Talian Langit #Sinopsis

Cerita ni sebenarnya gua simpan untuk satu projek rahsia. Tapi sebab gua sayang lu orang,gua akan letak kat blog gua. Berapa episod gua tak berani nak cakap. Lagi banyak sambutan lagi cepat gua tamatkan siarannya di blog gua..kehkehkeh..Untuk malam ni,gua letak sinopsis je dulu.



Kehidupan Nia Farisya pada mulanya baik-baik sahaja. Seperti kisah dongeng yang selalu diceritakan oleh para ibu untuk melenakan anaknya,hidup Nia Farisya begitu bahagia dengan suaminya Muadz Qhairul. Makan lewat malam di restoran makanan segera,jalan berpimpinan tangan di tepi pantai dan menikmati cuaca segar di pagi hari. Semuanya manis,sama manis seperti gula yang naik harga.

Tetapi hidup tak seperti yang dirancang. Siang juga kan bertukar malam. Pemergian Muadz tiba-tiba seperti gempa bumi pada skala 10 richter yang menggegarkan hidup Nia Farisya. Ketiadaan suami tercinta buat dirinya tak ubah seperti kapal terbang yang kehilangan pilot.

Sedang Nia hidup dalam gerhana,muncul gelombang sinar yang datang memberikan cahaya. Sesuatu yang misteri mula memberi semangat padanya. Lebih misteri,ia datang dari sesuatu milik suaminya. Adakah seseorang yang berhati mulia cuba mengembalikan semula hidupnya atau sesuatu yang lebih sukar dijangka. Apakah mungkin sesuatu paling mustahil dalam fikiran manusia boleh menjadi nyata,seorang suami memberikan semangat untuk isterinya dari alam yang keempat!



Siapa kata kematian kan memisahkan cinta? Jika benar caranya,apa sahaja kan jadi nyata dengan izin Tuhan.




P bet dengan S : Kalau lu orang rasa tak berminat nak baca cerita ni,kasitau..tak payah gua penat-penat nak post kat blog..kehkekeh..

15 carutan:

"Sebenornya lai dia tak mati, laki dia lari ke tengganu, dungun ke mana tah. Mula-mula gini, laik dia suka lepak kedai siam, kedai makwe siam la. Makwe siam tu non IC je. nak taraf kewarganegaraan. nok jadi cerita, dapat anok sorang. nama mende tah, semail ke apa tah. teruk semail tu kena buli kat sekoloh. 'anak siam, anak siam' orang panggil."

kan lep kan? macam tu cerita sebenar dia kan?

 

name si hero & heroin mmg best

:D

kehkehkeh

 

babi laa berterabur betul ejaan. buat laa correction sikit mad nor. gampit betei aok ni.

 

Lagi best kalau nama hero dan heroin Berd dan Farzana.

 

muadz tu dah tkde teruna kan?

 

post lah duaploh entry satu hari :D

 

ahah! bace sinopsis pon dh cam ps i love u...

 

ni ps i love u versi puaka..

 

ni ada aksi ranjang x?

 

Nia Farisya.gua rasa belau minugkin ad ciri ciri awek..ni yg buat hati puaka cair

 

ada bunuh2 tak?

 

andai dapat ku miliki nia..

 

buat betul2..jangan sekerat jalan..gua karate leher lu nanti