Majoriti vs Minoriti

Oleh sebab gua tak demam dan tak buat-buat demam, gua pergi masjid tadi untuk sembahyang jumaat..Oleh sebab rakyat Keramat jenis yang baik-baik,maka pihak masjid terpaksa tambah satu kanopi kat belakang masjid sebab kat dalam masjid dah sesak sangat, tak cukup nak tampung jemaah.

Gua berdiri sambil dengar khutbah, kalau duduk takut mengantuk pulak. Sambil dengar khutbah jumaat yang bertopikkan "syirik,khurafat dan bidaah" gua perhatikan orang sekeliling. Tak jauh dari gua ada sorang budak yang rasanya syndrome down sedang ralit makan pisang.

Tak lama lepas tu, budak tersebut pergi ke tempat wudhu'. Dia punya berkumur kemain banyak serupa baru lepas makan coklat black forest. Gua mula tak sedap hati bila dia sapu muka 5 kali, basuh tangan dan lengan sekali, sapu kepala 5 kali, telinga 6 kali dan basuh kaki sekali. Gua tunggu jugak pakcik-pakcik yang duduk dekat tu tolong betulkan tapi sorang pun takde yang datang ke budak tu.

Jadi gua pergi ke arah budak tu dan suruh dia ambik air sembahyang sekali lagi sambil gua ajar. Tiba-tiba, sorang pakcik tidak jauh dari gua lontarkan satu skrip yang buat hati gua rasa mendidih.

"Tak payah betulkan la, budak tu bukannya sihat"

Gua pandang muka pakcik tu dengan muka serius sambil cakap,"Haah, budak ni memang la tak sihat, habis tu kita yang ramai-ramai yang sihat ni takkan tak boleh tolong?". Pakcik tu buat-buat tengok lantai. Benda macam ni kita selalu terlepas pandang, kalau kat kampung tu ada sorang budak jahat, kemain lagi semua orang kampung duduk kutuk-kutuk, gosip-gosip bawah pokok.

Budak tu memang lah jahat, habis lu orang satu kampung yang konon-kononnya baik tu tak boleh ke bimbing budak jahat tadi jadi baik jugak?

Kalaulah majoriti sibuk cakap pasal minoriti dan tak ambek apa-apa action, tak mustahil minoriti tadi jadi majoriti. Habis yang majoriti yang hanya tahu cakap tu dapat apa je? Diaorang akan lemas dalam air liur diaorang sendiri..


Peh..emosi betei gua hari ni..kakaka..

24 carutan:

terpikat dengan kesungguhan lep.

 

gua rasa bukan lu yang tolong budak tu tapi lu just jadi budak pemerhati je kan ? jilaka nak tunjuk hero tukar watak... jilaka betul lu leplep

 

Down Syndrome ea... dekatnya dia dengan Islam, sembahyang, wudhu' bagai^^ Baguslah brader prihatin dengan dia! Ni barulah macho!
Ah, tisu!

 

bagus leplep. bagus. keh sokong mende yang aok buat tu. :)

 

bagus sey brader tlg budak tu
orang kita memang cenggitu
mulot pandai ngate
tapi tindakan ape pon takde
bosan and terase ngantok betol ngadap orang2 begitu
nak tido jap ah
zzzzz

 

Iyeiyee je abg leplep jadi hero. Kahkahkahhh :D

 

serius ko buat camtu?

aku ada adik muka cam emma watson. ko nak kahwin dengan dia x?

sejuk hati aku dapat adik ipad macam ko.

amin..

 

gwa jatuh cinta ngn lu. seyus leplep.

 

bertambah pahala lu brader . chett !

orang kite memang cenggitu kan . tak bagus betull . -.-

 

bagus leplep. macam tu lah sekarang. orang cuma tengok je. tak nak bertindak.

 

wa baru tahu, lu sebenarnya berjiwa suci,bagus2

 

LOL. first time bace blog ni. great! i like ur writing style and ur good intention on that down syndrome child (:

 

Kalu awek picnik lu tengok scene tu, aku gerenti dia ajak lu kahwin itu jam gak...

 

deret nak jadi hero je lu kan. haha

 

Lep. Aku rasa, insaf. Kalau aku tak reti, kau sudi ajar tak lep?

 

wa bajet lu mmg tolong budak tu..tp lu x sound pak cik tu kan??? kan??? kan?? lu kan jenis baek hati..mana sampai hati lu sound org tua kan?? hahaha

 

wow..serta merta kau jadi idola aku

 

wow...serta merta kau jadi idola aku

 

bg kt gua alamat rmh pakcik tu beserta gmbr berukuran poskad die,gua tlg pukoikan die utk brader lep

 

hahaha..sempoi citer..betul gak ape yang bermain di piiran ko tu..hehe

Regards,
-Strider-