Masa depan yang mencemaskan

Gua sedang duduk termenung di balkoni rumah angah gua sambil menghisap rokok. Dari sini kelihatan Stesen LRT Jelatek tersergam indah. Ok,gua tahu celah mana yang indahnya stesen LRT ye dak tapi lu orang layan je la,gua saja nak kasi efek samarinda sikit. Sejak dua tiga empat lima menjak ni,ada beberapa perkara yang bermain di fikiran gua. Sedang gua ralit termenung,seseorang dari belakang menepuk bahu.

Gua menolehkan kepala dan kelihatan seorang budak lelaki dalam lingkungan sekolah rendah sedang tersengih memandang gua. Gua melihat atas bawah budak lelaki itu,comot,baju berkedut,rambut bersepah,pendek,kurus dan tidak menggiurkan. Dalam otak gua terfikir kalau budak ni hantu,maka ini merupakan pengalaman pertama gua berjumpa hantu yang tak menakutkan langsung.

"Abang ni Alif kan?",tanya budak tersebut sambil tersengih. Gua menganggukkan kepala sambil menanyakan siapa dirinya.

"Errr,saya ni Alif jugak,tapi Alif semasa berumur 7 tahun",kabor budak lelaki tersebut sambil menarik zip seluarnya. Cilake,jenis terlupa tarik zip. Gua dah mula keliru macam mana diri gua semasa darjah satu boleh tersesat sampai ke sini tapi gua berlagak steady dan buat-buat tenang.

"Boleh saya tanya sekarang ni abang kerja apa?",tanya budak itu lagi,kali ini dia datang lebih dekat.

"Terus terang cakap,gua kutu sekarang ni. Tapi kalau ada kerja apa-apa,gua pergi buat,asal lepas duit rokok dengan beli nasik cukuplah",jawab gua sambil mula kelihatan kekok.

Budak itu mula mengeluh sambil duduk bersila di sebelah gua. Kelihatan bedak keluar dari poket bajunya ketika dia melabuhkan punggung.

"Ok ok,kita memang hidup susah tapi setakat ni susah kita tak pernah sampai kita buat benda bukan-bukan macam ragut beg tangan,pecah mesin atm,jaja cerita sedih atau join MLM. Hutang kita dengan orang ramai pun tak lebih rm100,pendek kata kita masih hidup susah secara steady",jelas gua sambil mencampakkan puntung rokok ke bawah.

"Abang ada makwe?",tanya budak itu lagi. Kali ini gua pulak yang mengeluh.

"Sekarang ni gua takde makwe tapi gua nak ingatkan,bila lu dah besar nanti jangan lukakan hati perempuan sebab sekali lu lukakan,hati lu akan terluka 5 kali ganda,cuba kalau sepuluh kali lu lukakan hati perempuan tak ke berganda-ganda luka yang lu akan terima,kiranya macam what you give,you get back la",jawab gua sambil menahan sebak.


"Sekarang saya dah faham,maksudnya saya ni akan membesar sebagai seorang lelaki yang gagal la?",jawab budak tu sambil tersenyum senget..Secara automatiknya gua kilas tangannya sambil melontarkan skrip.

"Cilake,kalau lu tak usha makwe tepi meja time cikgu ajar mesti semua tak jadi macam ni",kata gua sambil mengetatkan kilasan pada tangannya tapi dia masih steady. Power jugak budak ni.


"Sebenarnya abang pun tahu betapa degil dan malasnya saya kan,jadi abang jangan pungpang sangat la,lagipun Intan tu memang comel bang,nak-nak bila dia nyanyi lagu burung kakak tua..sebelum saya pergi ni saya cuma nak cakap satu je,jangan buat diri abang sekarang ni jadi kecewa dengan diri abang masa umur 60 tahun nanti",kata budak tersebut sambil ketawa menutup mulut. Perangai serupa puaka!

"Lu rileks je,gua tahu kerja gua",jawab gua sambil mencucuh sebatang lagi rokok. Budak itu kemudiannya hilang beransur-ansur dalam kegelapan malam sambil membiarkan gua termenung memikirkan kisah silam yang tak mampu diubah dan masa depan yang mencemaskan.

20 carutan:

cara lu mengenangkan kisah silam lu ni buatkan gua sedar betapa pentingnya zaman gua sekarang ni. terima kasih leplep.

-puaka's inspiration-

 

nyesal betei gua blah awal taim paper math spm dulu...

makwe bersayap ke mana ? heh.

 

eheh..cara insaf dri paling steady..xpe leplep..sape lu hari nie x menentukn sape lu ari esok selagi lu sedar n tak duduk diam je..

=)

 

Sebenarnya, gua rasa, kalau datang gua 7 tahun ke 8 tahun ke, gua tendang dia. Gemuk bukan main. Berlari malas.

 

wolf...awk ni comel la...
awk pasti berjaya sblm umur 60 okeh!! hehehhe

 

gua harap masa lu umur 60 tahun nanti.. blog lu masih ada lep..

 

masa silam menghantui lah ni? haha. tak pe. gunakan masa yang ada sekarang untuk ubah masa depan. =)

 

lep, sejak2 jadik editor ni, sejak2 jadik penulis ni, kemain lu punya ayat kan?







bertabahlah leplep! :D

 

Lep, campak rokok sebatang.

 

ayat kau memang power...

ni namanya muhasabah diri.

Muhasabah, muhasabah jugak..

planning mesti kasi jalan

good luck bro

 

ehem ehem.
awak macam Botak dalam Juvana lah.
hehehehe..

kalau dah ingat masa silam tu,try to chnage your future to be better,its never too late.

 

cerita anda mnarik prhatian gua.

juga mmeliki aura yg trsendri.

 

apa yang saya cari, terima kasih

 

imaginasi kisah pendek nie bestlah. macam satu scene dalam movie. dia punya mesej pun sampai kepada saye yang membaca.

kreatif!

 

bhahahaha..celaka betei..description pasal budak tak menggiurkan itu