Zaman sekolah dulu gua memang jahat tak macam sekarang. Tapi takdela sekarang ni gua baik cuma tak sejahat macam dulu la. Sejak-sejak dah tua ni mungkin badan pun takde kederat sangat nak buat kerja-kerja jahat ni. Setakat kerja jahat yang ringan-ringan tu lepas lagi la.
Dulu time sekolah semua benda gua rembat. Selalunya rakan jenayah gua ialah seorang puaka nama Jimi. Entah hidup ke tidak budak Jimi ni sekarang. Kalau dia hidup gua syak kalau tak dekat pusat serenti mesti dia tengah ada kat penjara Mexico sekarang.
Dulu time sekolah semua benda gua rembat. Selalunya rakan jenayah gua ialah seorang puaka nama Jimi. Entah hidup ke tidak budak Jimi ni sekarang. Kalau dia hidup gua syak kalau tak dekat pusat serenti mesti dia tengah ada kat penjara Mexico sekarang.
"Malam ni kau jangan pergi mana-mana,dalam pukul 2 pagi aku datang ambik kau",kata Jimi tegas sebagai mastermind.
Malam itu seperti yang tidak dijanjikan,Jimi datang ketika jarum pendek di jam hampir mencecah angka empat. Gua memakai jaket dan menyarung selipar dengan tergesa-gesa. Sambil melompat ke atas motosikal Jimi,gua menghadiahkan satu ketukan tangkas di kepalanya. Jimi cuma tersengih.
Sampai di tempat kejadian,Jimi mengarahkan gua menunggu di motosikal. Kalau ada apa-apa buat bunyi burung hantu katanya. Dia kemudiannya lesap di sebalik semak samun sambil gua memprektis bunyi burung hantu di dalam hati. Malam makin sunyi,sesunyi embun pagi. Kahkahkah!
"Ktangg!!!"
Satu bunyi ketukan memecahkan keheningan malam. Gua tahu itu petanda Jimi sedang menjalankan tugasnya. Selang beberapa minit kemudian,satu lagi bunyi ketukan kedengaran. Nampaknya mangga rantai untuk misi kali ni memerlukan lebih dari satu ketukan tapi gua yakin dengan Jimi. Dia profesional dalam melakukan dosa.
Selang beberapa minit kemudian,Jimi muncul dari kegelapan dengan menggolek sebijik tong gas. Selepas menyerahkan tong gas tersebut kepada gua tanpa ada adat istiadat penyerahan,Jimi hilang semula. Tidak lama selepas itu dia kembali lagi dengan sebijik lagi tong gas. Dua bijik tong gas memang cukup menampung keperluan nikotin kami untuk beberapa minggu..
Tanpa rasa bersalah,dua orang pemuda menunggang motosikal rxz berkaler putih dengan dua bijik tong gas yang diletakkan secara bertingkat menongkah arus malam dengan muka yang riang seperti esok pasti ada untuk mereka.
Esoknya di sekolah,gua sedang dalam keadaan resah gelisah menantikan bunyi loceng rehat. Tenaga gua untuk belajar sudah semakin kehabisan dan perlu diisi dengan segelas air sarsi di kantin. Semasa zaman persekolahan,gua jarang makan di kantin sekolah. Mungkin itulah juga sebabnya badan gua berada dalam keadaan fit dan bukannya obesiti.
Loceng berbunyi dan gua melangkah dengan hati yang senang ke kantin. Kesejukan air sarsi masuk ke tekak mula terbayang di fikiran gua. Ketika sudah hampir ke kantin,gua melihat Jimi sedang mencarut-carut seperti orang tidak mempunyai akal. Sebenarnya kalau tak mencarut pun dia takde akal jugak gua syak.
"Bongok punya makcik kantin,dah masuk waktu rehat satu apa pun tak siap masak lagi!!Pesen serupa kedai siam,nak goreng mee pun lembab!",jawab Jimi sambil menendang tong sampah ketika gua menanyakan kenapa dia berkelakuan gila.
"Setan,kalau dah tahu kau tu tak boleh miss makan kat kantin,lain kali rembat la tong gas orang lain!",balas gua sambil berjalan ke arah kantin. Jimi menepuk dahi dan gua bersyukur kerana air sarsi tidak memerlukan gas untuk membuatnya..
P angkat kening kat S : Siang tadi baru gua berspirit nak memasak tiba-tiba gas habis. Mungkin inilah yang dikatakan karma.
11 carutan:
mungkin nanti lu akan bernikah dengan anak makcik kantin tu. Ini lagi karma.
"Jimi menepuk dahi dan gua bersyukur kerana air sarsi tidak memerlukan gas untuk membuatnya.."
ayat mcm terjemahan english ke malay guna google translate ni lep
kemain lagi jimi ekkk
jahat betei!
-.-"
wahh..so nice mehh ur story...bikin hati kurang pns..
citer2 lg please..;)
hahaha. what goes around comes around.
nice one lah. :D
mungkin lu ptut biase kn diri dgn bbq arang batu.
dari kecik sampai besar tak habis lagi puaka ni T___T
puaka jgk si jimi nih
tetiber gua teringin nak kenal dgn beliau ;D
jimi dengan tong gas sama je takde otak..hahaha
Post a Comment