Buku

Oleh sebab gua dah lama tak update entri,gua akan kasitahu ringkasan hidup gua sepanjang 5 minggu yang lalu.


  • Gua masih mengekalkan rekod puasa penuh pada tahun ni.
  • Seperti biasa,gua juga tak puasa enam pada tahun ini dan juga tahun-tahun yang lepas.
  • Tahun ni dua bijik open house je gua pergi,sombong kan gua?
  • Gua masih menyokong Arsenal.
  • Gua punya rabak macam dah stabil sikit. kot.
  • Pagi semalam gua eksiden dan hasilnya gua berjaya melingkupkan 3 bijik kereta termasuk kereta angah gua. Gua tak cedera teruk,cuma rasa macam bongok-bongok sikit lepas terhantuk kepala kat stereng kereta.
  • Buku pertama hasil tulisan gua iaitu Kitab Terfaktab dan novel pertama hasil editan gua iaitu Awek Chuck Taylor dah keluar!


Terus terang cakap masa gua menulis untuk buku ni,perasaan gua tengah berbunga-bunga maka gua pilih topik jatuh cinta tapi kalau dengan keadaan gua sekarang ni gua kena pilih satu topik baru nescaya gua akan pilih topik paling neraka sekali. Oh ye,topik gua dalam Kitab Terfaktab adalah yang paling ringkas,malas dan steady sekali. Gua taknak nampak bersungguh sangat macam writer-writer Terfaktab yang lain. Kahkahkah!

Buku ini boleh didapati di UYA Distro,Pekan Frinjan 23,Mini Pesta Buku Selangor di Tanjung Karang dan juga secara belian online. Oleh sebab buku ni terlalu power maka akan terdapat 3 majlis pelancaran,gua syak Siti Nurhaliza pun tak pernah buat sampai 3 majlis pelancaran untuk album dia. 

Majlis pelancaran pertama akan diadakan di UYA Distro pada pukul 4.30 petang 1hb oktober ni,majlis pelancaran kedua pula bertempat di Ipoh pada 8hb oktober dan majlis pelancaran ketiga gua sendiri tak sure. Haah,yang ketiga tu gua saja tambah nak kasi nampak power.

Oleh sebab masuk adalah percuma,gua dengan penuh rasa ikhlas dan bangga diri nak menjemput lu orang datang ke majlis pelancaran buku ni. Selain dapat bersembang secara live,lu orang juga berpeluang bergambar dengan gua dan juga mengumpat writer-writer Terfaktab yang lain. Kalau gua tak rasa panik hari tu,gua juga mungkin akan mendendangkan lagu "Sedalam mana cintamu" nyanyian asal Safura.

Jangan risau,lu orang nak datang saja taknak beli buku ni pun takpe,risau jugak gua masuk neraka kalau memaksa orang buat benda yang diaorang tak suka ye dak? 

Untuk maklumat lain dan kalau takut sesat,lu orang boleh klik SINI.



P mintak autograf S : Tapi kalau gua ada RM20 dan gua kena pilih nak beli rokok ke nak beli buku gua ni,tanpa berfikir panjang gua akan pilih rokok. Buku tu gua boleh pinjam kat sape-sape.

11 carutan:

get well soon leplep...=D

xpe...bongok2 sket..jgn bongok bnyk2...

 

i wonder how u look like en leplep..;)

will be there insyaallah..

 

Aku setuju P tendang S kau tu ja.

 

lamanya tak update. miss u lorr..

 

gua nak pegi yg kat ipoh la ! kehkehkeh

 

dah kirim salam kat BP untuk kau, leplep

 

leplep post la puisi yg awak baca tu

 

tolong main harmonika time pelancaran buku ni...