Sedang gua sibuk melakukan kerja gua iaitu mengkaji dan memahami telatah orang di fesbuk,perut gua berbunyi dengan irama yang cukup syahdu. Syahdu sehinggakan gua terduduk sebentar dan pilu mengenangkan nasib di perantauan.
Seminggu yang lalu gua diserang oleh demam yang agak rare sehingga membuatkan perut gua tidak boleh menerima nasi. Gua akan muntah setiap kali selepas gua memasukkan nasi ke dalam badan. Keadaan ini sangat tidak cool dan seorang lelaki yang kerap muntah berpotensi tinggi untuk dicerca dan dilemparkan tuduhan yang membabi buta..
Yang menghairankan,gua tak pulak muntah kalau makan nasi bersama makwe. Gua syak perut gua termasuk dalam kategori yang manja dan perlukan belaian seorang wanita. Mungkin terlalu kerap makan bersama puaka menyebabkan perut gua melakukan rusuhan dan memberikan kesan buruk pada fizikal gua.
Namun begitu,gua tak pulak sampai hati nak suruh makwe gua teman makan nasi hari-hari kerana sejak akhir-akhir ini pon makwe gua terlalu bizi dengan kerja sehingga selalu termiss sesi wish goodnite. Rindu dendam tak payah cakap la,kadang-kadang timbul jugak niat gila gua nak bercamping sebelah office makwe..
Oleh sebab itu,gua terpaksa menolak nasi dari diet pemakanan gua dan terpaksa beralih kepada bijiran dan gandum. Sebagai seorang melayu totok yang sudah bergelumang dengan nasi bertahun-tahun,pengalaman ini sangat menyeksakan.
Ah sudah,cilake ape pendahuluan je dah 5 perenggan..Ah,lu orang nak baca lu orang baca,taknak baca gua pedulik apa ye dak?
Melihatkan jam sudah berganjak menuju ke arah pukul 3 pagi dan keadaan perut gua masih tidak boleh menerima nasi,hanya dua perkara yang terlintas di kepala gua. Meggi dan Seven Eleven. Tak pikir panjang,gua capai sweater dan terus keluar rumah.
Sampai Seven Eleven,gua mengeluh seketika. Tiada makwe yang menghiasi kaunter Seven Eleven sebaliknya dua orang puaka gemuk beruniform merah. Kerana terlalu kecewa,gua masuk ke Seven Eleven tanpa memberi salam.Capai meggi di rak terus gua pergi bayar di kaunter dengan muka angkuh. Nak buat muka comel depan puaka nampak sangat kerja tak masuk akal.
Sampai je rumah,gua menuju ke dapur. Oleh kerana gua dibesarkan dengan tertib oleh mak,jarang sekali gua merendam megi dengan air panas melainkan situasi-situasi yang mendesak. Kerja merendam megi dengan air panas hanya sesuai dilakukan oleh orang lelaki yang bergelar student,orang lelaki yang hidup bujang,orang lelaki yang mempunyai isteri yang tidak pandai memasak dan kebanyakan perempuan.
Tambahan pula,scene melakukan kerja di dapur memang sudah menjadi makanan bagi gua. Bawang dan cili api sudah dibasuh dan dipotong dengan teliti. Periuk juga sudah diletakkan dengan rapi dan center di atas dapur gas.Tapi bila gua cuba menghidupkan api dapur,hati gua dilanda perasaan yang celaka.
Sah! Gas takde.
Gua bukak bungkusan megi dengan hiba dan pura-pura menganggapnya mamee monster..
14 carutan:
Teeheehee.. tabahlah ea x3
aritu gua tgk elok je lu rendam mee cintan tu..xde plak kompelinnya..
kesiannnnyeeeee! tlg la mkn nasi jugak! grrrr!
haaa! totok tuh menatang hape ? gua xpenah dengar. =.="
apesal lu tak rendam je? kan keadaan mendesak tu.. hahaha.. adess.. sabar je la =.="
yeah, gua terkeluar dari senarai pemasak maggi yg malas...
gua ingat, gua nak saran lu beli dapur elektrik...ataupon lu masak maggi dalam periuk nasi macam gua selalu buat kat hostel nih..
ha ha ha ha ha
mmg bdn ko le lekat2 puaka budak kecik tu. sb tu salu malang.
bek ko g mandi bwh jmbatn.
ha ha ha ha
heh!padan muka!byahahahahaaaaa
sbnrnya lu nk ckp...umh lu sbnrnya memg xderk gas, kn..
bek beli megi cup kat 7e, terus rendam guna air panas kt sana!sedap wooooo
ego tinggi mang camneh...hahahha
kesian
sedeh gila..kah3..
sabar
hahahahaha..padan muka..aahahaahhaa=p...gua lapar nasi nih...T___T
hark2..sgt celake klu penat2 pg 7e semate beli megi sebungkus balek gas takde..hehe..saba2..
gile syahdu. hahaha
haha
pasrah sungguh!
Post a Comment