Slot Cengkerama Siri 3 : Pak Leman Makan Lemang (Episod Akhir)


Macam biasa,pergi baca entri episod satu dengan episod dua kalau nak faham kronologi cerita.






Pak Leman duduk termenung sendirian sambil ditemani dengan cahaya bulan. Sudah berbulan-bulan hidupnya jadi sasau akibat penangan ilmu hitam isteri tuanya. Badan tua itu juga sudah jauh berubah. Muka yang cengkung dan badan yang melengkung menyebabkan Pak Leman tak ubah seperti zomba..

Tiungggggg!!!

Satu sinaran biru melepasi bumbung rumah Pak Leman dan menjunam betul-betul di hadapan pokok pisang rajawalinya.Pak Leman tergamam lantas berdiri untuk meninjau keadaan persekitaran. Ilmu pengakap diraja yang diwarisinya dipraktikkan dengan sempurna. Pak Leman memilih pasu pokok puding sebagai alat penyamaran.

Dengan bantuan cahaya bulan,dari celah-celah pokok pisang rajawali,Pak Leman dapat melihat sekujur tubuh melangkah dengan bergaya. Tubuh yang berketinggian dua lelaki dewasa itu berjalan sambil terkumat-kamit. Pak Leman memberanikan diri untuk mendekati tubuh tersebut..

"Cilake punya ashuraman,jenis landing tak pernah tepat",jerkah tubuh gagah tersebut kepada binatang tunggangannya.

Selepas dilihat dari dekat,barulah Pak Leman sedar dia sedang berhadapan dengan satu spesies jin..Jin yang berwarna ungu dan hanya memakai seluar tight itu membawa seekor penguin yang diberi nama Ashuraman.Ashuraman merupakan penguin dari spesies jin dan digunakan sebagai pengangkutan bagi kaum jin.

Selepas dimarahi oleh tuannya,Ashuraman yang merajuk berlari masuk ke dalam rumah Pak Leman dan melepak di dalam peti ais. Pak Leman yang masih terkejut dengan situasi aneh ini hanya mampu memandang dan tercengang.

"kah kah kah kah!!!Leman Leman,sampai begini sekali keadaan kau",kata jin tersebut sambil mengeleng-gelengkan kepala.

Pak Leman menundukkan mukanya,beliau faham dengan apa yang jin tersebut cuba maksudkan. Pak Leman juga sedar selama ini dia menjadi mangsa ilmu salah bini tuanya tapi apakan daya beliau tiada kudrat untuk menghalangnya. Pak Leman dan isterinya tak ubah seperti mentimun dan durian,tergolek dia luka,digolek pon dia luka..

"Jangan risau Leman,orang bernama Leman selalunya mempunyai tuahnya tersendiri. Kau lihat sahaja Leman Raja Lawak,tuah tak tuah la sampai sekarang ni tak pernah duduk bottom three.",kata jin tersebut sambil melepaskan keluhan tiba-tiba.

Pak Leman pon mengeluh tanpa dipinta. Sambil duduk mencangkung,Pak Leman merayu kepada jin untuk membantunya keluar dari kemelut isteri tua durjananya..

"Kau sahajalah yang dapat membantu aku jin,tiada siapa lagi yang boleh aku harapkan",rayu Pak Leman sambil tersedu-sedan.

Pelepowww!!!

Jin tersebut mengilas tengkuk Pak Leman tiba-tiba. Pak Leman kaget. Ashuraman yang terkejut mendengar bunyi tersebut keluar dari peti ais dan menuju ke arah Pak Leman dan tuannya.


"Tua tak sedar diri,masing-masing dah tua pon nak berwresting-wrestling lagi",kata Ashuraman dalam hati.

"Siapa yang ciptakan kau Leman?",soal jin dengan tone tinggi.

"Tuhan",jawab Pak Leman pendek sambil meronta-ronta.

"Siapa pula yang ciptakan aku?",soal jin sekali lagi.

Pak Leman mengulang jawapannya dan jin mula melepaskan kilasannya pada tengkuk Pak Leman. Pak Leman jatuh berguling-guling sambil memegang tengkuknya yang sakit.

"Kalau Tuhan yang ciptakan kau dan Tuhan juga yang ciptakan aku,kenapa tidak mintak tolong saja dengan Tuhan?",kata jin seperti pisau belati menikam di hati Pak Leman.

Pak Leman auto malu. Sudah lama beliau melupakan akhirat dek kerana terlalu terkejarkan harta dunia. Air mata keinsafan meleleh di pipinya. Ashuraman yang tidak boleh melihat babak sedih turut menangis di atas tangga.

"Kembalilah ke jalan Tuhan dan Tuhan sentiasa membantu hambaNya yang dalam kesusahan. Harapkan pawang,bomoh,hantu raya,polong dan jin ni kerja gila Leman. Aku harap kau akan dapat sedikit moral dari nasihat aku ini.",kata jin sedikit lembut. Hiba juga melihat orang tua seperti Pak Leman menangis teresak-esak.

"Bertabahlah Leman,sesungguhnya masih ada sinar untuk kau. Ashuraman!!Jom balik,hari pon dah lewat sangat ni,terserempak dengan pontianak tengah jalan nanti naya pulak.",kata jin kepada Ashuraman.

Ashuraman berlari terkedek-kedek mendapatkan tuannya. Dengan bersahaja jin yang berketinggian hampir 3 meter itu duduk di atas Ashuraman dan menunggangnya. Pak Leman yang melihat dapat merasakan azab yang ditanggung oleh Ashuraman.

"Berat mata memandang,berat lagi ditunggang oleh seekor jin",kata Pak Leman perlahan sambil melihat jin tersebut dan penguinnya hilang dilitupi awan.


Sejak insiden ditarbiah oleh jin itu,Pak Leman mula berubah sedikit demi sedikit. Slowly buat surely orang kabor. Beliau mula menjejakkan kaki ke masjid,orang-orang tabligh juga dilayan dengan mesra dan Pak Leman tidak lagi perlu berpura-pura menjadi busut tiap kali orang tabligh datang ke rumahnya.

Hari demi hari sihir isterinya juga mula berkurangan dan akhirnya tidak dapat lagi mempengaruhi isterinya. Selepas mulai normal,Pak Leman mahu menceraikan saja isterinya tapi siapa dia untuk menghukum isterinya. Bukankah Tuhan sahaja yang layak menghukum hambaNya.

Jahat bagaimana pon,seseorang itu layak diberikan peluang dan itulah yang dilakukan oleh Pak Leman. Isteri tuanya mulai insaf dengan bimbingan. Mereka pon hidup bahagia hingga ke akhir usia.


Begitulah adik-adik moral yang kita dapat dari cerita ini,jangan sekali-kali melibatkan diri dengan ilmu hitam. Kita sebagai manusia harus selalu yakin dengan kuasa Tuhan. Abang Leplep harap adik-adik mendapat iktibar dari cerita ini. Berjumpa lagi hingga di lain kali,renung-renungkan dan selamat beramal.




TAMMAT

4 carutan:

peh...
ending cite sangatlah berilmiah!!!


like~

 

nice ending. . nilai dan pengajaran yg tinggi. =.)

 

dalam jenaka ada mesejnya. :)

 

huhu..agak lame ea terpakse menunggu..sampai aku kene bace balik yang hiro ngn chacha punye..