Berhenti merokok demi makwe..

Makwe 4 tahun dalam proses berhenti menghisap susu botol. Hari-hari dia meragam mintak susu, jadi sebagai tanda galakan gua kabor ke dia, "kalau Mai nampak andak hisap rokok baru Mai boleh hisap botol"..Dan sekarang gua rasa menyesal cakap macam tu.

Sekarang ni punyalah susah gua nak hisap rokok, kalau nak cucuh rokok tu kena tengok kiri kanan dulu, tengok makwe 4 tahun ada duduk berdekatan ke tidak..Hisap rokok secara sorok-sorok ni dah buat gua rasa serupa budak baru belajar merokok..Tapi supaya makwe 4 tahun tak kena ejek dengan kawan-kawan dia kalau bawak botol susu ke sekolah nanti gua sanggup berkorban..

Tadi time gua tengah tengok tivi, makwe 4 tahun tiba-tiba kasi lighter sambil kata, "andak,hisaplah rokok, rokok sedap. nyam nyam nyam"..Tapi gua buat muka serius dan makwe 4 tahun masuk semula dalam bilik sambil muncungkan mulut..

Gua terpikir satu perkara, buatnya gua betei-betei berhenti rokok sebab ni memang boleh buat modal tackle makwe. Cuba kabor makwe mana yang tak terpikat kalau gua guna ayat camni,

"Haah, saya berhenti hisap rokok 3 bulan lepas sebab nak kasi galakan ke anak buah saya berhenti hisap susu botol"

Peh..comel..comel..

26 carutan:

gua terpikat sungguh dengan ayat comei lu tu bhai...kehkehkeh!

 

comel sesangat. kahkahkah

 

wakaka comeyl comeyl XD
demi makwe 4tahun tuh, bkn calang2 :P

 

bukan setakat comel mmg hensem la if u btl2 quit smoking..kasihani lah lapisan ozon kita..hee~

 

kah kah kah

cakap je la lu nak berenti merokok sebab nak mengorat makwe.

guna name anak buah pulak..

 

sengal,tapi comel jugaklah.haha.

 

hahahaha. bukan senang nok cari orang hok sanggup berkorban gitu! peh comel comel :p

 

Lucu gila. :D Tapi gua bet, lu takan benti merokok punya lah. HAHA :P

 

tahniah, krn berjaya sampai 3bln x isap rokok

 

hahaha. ye lah. leplep la comel.

 

jgn nak comel sgt boleh? grrr..haha:P

 

eh lupe..ayt P dgn s lu mne ilang? kena telan? hehe :P

 

xcomel pun..sape yang suka laki merokok? lu cakap sama gua? anda baru melepasi tahap dari xcomel kepada biasa~ teruskan niat menjaga kesihatan itu(aku tahu nasihat ini sangat annoying bagi kau, tapi ada aku kesah? haha)

 

pehhh. hebat aok. sanggup berkorban. alalaa. comelnya. hahaha.

 

berkorban apa saja demi anak buah..macho ar! haha

 

kau ni nak tunggu orang paksa baru nak update ye.

 

tak pernah terpikir pun nak benti sebab makwe walaupun reason tu sebenarnya membuatkan anda nampak comel..hehehe

Regards,
-Strider-