Dalam setahun dua tiga kali je gua keluar makan sorang-sorang. Bukan gua nak takbur atau lupa diri tapi lelaki kacak macam gua ni memang janggal kalau keluar makan sorang-sorang. Paling tidak pun kena la ada dua-tiga orang makwe temankan ye dak?
Tapi sekejap tadi,gua terpaksa jugak makan sorang-sorang. Lapar punya pasal terpaksa gua tolak tepi prinsip. Sampai kedai makan,semua orang dah usha gua semacam. Tak biasa tengok selebriti gamaknya diaorang ni.
Gua ambil port dekat hujung-hujung sikit,malas nak kena terjah dengan wartawan. Betul-betul depan meja gua ada sorang makcik dengan anak perempuan tengah menjamu selera. Makcik tu punya dressing ala-ala datin,kalau tak datin pun kompem Ketua Wanita Cawangan ni. Anak perempuan dia pulak Jerman habis dia punya rupa paras.
Marah betei gua bila kedai makan ni pasang game Chelsea lawan Newcastle. Jenis tak respek Mentor 5. Kalau game Arsenal takpela jugak sebab game Arsenal memang sedap ditonton pun. Tengah gua membebel sorang-sorang,budak waiter datang ambil order jadi gua diamkan diri sekejap. Tak sedak pulak kalau dia tengok gua cakap sorang-sorang serupa watak sinetron indonesia.
Tengah gua sibuk fikir Ramires player Chelsea ni manusia ke beruk,makcik depan meja gua dah kasi satu jeritan padu. Handbag dia atas meja dah kena sapu dengan kutu mana entah. Suasana masa tu memang lain macam,kedai yang tadi kemain bising terus senyap sunyi. Gua terus berdiri.
Sambil buat satu larian padu gua buat satu slide betul-betul tepat kena betis kiri kutu tu. Kalau masa tu ada refree kompem-kompem gua dah kena red card. Bila kutu tu bangun je,terus dia bangun semula pecut mengalahkan pelesit sambil tinggalkan handbag atas tanah. Gua syak dia pun tahu tak guna nak melawan dengan orang macam gua.
Gua bawak balik handbag ke kedai makan tadi dengan perasaan biasa-biasa saja. Dah selalu sangat jadi hero sampai gua tak rasa eksaited dah. Makcik tadi terus meluru ke gua sambil terima kasih 4-5 kali. Anak perempuan dia dah main-main rambut tengok gua.
Bila makcik tu hulurkan not RM50 2-3 keping gua tolak dengan bersahaja. Mana nak cari dah orang macam gua ni woi! Bila tengok gua tolak duit,makcik tu hulur pulak business card dia sambil pelawa makan nasik kat rumah dia esok. Anak perempuan dia makin ligat main rambut bila tengok gua ambil business card mak dia.
Kahkahkah! Apa lu orang ingat ni cerita Gila-Gila Remaja ke ape?Macam ni cerita sebenar dia....
Tengah gua sibuk fikir Ramires player Chelsea ni manusia ke beruk,makcik depan meja gua dah kasi satu jeritan padu. Handbag dia atas meja dah kena sapu dengan kutu mana entah. Suasana masa tu memang lain macam,kedai yang tadi kemain bising terus senyap sunyi. Gua terus berdiri.
Baru gua ambil lajak nak buat satu larian deras,budak waiter tiba-tiba sampai hantar nasi goreng gua. Gua dah mula berbelah bagi,nak- nak pulak bila gua teringat kata-kata mak gua iaitu jangan buat kerja dengan perut kosong.
Sambil mengeluh gua duduk semula dan baca bismillah dengan perlahan.
P ragut S : Kalau nasi goreng gua tak sampai lagi tadi memang ada dua je kesan dia,kalau tak kutu tu teruk gua kerjakan atau blog ni lama tak berupdate.
13 carutan:
apalah dosa Ramires pada lu kan?
kalau lu tipu tadi gua percaya woi.
lu memang power Lep!
lu memang hero remy, memang hero
kahkahkah. bongok! bongok!
lu cibai!
tp lu handal!
kutuk chelsea nmpak
leplep pengecut rupanya..
malu Ramires membacanya
cis, dan dan ja nak kejar, ingat jadi hero gamaknya.
hmmmm. hmmm.
kbai
masyarakt yg x prihatin
memang gua awal-awal tau citer citer camni, kalau lu yang citer, confirm ada 2, 3 version.
version yg paling hampeh, itulah citer sebenar.
gua dah agak dah ragut ke apa ke
makan lu pentingkn dulu..!
KELAKAR tak agak2 awk ni. letih rahang menggelakkan. kah kah kah!
-ellyn
Post a Comment