Makan

"Bangun!Dah tengahari ni,pergi mandi nun pastu makan..Mak dah siap masak dah..apa nak jadi la tengahari baru bangun,dah serupa musang.."


Gua auto bangun..oleh sebab gua tido atas tilam yang tak nampak macam tilam,gua nak bangun secara bergaya pun rasa tak sesuai. Nikmat tido atas katil memang dah lama gua tak merasa. Betul la kata pepatah,"merantaulah kamu dan benda pertama yang kamu hilang ialah sebuah katil".

Gua pandang keadaan sekeliling,rumah masih sunyi sepi. Penghuni rumah kalau tak dah keluar pergi dating,kompem-kompem tengah lena dibuai mimpi basah lagi. Gua mengeliat takat mana yang larat. Badan dah tua ni memang dah tak berapa nak berani mengeliat habis-habisan. Last sekali gua try seminggu gua tidur mengiring ke kiri.

Gua capai towel dan melihat baju kotor yang bertaburan. Sayu memang sayu tapi nak buat camne,tukang basuh baju lambat lagi nak dapat. Sambil sepak bantal gua masuk ke dalam bilik air. Buat apa yang patut dan tidak lupa jugak apa yang tak patut.

Selesai sesi permandian,gua pakai tabur bedak satu badan. Kompem kalau makwe ada kat sebelah jangan kata no telefon,password akaun fesbuk pun dia bantai bagi..Gua ambil boxer dan pakai. Selepas itu gua ambil pula satu baju t-shirt berkolar bulat dan menyarungnya ke badan. Ah cilake mende gua nak cerita satu-satu ni? dah macam diari pun ada.

Selepas habis sesi pakai-pakai gua menuju ke luar rumah sambil berdiri termenung. Sesekali gua lepaskan satu keluhan berat yang mampu didengari..Waktu-waktu macam tu memang kena berani ambil risiko.

"Amboi,lain macam betul mengeluhnya tu",sapa satu suara. Gua senyum manis.

"Ni dah makan belum ni?",tanya suara itu lagi. Gua mengeleng lembut.

"Haa,elok sangat la tu. Makcik pun baru lepas siap masak,meh la makan sekali"

Automatik gua lompat ke rumah sebelah dan menuju ke meja makan.




"Nasi lebih ye makcik?",kata gua sambil tersenyum kepada seisi keluarga makcik rumah sebelah.




P jemput S makan : Betullah kata orang,hidup di perantauan kena berani ambil risiko,kalau taknak rasa lapar sepanjang hari.kehkehkeh..

9 carutan:

cilake..sejak bila makcik berambut putih tu pandai bagi lu makan?

 

kalau ada budak bujang macam ni sebelah rumah i, i bagi makanan kucing je.

 

kalau i, i bagi makanan ikan!
perangai mau hembus2 napas keluh2,
menyepakkan betul

 

bagus benar makcik tu..

kau dah jadi pakcik nanti jangan lupa daratan






ke makcik tu saje nak pancing kau jadi anak ikan dia?

 

Hai baru sampai sini. Wah ada post baru. Nice entry.

visit me back
semuakosong.blogspot.cum

 

jap. first line tu 'mak' suh bangun mandi n makan pasal dia dah masak. ending2 makcik bedah sblh rumah pulak. ok fine.
so duduk kat perantauan bwk mak ke cane ni?

-ellyn