Piknik,sembang dan makwe

Siang tadi gua menerima undangan piknik dari seorang makwe. Oleh sebab gua mempunyai banyak masa yang lapang, gua menyahut undangan itu dengan yakin dan angkuh. Melalui SMS, makwe itu menyuruh gua menyiapkan sandwich sebagai bekalan untuk berpiknik nanti namun apabila mengenangkan nak beli roti krim 80 sen tu pun gua tak mampu , gua mempersetankan arahan makwe tersebut.

Daripada pukul 5 setengah gua tunggu, dekat pukul 8 malam baru makwe tersebut muncul. Dalam hati gua terdetik, "Ini bukan piknik, ini dah boleh dikira pertemuan romantik". Kah kah kah. Gua ketawa dalam hati sambil membetulkan hujung rambut yang mula memasuki mata.

Oleh sebab gua masih seorang yang berpegang pada janji, gua tetap membawa makwe tersebut ke tasik dato keramat iaitu tasik paling hip dalam kolumpo. Rokok di tangan kanan manakala tangan kiri dalam poket seluar, gua kelihatan sungguh bergaya dan mula menjadi tumpuan makwe-makwe yang malam-malam pun gila nak jogging..

Sambil mengutuk seorang makcik yang sedang menggunakan alat senaman di tasik tersebut, gua bersembang-sembang dengan makwe tersebut tentang kisah gua yang selalu dikhianati makwe dan dianiayai orang,makwe tersebut mula mengecilkan bola matanya dan duduk semakin rapat. Kah kah kah. Gua ketawa lagi dalam hati.

Entah bagaimana, tiba-tiba gua dan makwe tersebut berada pula di wangsa walk iaitu sebuah pusat membeli belah paling hip dalam kolumpo. Undangan piknik dari makwe tersebut tiba-tiba bertukar menjadi undangan menonton wayang. Gua mencarut sendirian bila semua cerita pakat nak main lambat, sebagai seorang yang gentleman gua tidak boleh membiarkan makwe ini balik begitu lambat seorang diri jadi kami sepakat membatalkan niat untuk menonton wayang. Kah kah kah. melepas melepas. Kata gua sambil ketawa dalam hati.

Gua dan makwe tersebut kemudiannya duduk bersembang pula di hadapan karaoke wangsa walk. Sembang punya sembang, entah bagaimana gua dan makwe tersebut sudah berada dalam kereta untuk pulang. Semasa gua sedang memandu, makwe di sebelah sedang menunjukkan scene merajuk yang kemain comel.

Gua dah tahu satu pengajaran, sembanglah pasal apa pun bila dengan makwe tapi jangan sembang pasal makwe lain. 



Kahkahkah. Gua ketawa lagi dalam hati sambil tepuk dahi.

12 carutan:

Ello bro, toksah kata sembang pasal awek lain dengan awek depan lu, kalu lu sembang pasal anak dara lain depan makcik pun, makcik tu sentap tau...!!! Kehkehkeh...bro lu duduk di Republik Rakyat of Keramat eh?

 

kata busy sampai february? Cis !

 

apa ni lep buat makwe merajuk kata kental lelaki sejati. kahkah.

Amboi dah siap tengok wayang.
dgn gwa tak penah plak nak ajak kuar. ehem!

 

Tertanya sape owner blog ni. Suka baca even tak kenal. huhuhu

 

kah kah kah. Tu la pasal. Dah tak sengaja nak gonekan ye dak.

 

HAHA entah bagaimana pulak lah gua boleh terkomen kat sini .

macam sweet jee lu punye piknik tuh . kahkah ;p

 

memang betei pun. keh pun tak berapa berkenan kalau pakwe keh cakak pasei makwe lain depan keh. hahaha.

 

makwe merajuk yg best, baru ada scene pujuk memujuk

 

Syok le dapat pergi piknik. Gua ni sampai ke sudah nk piknik tak dapat2 pun lg. Ili la ni!

 

owh, inilah yang dinamakan sebagai piknik tu?

 

x smua makwe sentap weh...unless kalu makwe tu ada hati kt lu...hihihi..