Salah Faham Seorang Makwe.

"Haah bang, hidup dekat Kolumpo tu memang banyak ranjaunya, sebab tu lah jugak saya berhenti kerja manager bank dan balik kampung tolong mak kat kedai je", sembang gua pada sorang brader posmen yang sedang menyusun baki surat yang belum dihantarnya.

Seorang lagi kawannya yang juga posmen pula sedang ralit menikmati nasik berlaukkan rendang ayam, sambal kerang dan ulam-ulaman. Keadaan di kedai mak gua hari itu agak busy dengan beberapa orang customer yang sedang memilih makanan. Selain warga posmen, mak gua juga mempunyai banyak pelanggan tetap yang datang dari latar belakang kerja yang berbeza. Posmen tuang kerja, cikgu sekolah kesuntukan masa, surirumah yang malas masak dan pekerja sektor kerajaan yang sampai sekarang gua tak tahu berapa lama waktu rehat diaorang sebenarnya. Di penjuru sana, kelihatan beberapa orang penguatkuasa MPK(Majlis Perbandaran Kuantan) sedang khusyuk bersembang mengenai kupon parking.

Lantaran suara mereka yang agak kuat, kedengaran mereka sedang merungut mengenai bebanan kerja sejak parking berkupon diperkenalkan di bandar Kuantan. Parking ini memaksa semua pengguna kereta membeli dan meletakkan kupon di atas dashboard kereta sekiranya ingin meletakkan kereta mereka di mana-mana kotak parking yang disediakan oleh MPK. 

Sekali sekala mata gua liar memerhatikan tempat duit mak gua yang terletak tidak jauh berhampiran. Apabila mengetahui mak gua sentiasa berada tidak jauh dari 5 meter daripada bekas duitnya, gua mengeluh sedikit hampa. Terlalu bahaya untuk mencuba, bisik hati gua.

Perhatian gua terganggu apabila sebijik kereta proton wira berhenti di hadapan kedai mak gua. Seorang makwe berjeans ketat dan bertshirt sendat keluar dari dalam kereta tersebut dan secara automatik semua spesies lelaki di kedai mak gua menoleh secara serentak. Ada yang tus air liur, ada yang mengurut dada, ada yang berbisik-bisik, cuma gua yang sedikit steady, hanya memeluk tubuh dengan bergaya.

Tak sampai 5 langkah makwe tersebut berjalan, dia meluru kembali masuk ke dalam kereta. Mukanya sedikit cemas dan gua mulai hairan. Entah apa yang bermain di hati makwe tersebut. Tak cukup duit ke, nak terkencing ke, lupa punchcard ke atau tidak dapat menahan debar di dada tatkala melihat muka gua? semuanya bermain-main di otak gua dan gua mengerutkan dahi sedikit kacak.

Dari jauh gua melihat makwe itu mengeluarkan sesuatu dari dalam dashboard keretanya, kemudian dia menggores-gores pula benda tersebut dan akhirnya meletakkan benda tersebut di atas dashboard kereta pula. Apabila melihat secara teliti, gua tersenyum. Brader posmen tersenyum, penguatkuasa MPK tersenyum, pakcik pakai kopiah tersenyum dan semuanya tersenyum.

Makwe itu melangkah masuk ke kedai dan tiba-tiba seorang dari penguatkuasa MPK bersuara.

"Tak payah letak kupon parking dik, kedai ni bukan tanah MPK"

Makwe itu mulai kemerah-merahan pipinya dan gua segera mengalihkan perhatiannya semula dengan satu senyuman ringkas penuh makna.

Ada jugak pesen orang yang mematuhi undang-undang tak kena tempat dan membabi buta rupanya.



P bayar apa P makan, S bayar apa S makan : Lain kalilah gua cerita pasal pengembaraan gua, gua busy serupa mesin ABC sekarang ni..

14 carutan:

Lain kali lu tunggu la dekat tempat parking, agak agak orang nak masuk lambai lambai la sikit. Lepas orang tu keluar kereta mintak la dalam 2 ringgit setengah. Ha, kena 4 biji kereta dah lepas rokok sekotak.

yang benar,
kapitalis berpengalaman.

 

kuantan? gua orang kuantan. mana kedai lu gua datang :3

 

lu sepatutnya kasihankan makwe tu. mane tau dapat nikoh free

 

ada minta alamat facebook makwe tu tak?

 

welkam back bro!!

cepat2 sikit cite pasal pengembaraan tu...

 

lu punya cerita memang wajib kena ada makwe kecemana?

 

kakakakaka. taman tas je pon ahaks

 

mintak alamat kedai mak ko..nk dtg mkn tengahhari aa cmni..

 

Gua nak datang Kuantan. gua nak beli kupon parking.

 

kahkah..kelamzy giler!!
kalau aku la kan,taktau nak letak muke ni kat maner..kat dalam bonet okey gak..

 

Saya suka baca blog awak, artikel awak dlm kitab terfaktab. Even kadang-kadang bahasa yang awak gunakan tu agak kasar tapi serius saya suka. kadang-kadang buat saya tersenyum, gelak sorang-sorang. Hehehe. FYI,6mac ni ada interview yang memerlukan saya membaca nota-nota berkaitan dengan pendidikan, tapi saya sangat malas nak baca, dan lebih suka dan rela baca entry2 awak. How come?