Gadis Masa Depan

Afka mencucuh sebatang rokok. Pari-pari dihadapannya itu memuncungkan bibir tanda tidak selesa dengan kelakuan Afka tersebut. Afka hanya tersenyum. Manis.

"Manusia mudah mengharap Bell, kadang kadang mereka mengharap terlalu tinggi dan bila harapan mereka itu berkecai mereka juga jadi hancur berderai", kata Afka sambil memandang langit. 

"Tapi manusia juga tidak mampu hidup tanpa harapan Afka. Hanya dengan harapan, mereka mampu membina impian.", balas Bell sambil tersenyum memperlihatkan lesung pipitnya. Afka geram.

"Malam ini apa yang awak harapkan?", tanya Bell lagi sambil merenung tepat ke arah mata Afka.

"Malam ini hanya satu harapan saya, agar semua impian awak akan jadi kenyataan. Walau dalam impian itu adanya saya atau tidak wujudnya saya", Afka menjawab separuh berbisik. Dia menggenggam kuat tangannya, seperti ada sesuatu yang masih belum diluahkan sepenuhnya.

"Harapan awak kedengaran seperti awak tidak mampu menyimpan harapan?, gadis itu menduga.

"Kalaulah kita mampu meramal masa depan seperti kita mampu meramal kedatangan gerhana bulan, saya takkan pernah berhenti berharap. Walau satu detik.", kata Afka sambil membaling jauh puntung rokoknya.

Gadis itu tersenyum lagi. Senyum yang penuh erti, penuh misteri.

"Selamat ulangtahun gadis masa depan", hati Afka berbisik.

12 carutan:

"Malam ini hanya satu harapan saya, agar semua impian awak akan jadi kenyataan. Walau dalam impian itu adanya saya atau tidak wujudnya saya" -->sy suka ayat nih. juga doa sy untuk dia..

 

lamaaaanyaaa xupdate...hye leplep!!!

 

Ah. Bila baca ni rasa nak tahu siapa lelaki masa depan gua.

 

Kalau lah boleh meramal masa depan spt meramal gehana bulan sy takkan lepas kan detik itu. Oh sangat best lep. Selamat hari jadi juga gadis masa depan.

 

Kadang kala, seni memerlukan sedikit kesombongan..

 

mesti afka senang hati senyum lebar

 

salam, hopefully you could update stories about urself more often! suka baca ur stories! kelakar! ;)

 

gadis masa depan pasti akan menjelma taktkala gerhana bulan datang lagi. haha !

 

Ku sailang Bell dengan bismillah....

 

scene masa afka dan bell main meriam buluh ke waktu ni, keh keh keh.

 

:) thankx for this afka- bell

 

Ayat mantap gitu walaupun pendek je entry
Nice job!