Insaf Seorang Bekas Guru Silat

Sekarang ni gua busy sikit sebab nak siapkan blook gua, punyalah busy sampaikan nak kelip mata pun tak sempat kadang-kadang. Tapi malam tadi, gua curi masa sikit keluar melepak. Kali ni gua melepak dengan seorang bekas guru silat, yelah hari-hari melepak dengan budak dadah pun tak sedak jugak ye dak?

Bekas guru silat ni dulu pernah pelawa gua belajar silat dengan dia tapi gua tolak mentah-mentah, gua sebagai pencinta kedamaian dan slot cerekarama memang tak berapa in dengan ilmu tentang perkelahian ni..Lainlah kalau ilmu menundukkan golongan makwe, berspirit jugak gua nak belajar..

Sepanjang sesi melepak yang ditemani dengan segelas nescafe ais dan sekotak rokok tadi, bekas guru silat ni tak habis-habis bercerita pasal pengalaman semasa muda dia. Gua nak melawan pun tak boleh jugak, yelah dia bekas guru silat kan. Jadi gua dengar je la sambil angguk-anggguk kepala konon konon berminat.

Bekas guru silat ni kabor zaman muda dia dulu memang wild, air apa dia tak pernah minum, makanan apa dia tak pernah makan, tempat mana dia tak pernah pergi, makwe mana tak pernah dia romen, golongan mana dia tak pernah tumbuk, ilmu hitam apa dia tak pernah belajar, semua dia pernah buat.

Tapi sejak tua-tua ni, dia dah insaf katanya. Usia dah memakan spirit rebelnya, kedutan dah menelan semangat pendekarnya dan bini telah mengganggu jiwa keplayboyannya. Sekarang ni dia lebih banyak mendalami ilmu agama dan menghabiskan masa di atas sejadah.

Oleh sebab malam semakin larut, gua dan beberapa orang kutu lagi mengambil keputusan untuk pulang. Kalau lewat sangat balik nanti risau jugak terserempak dengan langsuir. 

"Engko balik jalan mana?", tanya bekas guru silat semasa gua sedang menuju ke arah motosikal.

"Balik ikut jalan biasa la pakcik, nak ikut jalan mana pulak", jawab gua sambil mencucuh rokok sebagai bekal perjalanan.

"Sebelum balik tu,engko boleh tolong pakcik tak?", soal bekas guru silat tadi sambil buat muka tak bersalah.

"Tolong apa pakcik?", gua sedikit risau, takut-takut bekas guru silat ni mintak tolong gua terima ilmu hitam dia dulu.

"Tolong mintak no telefon budak perempuan ambik order tadi", jawab bekas guru silat tersengih.

"Faking! Insaf tengkorok dia", carut gua dalam hati sambil tersenyum.

 Yelah, nak mencarut depan depan dia bekas guru silat kan.

12 carutan:

haahahha,x gentle sungguh nk suh org dapatkan no tepon

 

Gua tak reti nak sebut perkataan faking tu. Minta ajar, haha

 

terbukti keinsafan beliau bersifat sementara

 

Coolnya orang tua tuh. Terasa nak bagi no hp gua pula. Mihmihmih

 

kakaka,dia nak ajar bdak amik order tu silat gamaknya .

 

Hahahaha! Sekejap je tu! Ades, ksian bini tok kat rumah. Bwk2 taubat la tok..

 

ah, takut lettew!hahaha