Hero

Rasanya macam baru semalam gua pergi majlis pelancaran Kitab Terfaktab, tengok-tengok esok lusa gua dah nak kena pergi majlis pelancaran buku kedua tulisan gua pulak iaitu Hero. Dalam buku Hero ni terdapat 5 buah cerita dari 5 orang penulis dan kesemuanya adalah berkaitan kisah lelaki atau Hero. Selain gua, terdapat Lord Zara yang menulis cerita Nuansa Atma Adiwira, Bozu dengan cerita Obligato, Dua Jalan Di Kuala Lumpur dari Shahir, Fikri dengan cerita Bandar Seri Korupsi manakala tajuk cerita gua pula ialah Hero Yang Paling Hero.

Gua sedikit eksaited dengan kelahiran Hero ni sebab Bozu adalah salah seorang dari Geng Pengisak gua manakala Zara pula sama-sama dengan gua dalam Skuad Terfaktab. Ini adalah kali pertama gua bekerjasama dengan Shahir dan Fikri. Faking! Ni apesal gua taip skema semacam je ni..

Ok, ok, biar gua ceritakan sedikit tentang Hero Yang Paling Hero hasil taipan gua. Terus terang kabor gua rasa cerita gua ni kemungkinan besar adalah cerita yang paling bangang dalam buku Hero jadi gua mintak maaf awal-awal kalau ada yang tak berpuas hati. Gua tak tahu gaya tulisan Shahir dan Fikri tapi jika dibandingkan dengan gaya tulisan Zara atau Bozu yang deep dan penuh soul seperti yang gua kenal, gua harap cerita gua ni mampu menjadi pengimbang dan memberikan unsur santai dalam Buku Hero tersebut. 

Terima kasih pada semua yang sudi meminjamkan nama untuk watak dalam Hero Yang Paling Hero. Diharapkan semua dapat hadir pada majlis pelancaran pada 10hb Disember bertempat di Uya Distro. Jangan risau, gua takkan paksa lu orang beli, lu orang datang semata-mata nak kutuk gua pun takpe. Walaupun gua sedikit kecewa sebab permintaan gua untuk mendapatkan penyanyi Safura tidak dilayan oleh penganjur tapi rasa kecewa tu sedikit terubat sebab Pretty Ugly dan The Alif akan membuat persembahan.

Jadi sila datang beramai-ramai dan jangan segan tegur gua nanti..





Kalau lu orang sanggup keluarkan RM20 untuk membeli buku ni maka ketahuilah sesungguhnya lu orang adalah hero di hati gua..



P hero S sidekick : Untuk ketahui lebih lanjut atau mencerca majlis pelancaran buku Hero, sila klik SINI.

4 carutan:

congrats lah Lep Lep !
kalau Hero tu jual kat Popular boleh la jugak kte beli. tapi, hmmmm.

 

gua pulak heroin lah di hati lu. sbb gua dh order dh ni

 

mesti datang nie dan beli nie