mula rasa tak keruan.Ni buatnya dia tak keluar jugak memang gua jadi pembunuh hari tu. Gua akhirnya lega lepas dia betul-betul keluar kat tingkat 18.
Bila pintu lif tertutup tak sampai separuh,gua mula tak percaya dengan cara ibubapa didik anak dieorang sekarang bila gua lihat satu tangan kecil masuk dari celah pintu lif
dan tekan butang loceng kecemasan.
18 carutan:
aku nk gelak guling2 leh x??ish budak2 zaman skng..cargas..
gua hanya mampu ketawa je. tak lebih dari tu.
haha! sumpah gua suka adik tu. barulah boleh 'gu' dengan lu. barulah puaka. tak gitu?? ;P
lep idiot pe ne?
peh! anyyoing gila budak tu
warga Silencer kot
wakakaa sian ko
tak pa..aal iz well!
baru bertemu buku ngan ruas..padan xperibahasa gua??
gua rase, budak mcm tuh diperlukan dlm team bola sepak...cergas! haha
elok sangat lah tu binatang naik lif sama2..
mau ku lempang kalau aku jumpa makhluk kecil macam tu..bia melalak2...bia mengadu kat mak pak dia pun xpe..bia mak pak dia tau anak dia sengal...
kahkahkahkahkahakhakhakhakahkahakhak
itu je komen aku.
sekian.
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
ni kes puaka dipuakakan
oowwhhh...
ini sangat menggugat kesabaran...
part yg last tekan butang kecemasan tu betul2 tak dijangka...
selamat awak takde heart attack...
=_="
comelnyeeee ...
sila kerat kepada beberapa bahagian dan kirim ke sini, ya ?
terima kasih :)
hahahahahahaha
sabar je la... tapi kalu kena kat batang idung sendiri, memang panas...
hallo.....tahniah ko tersenarai sebagai pemenang saguhati contest cerpen kelakar giler.so,sile email aku nant okeh?
http://azieriezsrose.blogspot.com/2011/01/pemenang-contest-cerpen-kelakar-giler.html
haha..
apa2.. berikan semangat pada diri..
ALL IS WELL.
gua ingat tu anak JUON. baru nak bagi sepakan percuma. hailaahhh!
part akhir gua tak menahan.
Tingkat 20 tu tingkat neraka jahanam ke.awat ke situ pulak kau pergi
part bawah paling lawak!LOL
Post a Comment