Kesyaitanan seorang makcik.

Gua tekan butang lif dengan lemah. Kalau nak diikutkan gua memang malas nak keluar dari rumah ni tapi bila fikir gua baru lepas makan nasik tapi rokok habis gua gagahkan diri jugak. Makan nasik tapi tak hisap rokok lepas tu sama la macam kencing tapi tak berdehem..rasa tak puas, rasa sangkut-sangkut orang kabor..

Bila gua sampai ke kedai runcit yang terletak kat bawah blok rumah gua je, gua nampak ada sorang makcik tengah ralit tadah air dari mesin osmosis songsang ke apa mende entah nama dia. Tapi orang kabor air yang keluar dari situ jenis air baik-baik, satu liter 50 sen. Terus terang kabor, gua tak pernah buat benda bidaah percayakan air dalam mesin macam tu, entah ada Azwan Ali ke dalam mesin tu bukannya kita tahu ye dak? Baiklah gua terus percayakan air paip. Berdiri kat sebelah makcik tu pulak seorang makwe yang gua rasa bakal menyebabkan gua disebat kalau gua tackle dia. Muka berbelang camni mesti budak sekolah,bisik hati gua.

Beli je rokok, gua terus cucuh kat depan kedai tu jugak. Gua perasan makcik tu dah mula jeling semacam ke gua. Ah sudah, takkan gua hisap rokok depan kedai pun nak marah, lain lah kalau gua hisap dadah depan kedai. Tengah gua fikir nak rasa bersalah ke tak, datang dua orang budak menaiki sebijik motor RXZ kaler kuning..Elok sangatlah kaler kuning, motor buruk, yang naik pun buruk. Gua syak dua orang budak ni dalam umur 16-17 tahun kalau dilihat dari gaya rambut pacak-pacak serupa setan diaorang..

Bila dua ekor budak ni tadi angkat tangan ke makcik tengah tadah air tahulah gua yang diaorang ni saling kenal mengenali. Tapi yang jadi tak sedapnya bila makcik ni tiba-tiba tegur diaorang.

"Faiz tak hisap rokok kan?", tanya makcik tadah air pada budak baju gambor ular sawa. Budak baju ular sawa geleng kepala laju-laju.

"Haa, baguslah tak hisap rokok, rokok ni merbahaya, lagipun kamu tu sekolah lagi.", sambung makcik tadah air lagi. Gua dah mula rasa semacam, tak tahu nak terasa ke tidak. Makcik ni perli gua ke nak kasi nasihat secara sinis ke gua ni. Takkan la makcik ni ingat gua budak sekolah yang baru belajar hisap rokok kot. Ok la, muka gua mungkin macam budak sekolah tapi mana ada budak sekolah rambut pesen pelakon filem dari Tokyo macam gua ni.

Budak dua ekor tadi mula tersengih-sengih bila makcik tadah air start main jeling-jeling ke gua. Gua dah mula rasa nak baling puntung rokok ke muka dua-dua..Anak dara makcik tadah air pulak hanya senyum manis tengok gua yang tengah berdiri serba tak kena.

"Mak, abang pesan suruh beli rokok", kata anak dara makcik tadah air pada emaknya selepas membaca sesuatu pada henset. Gua mula mengangkat muka.

"Haa, pergi masuk dalam beli. Marlboro tau, abang engko tu bukan boleh hisap rokok jenis lain, nanti mula dia sakit tekak", suruh makcik tadah air sambil menyerahkan duit pada anak daranya. Gua mula genggam penumbuk. Kali ni turn gua pulak jeling ke makcik tadah air dan bila makcik tadah air perasan jelingan gua terus dia buat-buat seluk poket seluar.

Macam setan!





P cucuhkan rokok untuk S : Hari ni gua belajar perkataan inggeris baru dari makwe umur 6 tahun. Ayat inggeris itu ialah "Father Me". Maksudnya ialah ayah saya.

19 carutan:

pepalih mak cik ni. siap kabor lagi rokok jenis apa. haha.

 

Kekekke. Sedak mokcik tuh bidas. Dokek sikit atah idung. HAHA

 

ade patut kalau lu tumbuk je perut makcik tu laju laju.

 

sesuai sangat la kalo makcik tu makan kaki lu...biadap bebenor..

 

best la blog ko.haha.ilang stress aku bc :D

 

agak mengancam cara teguran beliau kahkah

 

kah kah, gua penah kena camtu tapi gua buat bodo je.

 

" mana tau ada Azwan Ali dalam mesin tu"

haha epic gile ayat ni

 

suke budak2 rupenye leplep ni..asyik makwe xcukup umur je. haha

 

kehkehkeh.... style makcik tu rasa nak bekenalan jer

 

Makcik tu nak usha ko la beb!

 

kelas makcik tu...nasib tak ngurat anak dara die kan..

 

Aku tgh lepak dgn tee kat kedai Tojo.
Meh la lepak.
-najib-

 

hahaha .. mcm setan ..
bro cara lu tulis gaya mcm zack zukhairi r .. sedap baca ..

 

cekodok punya makcik. anak dia pun hisap rokok! ada hati nak perli orang. haha.

 

like mother like son..havoc...keh keh keh :P

ce tnye makwe 6 thun lu..mother me ape plak? hahaha :P