Pra Pengembaraan

Dalam waktu terdekat ni gua merancang untuk memulakan pengembaraan. Jadi sehari dua ni gua agak bizi menyiapkan perkakas pengembaraan dan mengumpul spirit. Dalam bag mengembara gua sekarang dah ada barang-barang seperti pisau lipat,tali rafia,garam,getah rambut kaler purple, sejadah,lighter dan beberapa barang peribadi yang lain.

Kalau sempat, gua ingat nak pergi print gambor sorang makwe ni buat dijadikan bekal azimat sepanjang mengembara. Sebenarnya gua tak tetapkan lagi destinasi pengembaraan gua, tengoklah nanti mana kaki gua melangkah. Tapi lu orang jangan risau, takde gua pergi mengembara jauh-jauh sampai ke Atlantik tu, paling kuat pun setakat Gunung Fuji je. Arwah atuk gua kabor, lelaki sejati mesti pergi mengembara. "Pergilah engko mengembara mencari ilmu, mencari cinta dan mencari akhirat". deep kan ayat arwah atuk gua?

Jadi sepanjang pengembaraan gua, mungkin gua akan terputus buat seketika dengan dunia luar. Sekali sekala kalau ada masa lapang, gua akan cuba update pasal pengembaraan gua kat blog. Formspring gua dah suruh orang lain tolong handle, fesbuk gua dah lama tak boleh bukak sebab laptop gua gila, twitter pulak gua tengah pikir nak suruh orang lain handle je ke atau biarkan je twitter gua tu jadi twitter berhantu. Susah-susah gua delete je ye dak?

Tempoh pengembaraan gua ni tak tahu sampai bila, mungkin 7 jam, mungkin 7 hari atau mungkin jugak 7 purnama. Mustahil untuk tidak merindui gua, ya gua tahu tapi lu orang cubalah demi kebaikan perasaan masing-masing. Gua mintak maaf awal-awal kalau ada ajakan lepak yang gua tak layan, undangan dating yang gua tak endahkan, SMS atau panggilan telefon yang tidak dijawab. Nama pun pergi mengembara kan?

Tapi kalau ada yang gua reply itu maksudnya lu orang termasuk dalam pesen orang yang special dan gua pulak yang tidak mampu menahan rindu. Kahkahkah.

Gua tak tahu gua akan buat apa sepanjang pengembaraan ni. Tapi gua tahu gua terpaksa buat pengembaraan ni untuk kebaikan kita semua. Jadi lu orang jaga diri baik-baik dan teruskan hidup dengan bahagia. Salam sayang teramat sayang buat semua yang tersayang..

Kakaka..ayat last gua macam celaka..


P betulkan rambut S : Gua harap lepas habis je pengembaraan kali ni, gua dapat hilangkan keangkuhan lu.

18 carutan:

Al-Fatihah..


gua Al-Fatihah siap siap..

 

pergilah, tiada siapa yang menghalang.

 

Nape lak getah rambut kaler pepel, kaler oren limau sunkist x bleh?

 

pergi jelah. kalau tak balik tu wallahualam

 

air wuduk jangan lupa bawak sekali

 

Wow, macam best ja!!! Jaga diri tau brader :D

 

amboi.nk mengembara pulak.lu ni boleh ke mengembara.gua takut sampai kat kedai bunian tu lu patah balik je nnt sbb nk makan nasik.

 
This comment has been removed by the author.
 

semua merelakan pemergian anda. haha

 

aku harap ada orang jumpa kau nanti dan bagi doa.

 

gua nak follow jejak lu nanti. Lu tunggu. Kihkihkih.

 

bila nk balik?? rindu penulisan anda yang selalu buat org ketawa tu..cepat la update blog!!

 

pergi lah bro..gua harap lu balik cepat nak penuhkan TL twitter gua..kah kah kah

 

ko dah mengembara sampai mana bhai?

 

wah..baru nak start membaca ko dah nak mengembara plakk..xpe2..entry lama masih ade..hahaha

Regards,
-Strider-