Awak nak beli tak?

Lu orang tahu tak jadi blogger ni kemain banyak duri ranjaunya? Macam-macam cabaran yang terpaksa diterima bagi seorang yang bergelar blogger. Kalau gua nak kabor dia punya susah, berkaca jugak mata gua ni dibuatnya. Orang buat hatepage untuk gua, orang tuduh gua bajet blogger, orang tuduh gua freemason, orang tuduh gua itu, tuduh gua ini. 

Kalau blogger yang ada nuffnang tu sekurang-kurangnya sejuk sikit hati diaorang bila check duit nuffnang ye dak? Gua ni jangan kata nuffnang, akaun bank pun takde. Jadi gua nasihatkan engko orang yang ada blog tu bersara je la dari jadi blogger, biarlah gua berkorban untuk semua. Biarlah gua sorang je yang menempuh dugaannya. Gua rela, gua rela.

Gua ada satu impian di mana musim banjir hujung tahun ni, gua nak ada jet ski sendiri. Cuba lu orang bayangkan gua naik jet ski, mesti ramai makwe yang tus air liur kan? Sayangnya, jangan kata nak beli jet ski, nak beli minyak jet ski pun gua tak mampu.

Oleh itu, gua dah nekad buat keputusan drastik. Gua akan terbitkan blook sendiri dan sebuah buku "Pakwe Vs Makwe". Blook gua tu nanti gua akan cuba sambung mana-mana cerita gua yang tergendala, takpun susah-susah gua buat cerita baru je. Buku "Pakwe Vs Makwe" tu pulak gua koloborasi dengan seorang makwe. Buku ni tentang perspektif seorang makwe mengenai pakwe dan pandangan seorang pakwe mengenai golongan makwe. Gua harap buku ni nanti mampu menghilangkan salah faham antara pakwe dan makwe.

Jadi gua nak tanya, berapa ramai yang nak beli. Gua syak gua tak letak harga mahal-mahal, paling tinggi pun RM20. Kalau ramai nak beli baru gua teruskan, kalau takde gua photostat buat baca untuk diri sendiri je. Jangan kata beli jet ski, dapat beli nasik untuk setahun pun gua dah cukup besar hati.


P buat muka comel suruh S beli buku dia : Gua serius ni, siapa bergurau kat komen gua terajang.

32 carutan:

kalau hasil karya dari lu, insyaallah peratusan untuk gua beli tu tinggi jugak lah.

 

Kite nak beli leplep,kite suke bace tuit awak,blog awak mahupun karya awak dlm buku hero.kahkah eh tak,kite series ni,nnt kite pakse ezan beli skali semoga awak dpt beli jetski hendaknye..-frh_ayna-

 

brader leplep..gua nk!! tp make sure lu buat blook yg x kasi gua ngantok....

 

Eh aku macam berminat je! Cool la!

 

boleh beli pakai voucher 1 Malaysia tak?


ok sila terajang aku...hahahaha

 

gua ada nuffnang, tp x amik kesah pun be ke hape..

weyh, aku nk beli!!! aku siyes!!

 

i'll definitely buy it. dont worry :)

 

harga rm20 is okay lah kot

hewhew

so tayah nak terajang2 bila org komen tadenye nak bergurau ni haaa

 

buat lah.serius memang akan beli nanti.hari tu beli buku HERO pun sebab terfikir ada LepLep

 

saya mesti pilih! hahahaha :P

 

Kalaulah bunuh diri tu tak berdosa, dah lama gua bunuh diri baca komen2 dekat sini.

 

Pebende gua sorang je yang terselit celah celah makwe nie woi.

 

tulisan leplep dalam 'Hero' dan 'Kitab Terfaktab'dah buat aku jatuh cinta. Makanya,segala yg leplep tulis akan aku beli ! Serius.

 

klau buku hang keluar kt bookstore aku beli..

serius!

 

gwa beli kalau gwa ad duit. seyus ne.

 

gua nak la bhai...sape tak nak beli tulisan dari brade leplep..

sape cakap nak beli, tp last2 tak jadi beli..gua terajang. hehe

ok, serious, gua beli. (:

 

aku tau makwe tu sape..so sbb aku sapot makwe tu, jd mesti aku nak beli,...lu jgn risau..

 

Ok je, takde hal.. Asalkn bro keep on tulis mcm ni, takde la ngantuk tahap gaban nk baca, haha!

Tp kasi story la nk terbit kat mana.. Popular ke, MPH ke.. Serius bro, takde akaun bank jugak nak beli online, wakaka!

 

awak~ itewwww nak beli buku awak tueeee~ nanti gtau itewww eh bila bole beli ^_^

kahkahkahkahkah

 

demi membantu lu mencapai hasrat nak beli jetski. gua akan beli. kakakaka

 

pastinya kan beli. pasti hasilnya tak mengecewakan. buat la,buat la. mcm buku hero tue ! :D

 

pastinya kan beli. pasti hasilnya tak mengecewakan. buat la,buat la. mcm buku hero tue ! :D

 

cam cool.aku nak beli.

 

cam cool.gua nak beli.

 

Saya beli. Dengan syarat tumpangkan saya pergi kelas naik jetski hari-hari. Hahaha ok tak, serious nak beli. Bosanlah asyik stalk blog, twitter. Kalau beli buku boleh peluk tanda cinta. Ok ini macam pervert, bye.

 

Cop satu!
Konfirm beli kalau tulisan Leplep :)

 

Cop satu!
Konfirm beli kalau tulisan Leplep :)

 

Cop satu!
Konfirm beli kalau tulisan Leplep :)