Tok Ketua melangkah balik ke rumah dengan berat hati,dalam fikirannya masih terbayang indahnya saat-saat menikmati miyabi. Surah apa yang dibaca oleh Tok Imam tadi pon Tok Ketua dah tak ingat dek kerana terlalu khusyuk memikirkan kemana hilangnya miyabi.
Pelepoww!!
Peha Tok Ketua dilanggar dengan kuat oleh sebuah motosikal berkuasa tinggi hingga menyebabkan Tok Ketua terpelanting ke dalam semak. Tok Ketua bangun steady,mujur semasa zaman mudanya beliau pernah menuntut ilmu salah jadi setakat pelanggaran sebegitu tidak mendatangkan kesan kepada fizikal beliau.
"Hoi Ahmad Hafifi! Malam-malam pon nak merempit,jenis budak rosak akhlak!",jerkah Tok Ketua kepada Ahmad Hafifi yang sedang ralit menyepak mudguard depan motornya yang bengkok akibat terkena peha Tok Ketua tadi.
"Ah Tok Ketua,kot ye pon nak sound pakai semula la kain pelikat tu,berdebor saya jadinya",jawab Ahmad Hafifi sambil menjeling Tok Ketua.Tok Ketua auto malu,tak perasan pula kain pelikatnya terlondeh akibat dilanggar Ahmad Hafifi tadi.
"Kamu ni nak ke mana bawak motor laju-laju malam-malam begini Ahmad Hafifi? Kan bagus kalau duduk di rumah,boleh jugak layan cartoon network.",soal Tok Ketua sambil mengikat kembali kain pelikatnya dengan ikatan bunga raya persis samping pengantin.
"Omar Marzuki mintak tolong saya pegi ke pekan,belikan garfu untuk dia. Semua garfu kat rumah dia tu dah habis bengkok-bengkok",jawab Ahmad Hafifi tenang sambil mencucuh rokok. Asap berkepul-kepul memeriahkan suasana malam tersebut..
"Ahmad Hafifi,Ahmad Hafifi..Omar Marzuki tu dah kompem-kompem bangang,ini kamu pon nak ikut jadi bangang sekali? Bukannya kamu tak tahu pekan dengan kampung kita ni jauh bukan main lagi,tak bising ke mak kamu tu nanti?",kata Tok Ketua sambil mengambil sebatang rokok Ahmad Hafifi.
"Mak saya tak pernah faham perasaan saya tok,kadang-kadang saya rasa dia lagi suka layan iklan kat tivi dari layan saya.Ini pon dah 3 bulan dia tak masak tok,saya geram sangat terus makan semua pokok bunga kertas mak saya,biar padan muka kerepot dia!",jawab Ahmad Hafifi sedikit lantang.
"Tak elok bermusuh dengan mak,dia yang besarkan kamu dari kecil,dah tentu-tentu dia tahu kelemahan kamu. Tok gerenti kamu takkan menangnya tapi kalau kamu berkeras nak melawan jugak letak je serbuk kaca dalam makanan dia. Eh Ahmad Hafifi,kamu ada nampak miyabi aku tak?",kata Tok Ketua panjang lebar.
"Tok Ketua ni nama saja Tok Ketua,tapi akal seorang Tok Ketua saya tak pikir Tok Ketua ada. Kalau sayalah jadi Ketua Kampung lepas tu ada barang yang hilang,saya kerahkan je penduduk kampung saya cari,siapa tak dapat saya hukum",jawab Ahmad Hafifi sambil ketawa terbahak-bahak.
"Otak kamu memang tiptop Ahmad Hafifi,walaupon muka kamu macam binatang tapi aku terpaksa akui otak kamu memang first class.",kata Tok Ketua sambil tersenyum nipis. Ahmad Hafifi dah mula terbayang jawatan Pengerusi JKK Kampung Di Hujung Tanduk.
**********************************************************************************
Esoknya kecohlah seluruh kampung tentang berita Tok Ketua mengadakan kerahan tenaga untuk mencari miyabi. Barang siapa yang tidak berjaya akan dihukum sekeras-kerasnya.Penduduk kampung hanya diberi masa selama tiga hari.
Maka berpusu-pusulah penduduk kampung keluar dari rumah mereka untuk mencari miyabi. Ada yang masuk ke hutan,ada yang pergi ke gunung,ada yang turun ke sungai,shopping complex,banjaran titiwangsa,banjaran keledang,banjaran himalaya,terusan suez,sungai amazon,gunung berapi karatua,tasik buatan manusia di mexico,balai polis bukit aman,taman rama-rama,lorong kunyit,belakang chow kit dan bermacam-macam tempat lagi.
Semuanya dengan satu tujuan,untuk mencari Miyabi.
Mana yang berkemahiran dalam ilmu perbomohan sibuk menghantar saka,hantu raya,toyol,polong masing-masing untuk mencari miyabi. Mana yang berkemahiran dalam ilmu tilikan sibuk menilik nasib mereka di tangan Tok Ketua. Mana yang jenis steady sibuk melayan nona di ruma dan mana yang jenis tak guna masih leka mengisap gam di hujung kampung.
Selepas 3 hari,semua penduduk kampung berkumpul di rumah Tok Ketua dengan "miyabi" masing-masing. Fairuz Rizuan Hamdani merupakan penduduk pertama yang menyerahkan miyabi kepada Tok Ketua.
"Tok Ketua,inilah miyabi yang Tok cari-cari",kata Fairuz Rizuan Hamdani sambil menyerahkan sekotak peti yang sarat dengan DVD. Tanpa berfikir panjang Tok Ketua mengarahkan supaya Fairuz Rizuan Hamdani dihukum buang kampung.
Chow Tian Li datang pula dengan menyerahkan sebijik pendrive namun benda itu yang dicari oleh Tok Ketua. Dengan kejam Tok Ketua mengarahkan Chow Tian Li menelan hidup-hidup pendrive yang dibawanya.
Sivanegaran apabila melihat nasib yang dialami oleh Fairuz Rizuan Hamdani dan Chow Tian Li terus menangis sambil melihat pisang emas yang dibawanya.Seorang demi seorang penduduk kampung dihukum oleh Tok Ketua kerana gagal membawa miyabi yang dikehendakinya.
Tibalah saat Encik Ghafar yang merupakan penduduk paling genius di kampung tersebut. Kaki judi awal-awal lagi sudah bertaruh yang Encik Ghafar berjaya membawa miyabi yang dimaksudkan oleh Tok Ketua. Encik Ghafar melangkah dengan angkuh sambil membawa seorang gadis dari Jepun yang berbadan menggiurkan.
Belum sempat masuk ke pintu rumah,Encik Ghafar diterajang oleh Tok Ketua. Semua penduduk kampung terkejut. Nampaknya Encik Ghafar juga tidaklah segenius mana. Sambil melompat dari tingkap rumahnya,Tok Ketua meluru dan menghadiahkan satu cedukan di perut Ahmad Hafifi yang dilihat datang dengan membawa seekor babi.
Tok Ketua kecewa,impiannya musnah.Tiada seorang pon dari penduduk kampungnya yang boleh diharap. Sedang Tok Ketua termangu sendirian,tiba-tiba Omar Marzuki datang dengan termengah-mengah. Omar Marzuki merupakan orang terakhir yang belum lagi menyerahkan miyabi yang dijumpainya.
Melihat Omar Marzuki datang,awal-awal lagi Tok Ketua sudah mengeluarkan cangkul dari bawah rumah. Tak mungkin orang sebangang Omar Marzuki boleh memberikan harapan padanya.Tapi apabila melihat apa yang berada di tangan Omar Marzuki,Tok Ketua terkejut.Otaknya tak dapat berfikir.
Miyabi di tangan Omar Marzuki!!
Tok Ketua terus meluru ke arah Omar Marzuki dan mendapatkan miyabi.Dicium-ciumnya miyabi dan dirangkulnya erat.Hatinya berbunga-bunga dengan rasa gembira dan bahagia.Tapi belum sempat Tok Ketua bersuara,Omar Marzuki terlebih dahulu melontarkan dialog.
"Sorryla Tok Ketua,saya tak dapat cari miyabi Tok Ketua tu.Harap Tok Ketua dapat bertolak ansur dengan saya. Saya datang ni pon nak tanya Tok Ketua je,boleh tak kopek kelapa guna ayam serama tu?Pakai garfu penat laa",kata Omar Marzuki sambil tersengih.
Tok Ketua auto pitam.
TAMMAT
10 carutan:
errr,miyabi tuh ayam serama ke.??
ke aku yg lampi xpaham cite neh.??
akhirnyaa. penat aku tunggu.
penat tunggu satu hari. penat jugak tergelak. cilakak
bagus..
nice one bro..
respek lu..
gua sama dgn amri. miyabi tu ayam serama ke ape sbnanye?
ke omar marzuki tu ingt miyabi tu sekor ayam serama?
APAKAH???
amri dan bukan penggoda,yes,miyabi itu seekor ayam serama sebenarnya..jenis tak fokus jalan cerita ni gua tak berkenan sgt..
cheh..ayam serame jugak dapat name miyabi..bikin suspen je..
mana ending cite pak leman nie..huhu..penat nunguu..
hahahaha!!best..leka aku bace smpai xbuat keje2 kt opiz aku ni..jap g nie kena sekeh r dgn bos aku ni psl xcited nk hbiskan cengkerama korang nie..hahaha!!
Post a Comment