Hari Paling Special

Pernah terfikir tak bila tiba hari ayah semua pakat-pakat wish selamat hari ayah,semua pakat-pakat cakap sayang ayah,bila tiba hari kekasih semua cakap "i love u" kat makwe pakwe,bila tiba hari guru dan-dan semua nak ingat nama cikgu sebab nak wish selamat hari guru..kang tak buat orang kabor tak ikut trend pulak ye dak?

Sama la macam hari ibu,status fesbuk mesti ada perkataan mak padehal hari-hari lain status fesbuk asyik cerita pasal dating je. Agak-agak kalau mak lu orang tahu perkataan mak keluar kat status fesbuk lu orang sekali setahun je apa diaorang rasa?Bangga ke kecewa?

Hari paling special bukanlah hari ibu,hari ayah,hari kekasih,hari guru,hari buruh,hari tentera,hari kemerdekaan,hari bumi,hari kantin,harimau,hari-hari,pari-pari,marimar atau apa hari sekalipun. Hari paling special ialah hari bila lu sedar apa yang menyebabkan lu dapat menikmati hari-hari yang mendatang.




Selamat hari ibu mak!Selamat hari ibu jugak bakal mak!



P mintak S masukkan duit : Yes,gua wish sebab nak ikut trend jugak..kehkehkeh..

2 carutan:

gua x wish sbb gua anak derhaka

 

erk aq dah lupa bila thn terakhir aq wish mother's day