Siri Bercakap Dengan Kim #1

Kim,seorang atheist yang telah lama gua kenal sejak dulu lagi. Walaupun dia seorang atheist,gua takde masalah nak melepak dengan dia. Dari dulu gua pegang prinsip,selagi orang tak kacau gua,gua tak kacau orang tu. Oh ye,kepada adik-adik yang tak faham maksud atheist boleh rujuk mana-mana kamus,jangan nak malas sangat,gua terajang nanti.

Kadang-kadang bila melepak dengan Kim,ada jugak dia persoalkan tentang sesuatu perkara dan gua lebih banyak tersenyum dan mendiamkan diri. Gua khuatir puaka seperti gua akan hanya merosakkan keadaan jika berdebat dengannya.

Apa yang paling gua takutkan jika gua tersalah jawab atau tidak dapat menjawab apa yang cuba dipersoalkan oleh Kim. Ini mungkin akan buat Kim semakin yakin dengan apa yang dia percaya dan gua cukup risau tentang hal ini.

Suatu hari,gua sedang melepak dengan Kim di sebuah kedai tomyam. Selepas agak lama melepakkan diri bersama gua,Kim mengangkat punggungnya dan pergi ke tandas. Mungkin pundi kencingnya tidak lagi sesolid dulu.

Semasa Kim pergi ke tandas,makwe siam selaku waiter di situ tidak semena-mena menghantar segelas teh o ais. Gua cuma memandang pelik,nak menegur risau pulak makwe siam akan kemerah-merahan pipinya dan membuat gua geram. Daripada gua geram baik gua diamkan diri ye dak?

Selepas selesai urusan melegakan pundi kencing,Kim datang semula ke meja dan kali ini dia pula membuat muka pelik. Sambil menudingkan jarinya ke arah teh o ais,Kim bersuara..

"Ni datang dari mana pulak teh o ais ni?",soal Kim pada gua.

"Lu percaya tak kalau gua cakap tiba-tiba je teh o ais ni ada kat sini?",jawab gua dengan soalan.

"Gila!Takkan tiba-tiba teh o ais ni tiba-tiba boleh ada kat meja ni sendiri. Mesti ada siapa-siapa letak. Ke lu order air lagi?",tanya Kim semakin tidak puas hati.

"Serius,tiba-tiba teh o ais ni ada kat sini. Gua pun tak percaya,tengah gua asyik usha makwe meja sebelah tiba-tiba je "BLINK!!" teh o ais ni dah ada atas meja.",jawab gua sambil membuat bunyi bagaimana teh o ais itu muncul.

"Ahh,gua tak percaya la,takkan la takde sape-sape buat,takde sape-sape letak tiba-tiba teh o ais ni boleh ada sendiri",kata Kim sambil membuat muka ketat.

"Kalau lu boleh percaya manusia ni boleh wujud sendiri tanpa ada Pencipta,takkan lu tak percaya teh o ais pun boleh wujud dengan sendiri?",balas gua sambil mencucuh rokok.

Kim senyum kelat.

Gua senyum manis.




P pandang S semacam : Akal manusia ni hebat tapi percaya atau tak ada sesetengah perkara yang akal manusia tak boleh jawab. Itu gunanya iman.

11 carutan:

Bersyukurlah yang dapat nikmat iman tu

 

lps 2 die lepak ag x, ker ajak ko blah?

 

senyum menawan aku bace entry ni leplep oii...




thums up! :)

 

keh keh keh, makan dalam kim.

 

perasaan saya bercampur baur sekarang. gembira sebab awak dah rajin update blog. sedih sebab awak tak sign up twitter lagi

 

perasaan saya bercampur baur sekarang. gembira sebab awak dah rajin update blog. sedih sebab awak tak sign up twitter lagi

 

Semoga Kim akan mendapat hidayah dari Allah. Amin ( :

 

Athesit percaya kewujudan manusia disebabkan "cosmic accident"

Haram jadah.

Mustahil sekali.

 

dulu ak ada gak member atheist,tp skrg dah berubah kate nyer..da start solat,percaya Allah,alhamdulillah la..