Gua dah perati lama sorang makcik dekat area rumah gua ni. Hari-hari dia buat kerja macam biasa,isnin membawak ke selasa,selasa membawak ke rabu,rabu membawak ke khamis dan begitulah seterusnya. Tujuh hari seminggu,tak pernah cuti. Pukul 6 pagi dia dah standby duduk kat port biasa dia dengan sebijik meja. Kadang-kadang dia pakai baju kaler kuning,kadang-kadang kaler merah biji kundang,kadang-kadang kaler hijau pucuk pisang. Pendek kata,ikut dia la nak pakai baju kaler apa pun..
Driver teksi,budak sekolah,brader kerja gomen,abang polis,abang askar,kutu rayau,pekerja mekdi,makwe kilang,kakak cikgu sekolah semua berhenti kat dia tiap-tiap hari. Pilih-pilih,kasi duit lepas tu jalan. Gua syak makcik ni dah banyak berjasa dekat ramai orang. Kalau takde dia kompem ramai orang pergi kerja dengan perut kosong. Bila kerja dengan perut kosong ni,kerja pun jadi tak power sangat.
Bila kurang power,kurang la produktiviti. Bila produktiviti menurun,sesuatu syarikat itu akan dilanda masalah. Itu kalau pekerja syarikat swasta,kalau pekerja kerajaan macam mana? Lagilah haru biru,mana yang nak buat kad pengenalan berjam-jam kena tunggu sebab kakak kaunter kerja dengan perut kosong jadi kerja dia tak solid macam biasa. Mana yang nak apply geran tanah pun begitu jugak.
Budak sekolah belajar dengan perut kosong memang satu ilmu pun tak masuk. Driver bas pulak mulalah drive bas macam celaka sebab lapar sangat. Abang polis tak makan punya pasal mulalah jadi baran semacam. Kat sini kita boleh tengok betapa pentingnya peranan seorang makcik penjual nasik lemak.
Sekarang ni gua nak tanya satu je..Agak-agak boleh ke tidak kita start buat fanpage untuk makcik tu tadi kat fesbuk. Lepas tu kasi la satu title kat dia,baru sedak sikit ye dak. Kalau tak dapat title "lady of liberty" pun,dapat title "lady of jalan semarak" pun dah kira ok.
Gua harap lu orang boleh pikir serius tentang hal ni..
13 carutan:
terima kasih lep.gua rase terhibur di kala malam ketika membada entri lu ini.
-.-
tak boleh berfikir dahh
salam...waakak..betei sgt dah tu brader leplep..xpe..esok luse kite kene usulkan cadangan nie ke parlimen..dr bg datok kat amitabh bachan kan..hakhakh
gua pon serius bila memikirkn sedlm2nya sprti lu. argh. buat fanpage!
larh..igtkan makcik pnjage toilet..pnjual nsik lmak ghupenye..hoho
klau nak buat fanpage tu, pastikan la makcik tu tau. nnt tba-tba diserbu pminat, terkejut pla dia. kdg-kdg makcik ni lbh berjasa kot...
perhatikan seseorang dang mengagumi dari jauh pernah juga aku lakukan..
salam
ada apa dengan makcik...
sori bro..sejak blog guna pone berkuahkan opera 10 baru ni gua dapat conteng kat sini..baca blog lu gua tak tinggal macam berus gigi pagi pagi tu
kenapa ko buat fanpage ko tak buat sekali dgn makcik tu punya fanpage? kikikiki ^^
fanpage jasamu dikenang ;D
gua rase lu nak ngorat anak makcik tu kan sebenarnye? tu lu nk buat fesbuk fanpage utk dia.
entri entri lu ni memang penghibur malam gua
kt jln semarak? dekat jek tuh..blehla try..
Post a Comment