level

Setiap benda mempunyai level masing-masing. Jangan kata benda hidup seperti manusia dan haiwan,benda bukan hidup seperti periuk eletrik dan penghawa dingin juga turut mempunyai level.

Level tinggi biasanya lebih dipandang champion dari level bawah. Maka berebut-berebutlah setiap benda untuk mencapai level yang lebih tinggi. Surirumah separuh masa mahu menjadi surirumah sepenuh masa,pembawa teksi tidak bermeter mahu menjadi pembawa teksi bermeter,pelakon lucah 3 bintang mahu menjadi pelakon lucah 5 bintang,peminat persembahan terbaik juara lagu mahu menjadi peminat juara lagu,kipas angin berkelajuan 3 mahu menjadi kipas angin berkelajuan 5 dan bermacam-macam lagi.

Dalam mencapai level yang diingini,kadang-kadang mereka terlalu taksub,terlalu mencuba,terlalu gigih,senang citer tak real orang kata.Mana pelakon yang berlevel bawah pon mulalah mendedahkan aset dan menggesel-geselkan peha di kaki director,yang penyanyi sibuk melentokkan kepala di bahu penerbit,yang businessman pula tak putus-putus berjumpa dengan pawang untuk mengenakan santau pada pesaing.

Pendek kata semua orang baik kakitangan kerajaan,surirumah,pekerja kilang,pemandu teksi,kutu dan penghisap dadah sibuk mencapai level yang lebih tinggi. Tapi mereka lupa level yang lebih tinggi hanya mampu dicapai secara natural dan bersahaja.

Kerana makin mereka mencuba untuk berlevel tinggi,tanpa sedar mereka telah menurunkan level sendiri..

Sekian.



P kejutkan S : gua syak hanya manusia berlevel tinggi je faham entri gua kali ni..keh keh keh..

7 carutan:

ok, gua adalah manusia berlevel tinggi. maka, gua paham entry lu nih. hahaha.

 

level aku separa. tak naik tak turun. bahagia kan?

 

rasanya bdk yg en3 bwh ni blevel tinggi utk mcapai thp 'kecik2 da terer menganjing org'.


hahahaha

 

aku faham.
it means
it aint funny when we are trying hard to look nice,

 

Vee buat2 faham... apakah level vee?
:p