Hari ni saja meter motor gua mencecah 114 kilometer penggunaannya. Ini meliputi perjalanan sewaktu pergi kerja,balik kerja,mengular,pergi kedai beli rokok,pergi shell isi minyak,pergi beli nasi lemak,pergi shell semula isi angin tayar. Perjalanan 114 kilometer sehari ni mat rempit pun jarang-jarang dapat buat tahu?
Petang tadi gua dah ditimpa hujan. Bila gua kata ditimpa hujan ni memang betul-betul punya timpa. Sampai je tempat kerja,gua punya keadaan sebijik macam orang baru lepas keluar dari sungai. Dia punya basah lenjun memang dah sampai tahap true.
Dalam keadaan macam ni,gua bukak sweater dan baju gua untuk dijemur,makwe yang lalu tepi jalan dah bersiul semua bagai. Gua angkat tangan sambil tunjuk otot lengan. Makin histeria makwe-makwe yang tengok dibuatnya.
Balik dari kerja tadi,hidung gua dah mula rasa semacam. Rasa tak tip top langsung. Suhu badan pulak dah melepasi suhu normal iaitu 36 darjah celcius. Gua agak je ni,jangan pergi bantai jawab dalam exam pulak. Memikirkan pesanan King of makwe suruh gua makan ubat,gua bergegas pergi seven e.
Hasrat nak capai panadol biasa jadi tergendala bila gua tengok ada makwe baru yang jaga kaunter seven e. Orang kabor first impression tu penting,nanti apa pula kata makwe baru seven e kalau tengok gua beli panadol murah. Memikirkan hal ini gua buat keputusan untuk capai panadol actifast dan pergi untuk buat bayaran kat kaunter.
"Alaa,kesian dia..demam ek?",kata makwe baru seven e bila tengok gua letak panadol actifast kat kaunter.
Gua tiba-tiba gelabah tak tentu pasal. Jarang cepat sangat orang caring kat gua camni. Tapi pengalaman bertahun-tahun buat gua cepat menenangkan diri. Gua senyum manis satu frame dan bayar guna duit 50 ringgit. Makin padu gua dijeling manja oleh makwe baru seven e.
Sekarang ni bila dah sampai rumah baru gua perasan sesuatu. Gua sepatutnya beli panadol soluble tadi sebab selsema gua yang solidnya,demam gua boleh handle lagi. Apa cilake gua pergi beli panadol actifast?
Nak jaga first impression punya pasal ni boleh buat jahanam jugak rupa-rupanya.
P buatkan S nescafe panas : Sejuk-sejuk macam ni kalau gua dah ada orang rumah,memang gua terkam terus tak kasi salam.
6 carutan:
awek pun dah pandai bersiul
kahkah
hehe
sweet.
lame dah gua baca blog ni.tak penah komen ag kot sini.hehe.
seven e tak tutup kan.pegi la balik beli soluble plak.bleh sembang lagi.hee~
biar papa asal bergaya?
lep sakai! hikhik
leplep pembohong..
Post a Comment