Muntah

Baru-baru ni gua pergi buka puasa dengan puaka. Paling cilake bila janji dengan sepuluh orang,last-last time azan maghrib gua berbuka dengan dua orang makwe je. Sorang tu makwe orang,yang sorang lagi tu pun makwe orang. Hikhik. Yang lain ada yang sesat kat Subang,ada yang sesat kat Klang,yang sesat kat bazar ramadhan pun ada..

Dekat pukul 8 baru sekor-sekor muncul,entah puasa entah ke tidak. Selepas itu semuanya berjalan lancar baik dari segi makan-makan,sembang-sembang dan juga sesi mencarut tengok Lee Chong Wei kalah. Oleh sebab gua bawak anak orang,gua mintak diri untuk pulang lebih awal. 

Ikutkan hati memang gua nak mengamuk je mulanya tapi bila teringat dalam kereta ada tupperware penuh dengan kek batik terus gua tak jadi marah. Lepas hantar pembuat kek batik balik rumah,gua pun pulang dengan senang hati. Faking,ni apesal gua tiba-tiba tulis macam diari ni..Ahh,kesimpulannya gua nak cakap dua benda je. Pertama,kalau nak buka puasa dengan member tu lain kali datang awal dan kedua,kek batik tu memang sedap.

Semalam gua berbuka dengan adik gua pulak kat satu kedai makan siam ni. Oleh sebab gua dah selalu makan kat situ dan tambahan pula anak perempuan tauke kedai tu dah kenal gua,jadi gua dapat jugak meja walaupun takde buat tempahan. Apa lu orang ingat,nak kerja je ke guna kabel? 

Meja yang gua dapat betei-betei sebelah meja satu keluarga yang penuh dengan anak-anak kecik. Belum apa-apa lagi dah buat tumpah air. Nasib baik anak orang,kalau anak gua dah lama gua buat-buat tak mengaku anak.

Bila dengar je azan maghrib,gua pun baca doa dan minum dengan tertibnya. Tapi baru je gua berkira-kira nak suap nasik,salah seorang budak kecik sebelah meja gua ni dah muntah. Dia punya muntah memang real,tak macam muntah budak kecik langsung. Entah apa yang mak bapak dia kasi makan pun gua tak tahu.

Setakat makan tepi muntah orang ni tak jadi hal sangat pada gua tapi masalahnya sekarang bau muntah ni memang padu. Nak tersedak jugaklah gua jadinya. Gua dah jadi hilang punca macam mana nak makan nasik dengan bau muntah macam ni. Nak tutup hidung dengan kain susah pulak gua nak suap nasik nanti. Gua perlukan satu bau yang dapat counter bau muntah ni. Pikir punya pikir gua dapat satu idea. Gua cucuh rokok.



Steady jugak makan nasik sambil berulamkan nikotin ni rupanya..




P kasi kad raya ke S : Gua ingat nak cari baju raya kaler pelangi la..Ada tak agak-agak?

16 carutan:

cool..yela kn...paru2 anda pn berpuasa jgk yer...;)

 

oo bawak cik gepren rupanya. rugi gua tak datang keh keh

 

betol laaa... mcm diari.. =p

 

bersulamkan nikotin ni memang steady sebenarnya. lebih-lebih lagi bila kita seorang puaka.

 

baju raye kaler pelangi mmg seswai sgt utk lu...kehkehkeh

 

baju raye kau sme mcm aku lelep

 

tak hormat ke nasik langsung makan dengan asap.. demit leplep!

 

lep. gua rase baju pelangi tu macam tak sesuai je untuk lu. err err tak macam lari tema ke dengan lu? kbai!

 

pehh lu mmg steady bukak puase ngan nikotin haha ;D

 

harap perut lu takda pencemaran udara

 

kalau aku, aku dah muntah sekali.. hahahah!!~


betei2? kau orang pahang ke?