Rebah

Ramadhan kali ni datang macam biasa. Yang lainnya cuma tukang umum puasa dah ganti dengan orang lain. Seperti bulan puasa tahun-tahun yang lepas,bulan puasa tahun ini gua juga turut berpuasa. Ramadhan kali ni gua telah berjanji dengan makwe dan juga diri sendiri nak jadi orang sikit,jangan nak puaka sangat dah.

Sebenarnya gua rasa tak selesa tulis kat sini,takut ada orang salah anggap gua niat nak menunjuk tapi bulan puasa kali ni gua ingat gua nak CUBA sembahyang subuh berjemaah di surau. Lagipun surau tu bukannya jauh mana,turun lif jalan kaki dalam 20 langkah dah sampai.

Tadi time subuh di surau,gua duduk di saf ke tiga. Tapi masa baru nak sujud rakaat ke dua,pakcik depan gua dah rebah. Dia punya rebah bukan main-main punya rebah,kalau nak kasi markah tentang jatuhan dia tadi,gua akan kasi markah 8.5/10 tanpa berfikir panjang. Bila tengok dia rebah je,sembahyang gua auto tak khusyuk,dalam otak pikir nak pergi tolong ke atau nak teruskan sembahyang.

Bila gua tengok pakcik kiri kanan gua steady je sembahyang lagi gua pun jadi steady sama. Bila habis je sembahyang barulah semua berpusu tengok pakcik tu. Mana yang renjis air,renjis air,mana yang tukang gegarkan badan pakcik tu sibuk gegarkan badan pakcik tu,mana yang tepuk muka pakcik tu sambil sebut,"Man,bangun Man" pun turut sama-sama memeriahkan sesi menyedarkan pakcik tersebut.

Sebagai anak muda,gua berdiri bersama beberapa orang pakcik sedikit ke belakang. Gua pikir kalau dah sampai memaksa bantuan CPR diperlukan baru gua nak tampil ke depan. Pakcik-pakcik tepi gua dah sibuk buat teori sendiri. Ada yang kata penyebabnya kambing,ada yang kata penyebabnya Gout,ada pulak yang kata penyebabnya tidak bersahur. Tapi ada sorang pakcik ni kasi teori paling steady sekali.


"Man ni baru belajar berpuasa agaknya"





P ajak S pergi tarawikh : Jangan risau,semasa gua pulang ke rumah tadi,Pakcik Man telah kembali sedar dan dijangkakan akan pulih dengan segera. Gua harap semua dapat jaga kesihatan pada bulan Ramadhan ni dan selamat berpuasa dan menghabiskan moreh!

Berkat

Baru-baru ni gua pergi lunch dengan makwe. Lunch dengan makwe ni termasuk dalam aktiviti yang membahagiakan jugak sebenarnya. Bayangkan je la,lunch dekat jusco pun dah boleh buat sengih sampai ke malam,macam mana la kalau lunch dekat rumah nanti,mau sengih sepanjang hayat ye dak?

Gua mandi-mandi,pakai baju apa semua,hidup enjin kereta,sesat dua tiga round,ambil makwe kat opis dan pergi lunch. Semuanya berjalan lancar dan seiring juga sekata..Sambil makan,gua dan makwe berkongsi-kongsi cerita. Ada cerita pasal ikan laga,pasal belanjawan,pasal rokok dan macam-macam pasal lagi.

Sedang sesi borak sambil makan nak masuk ke separuh masa kedua,gua kemukakan hasrat nak ajak makwe pergi majlis pertunangan member gua. Makwe kata dia segan nak ikut,sebab baru bertunang,bukannya kahwin lagi. 

Gua dengan steady cakap,"alaa,jom la,ambik berkat orang kabor. Mana tahu pergi buatnya melekat,tahun depan turn kita pulak".

Sambil senyum,makwe balas pendek,"bila nak kerja?"


Itu jam kalau ada laptop dengan broadband kat sebelah,memang terus gua pergi bukak jobstreet..



Lady

Gua dah perati lama sorang makcik dekat area rumah gua ni. Hari-hari dia buat kerja macam biasa,isnin membawak ke selasa,selasa membawak ke rabu,rabu membawak ke khamis dan begitulah seterusnya. Tujuh hari seminggu,tak pernah cuti. Pukul 6 pagi dia dah standby duduk kat port biasa dia dengan sebijik meja. Kadang-kadang dia pakai baju kaler kuning,kadang-kadang kaler merah biji kundang,kadang-kadang kaler hijau pucuk pisang. Pendek kata,ikut dia la nak pakai baju kaler apa pun..

Driver teksi,budak sekolah,brader kerja gomen,abang polis,abang askar,kutu rayau,pekerja mekdi,makwe kilang,kakak cikgu sekolah semua berhenti kat dia tiap-tiap hari. Pilih-pilih,kasi duit lepas tu jalan. Gua syak makcik ni dah banyak berjasa dekat ramai orang. Kalau takde dia kompem ramai orang pergi kerja dengan perut kosong. Bila kerja dengan perut kosong ni,kerja pun jadi tak power sangat. 

Bila kurang power,kurang la produktiviti. Bila produktiviti menurun,sesuatu syarikat itu akan dilanda masalah. Itu kalau pekerja syarikat swasta,kalau pekerja kerajaan macam mana? Lagilah haru biru,mana yang nak buat kad pengenalan berjam-jam kena tunggu sebab kakak kaunter kerja dengan perut kosong jadi kerja dia tak solid macam biasa. Mana yang nak apply geran tanah pun begitu jugak. 

Budak sekolah belajar dengan perut kosong memang satu ilmu pun tak masuk. Driver bas pulak mulalah drive bas macam celaka sebab lapar sangat. Abang polis tak makan punya pasal mulalah jadi baran semacam. Kat sini kita boleh tengok betapa pentingnya peranan seorang makcik penjual nasik lemak.

Sekarang ni gua nak tanya satu je..Agak-agak boleh ke tidak kita start buat fanpage untuk makcik tu tadi kat fesbuk. Lepas tu kasi la satu title kat dia,baru sedak sikit ye dak. Kalau tak dapat title "lady of liberty" pun,dapat title "lady of jalan semarak" pun dah kira ok.


Gua harap lu orang boleh pikir serius tentang hal ni..

Tong Gas

Zaman sekolah dulu gua memang jahat tak macam sekarang. Tapi takdela sekarang ni gua baik cuma tak sejahat macam dulu la. Sejak-sejak dah tua ni mungkin badan pun takde kederat sangat nak buat kerja-kerja jahat ni. Setakat kerja jahat yang ringan-ringan tu lepas lagi la.

Dulu time sekolah semua benda gua rembat. Selalunya rakan jenayah gua ialah seorang puaka nama Jimi. Entah hidup ke tidak budak Jimi ni sekarang. Kalau dia hidup gua syak kalau tak dekat pusat serenti mesti dia tengah ada kat penjara Mexico sekarang.

"Malam ni kau jangan pergi mana-mana,dalam pukul 2 pagi aku datang ambik kau",kata Jimi tegas sebagai mastermind.

Malam itu seperti yang tidak dijanjikan,Jimi datang ketika jarum pendek di jam hampir mencecah angka empat. Gua memakai jaket dan menyarung selipar dengan tergesa-gesa. Sambil melompat ke atas motosikal Jimi,gua menghadiahkan satu ketukan tangkas di kepalanya. Jimi cuma tersengih.

Sampai di tempat kejadian,Jimi mengarahkan gua menunggu di motosikal. Kalau ada apa-apa buat bunyi burung hantu katanya. Dia kemudiannya lesap di sebalik semak samun sambil gua memprektis bunyi burung hantu di dalam hati. Malam makin sunyi,sesunyi embun pagi. Kahkahkah!

"Ktangg!!!"

Satu bunyi ketukan memecahkan keheningan malam. Gua tahu itu petanda Jimi sedang menjalankan tugasnya. Selang beberapa minit kemudian,satu lagi bunyi ketukan kedengaran. Nampaknya mangga rantai untuk misi kali ni memerlukan lebih dari satu ketukan tapi gua yakin dengan Jimi. Dia profesional dalam melakukan dosa.

Selang beberapa minit kemudian,Jimi muncul dari kegelapan dengan menggolek sebijik tong gas. Selepas menyerahkan tong gas tersebut kepada gua tanpa ada adat istiadat penyerahan,Jimi hilang semula. Tidak lama selepas itu dia kembali lagi dengan sebijik lagi tong gas. Dua bijik tong gas memang cukup menampung keperluan nikotin kami untuk beberapa minggu..

Tanpa rasa bersalah,dua orang pemuda menunggang motosikal rxz berkaler putih dengan dua bijik tong gas yang diletakkan secara bertingkat menongkah arus malam dengan muka yang riang seperti esok pasti ada untuk mereka.

Esoknya di sekolah,gua sedang dalam keadaan resah gelisah menantikan bunyi loceng rehat. Tenaga gua untuk belajar sudah semakin kehabisan dan perlu diisi dengan segelas air sarsi di kantin. Semasa zaman persekolahan,gua jarang makan di kantin sekolah. Mungkin itulah juga sebabnya badan gua berada dalam keadaan fit dan bukannya obesiti.

Loceng berbunyi dan gua melangkah dengan hati yang senang ke kantin. Kesejukan air sarsi masuk ke tekak mula terbayang di fikiran gua. Ketika sudah hampir ke kantin,gua melihat Jimi sedang mencarut-carut seperti orang tidak mempunyai akal. Sebenarnya kalau tak mencarut pun dia takde akal jugak gua syak.

"Bongok punya makcik kantin,dah masuk waktu rehat satu apa pun tak siap masak lagi!!Pesen serupa kedai siam,nak goreng mee pun lembab!",jawab Jimi sambil menendang tong sampah ketika gua menanyakan kenapa dia berkelakuan gila.

"Setan,kalau dah tahu kau tu tak boleh miss makan kat kantin,lain kali rembat la tong gas orang lain!",balas gua sambil berjalan ke arah kantin. Jimi menepuk dahi dan gua bersyukur kerana air sarsi tidak memerlukan gas untuk membuatnya..



P angkat kening kat S : Siang tadi baru gua berspirit nak memasak tiba-tiba gas habis. Mungkin inilah yang dikatakan karma.