Slot Cengkerama - Sindiket Mendidik Basri Nordin (Episod Akhir)

Ape-apehal pergi baca episod satu dengan episod dua dulu..



"Baizura!!",jerit Basri Nordin cuma sayangnya jeritannya itu di dalam hati.Kalaulah Baizura mendengar jeritannya itu sudah tentu dia akan dicop sebagai lelaki yang tidak steady dan tidak tahu mengawal perasaan.Baizura menghampirinya dan semakin dekat Baizura dengan Basri Nordin,hati Basri Nordin seperti mahu berterabur..

"Abang Bas buat apa kat sini?",tanya Baizura dengan suara persis penyanyi Ella. Suara itu jugalah yang membuatkan hati Basri Nordin terpaut seawal 18 tahun dahulu.Oleh kerana terlalu mendambakan suara Baizura,Basri Nordin wajib mendengar kaset Ella setiap malam sebelum tido.

Lagu-lagu Ella sudah menjadi makanan Basri Nordin malah tidak keterlaluan jika ada rancangan Jangan Lupa Lirik Versi Ella,Basri Nordin akan menang tanpa bertanding.Neneknya juga sudah mahir menyanyikan lagu "Retak" dek kerana selalunya Basri Nordin mendengar lagu tersebut.


"Abang Bas dapat tawaran mengajar di sini,hari ni baru hari pertama.Baizura pula?",tanya Basri Nordin selepas menjawab pertanyaan Baizura.Sengaja diromantikkan sedikit suaranya,tangan pula dimasukkan ke dalam poker seluar slack datuknya.

"Wow!!Bai pon mengajar juga di sini,Abang Bas ajar subjek apa ye?",tanya Baizura sambil diikuti dengan senyuman nipis Basri Nordin.Bukan soalan itu yang membuatkan Basri Nordin tersenyum,tapi apabila Baizura membahasakan dirinya Bai.Bagi Basri Nordin,menggunakan nama singkatan ialah salah satu tanda jatuh cinta.

"Abang Bas dapat tawaran mengajar subjek Add Math sebenarnya tapi Abang Bas tolak dan ambil subjek pendidikan jasmani.Abang Bas kalau sehari tak bersenam memang rasa tak sedap hati.",jawab Basri Nordin sambil sengaja meregangkan otot-ototnya di hadapan Baizura.Baizura teguk air liur.


Melangkah masuk ke sekolah pada hari pertama dengan Baizura memang buat rasa Basri Nordin gembira yang amat.Malam ni ada juga benda yang nak ditulis dalam diarinya.Lagipon diarinya sudah lama tidak terusik,last sekali Basri Nordin menulis diari ialah sewaktu datang mimpi kali pertama,itupon banyak yang tidak dapat diingatinya.Last-last efek bunyi sahaja yang mampu diterjemahkan Basri Nordin ke dalam diari.

Sebagai Guru Pendidikan Jasmani,kelas Basri Nordin merupakan antara yang terawal,paling lambat pon pukul 9.Belum pernah lagi kelas pendidikan jasmani bermula pada pukul 12 tengahari,nampak bangang pula Basri Nordin dan murid-muridnya bersenam nanti.

Jadi selepas menghadiri sesi perhimpunan dan mendengar pengetua merepek buat beberapa belas minit dan menahan seksa mendengar nyanyian lagu sekolah yang kompem-kompem tak harmoni,Basri Nordin menuju ke bilik persalinan untuk menukar baju.

Dalam hatinya masih panas dengan kelakuan seorang pelajar yang membuat bunyi trompet ketika menyanyikan lagu sekolah tadi.Paling Basri Nordin tak dapat terima,kelakuan pelajar itu disambut dengan gelak ketawa Baizura di sebelahnya.

"Anak harimau jangan dipelihara",bisik hati kecil Basri Nordin.

Nak dilempang pelajar tersebut di perhimpunan takut menjejaskan kredibilitinya sebagai guru jadi dia cuma dapat menulis nama pelajar tersebut dalam buku dendamnya.Ya,sebagai seorang guru pasti akan ada masa yang sesuai untuk dia mengajar pelajar bangang tersebut.Jalan terakhir mungkin dia terpaksa meletakkan bungkusan ganja di dalam beg sekolah pelajar tersebut.

Rugi memang rugi,nak-nak pula dengan harga ganja yang sedang melambung tinggi tapi Basri Nordin tidak boleh membiarkan sahaja pelajar itu terus berpotensi mencuri hati Baizura.Dia rela tidak dapat lalok buat beberapa minggu asalkan Baizura dapat menjadi suri di hatinya.

Dalam bilik persalinan,Basri Nordin membuka butang bajunya satu persatu.Dadanya nampak putih kemerah-merahan apabila disinari dengan cahaya matahari dari tingkap.Seluar slack pusaka datuknya dibuka dengan hati-hati,jelas tertera pahanya yang tegap hasil latihan ala ketenteraan neneknya bertahun-tahun.Boxer Renoma turut membuktikan Basri Nordin kini bukan sebarang lelaki.


Turun sahaja ke padang,Basri Nordin mengarahkan anak-anak muridnya membuat satu bulatan besar tapi selaras dengan IQ pelajar sekolah,nak buat satu bulatan pon makan masa sampai setengah jam.Sudahlah lembab,bising macam dalam dewan parlimen pula tu.

Oleh kerana terlalu marah Basri Nordin melakukan balik kuang selama beberapa minit.Ini menimbulkan huru-hara kepada pelajar-pelajar di padang kerana belum pernah mereka menyaksikan balik kuang seperfek itu.Beberapa pelajar perempuan turut menjadi histeria dan keadaan di padang mulai kelam kabut.

Bagaikan rusuhan di Mesir,terdapat pelajar yang mengambil kesempatan dalam insiden itu dengan melakukan jenayah seperti memecah kelas,tidak beratur semasa membeli makanan di kantin,membuang sampah di depan bilik guru,tidak memasukkan baju ke dalam seluar,menulis sepul sasimi love brader patam di meja dan berbagai-bagai jenayah lagi.

Cikgu displin awal-awal lagi sudah menyerahkan surat perletakan jawatan kerana tidak mahu bertanggungjawab.Pengetua pula terpaksa mengisytiharkan darurat di kawasan sekolah dan memanggil bantuan kecemasan dari sekolah-sekolah lain.

Akhirnya selepas 2 minggu,keadaan sekolah itu mulai reda selepas 2 juta orang jaga sekolah,800 ribu orang pengawas,5678 orang cikgu displin,394 orang pengetua,19 pengawas perpustakaan dan 5 orang kadet bomba dari sekolah-sekolah lain berjaya mengawal keadaan.

Dalam tragedi yang menyayat hati itu,hampir keseluruhan sekolah musnah manakala hanya seorang pelajar yang terkorban iaitu pelajar yang membuat bunyi trompet semasa di perhimpunan dulu.Ini semua berpunca dari hanya satu balik kuang yang sempurna.

Basri Nordin juga telah dipanggil oleh pengetua yang terpaksa menggunakan pondok jaga sebagai bilik pengetua buat sementara waktu.Semasa melangkah masuk ke dalam,Basri Nordin berjalan dengan tenang dan steady.

"Kamu tahu apa kesalahan kamu,Basri Nordin?",soal pengetua yang terpaksa memakai singlet pagoda dek kerana terlalu panas keadaan di dalam pondok  jaga tersebut.

"Kamu tahu yang sekolah kita kerugian hampir 4 billion gara-gara balik kuang kamu?",soal pengetua tersebut lagi yang nampak sangat bukan jenis bersabar dan tidak mematuhi protokol dalam soal jawab.


"Kalau membuat balik kuang itu satu dosa,saya terima apa saja suratan yang tiba",jawab Basri Nordin masih lagi steady.

"Baiklah,saya tidak mampu melakukan apa - apa kecuali menggantung kamu seumur hidup dari institusi perguruan,jangan kata cikgu sekolah,cikgu tadika,cikgu driving school malah cikgu menjahit pon kamu tidak lagi dibenarkan..",kata pengetua dengan suara yang tegas.


"Abang!!Jangan buat begini!Semuanya masih ada harapan",jerit Baizura yang masuk tiba-tiba tanpa memberi salam.

Basri Nordin merasa terharu,dalam keadaan ini pon dia masih menerima sokongan dari Baizura.Sambil berpaling ke arah Baizura,Basri Nordin menarik nafas panjang dan belum sempat dia berbicara tiba-tiba..

"Abang terpaksa sayang,sudah menjadi kewajipan abang sebagai pengetua sekolah.Lagipon insiden ini mungkin akan meragut peluang abang untuk menggondol anugerah Tokoh Pengetua 3 tahun berturut-turut..",jawab pengetua dan membuatkan hati Basri Nordin hancur berkecai.




Dalam perjalanan pulang,Basri Nordin berjalan dengan perlahan untuk mengambil mood kecewa dan sedih.Apabila masuk sahaja ke rumah,beliau terdengar nyanyian neneknya..

"hati ini hancur dan luluh keranamu,hati ini hancur dan luluh keranamu,tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia,semenjak hatimu dicuri jelita"


Mulai saat itu,sambil menerajang neneknya Basri Nordin berjanji tidak akan lagi mendengar lagu Ella buat seumur hidupnya..





TAMMAT

27 carutan:

sepul sasimi love brader patam.awww<3


kahkahkah

 

kah kah kah. mcm cilakak!

Mengapa kau curang Baizura, mengapa? Basri dah cukup bergaya dengan balik kuangnya, mengapa kau pilih jua pengetua tua itu? Mengapa????

 

sumpah lawak gile!!!!! ending yang meletop! wakakakakakaka.

 

gua lama x bc blog lu.

dulu waktu aktif dlm GB,slalu gua singgah kt blog lu.

aper2pun lu ader bakat jd novelis.

hahaha

 

hahahha nenek same ella xbesalah pon

 

gile extrim ending..peloh2 aku bace...fuhhh~

 

agagag...hampess betul beliau =p

 

follow ur blog..awak berbakat.

 

hahaha... lawak laa,,, mcam ape je,,,, hehe,, nice sgat,,,

 

Huh!! Nanges2 Aku Bace Entry Neh.. Sungguh Tragis.. Lebih Baik Dr Slot Akasia Chenta..

 

mantopp.. funing-funing lalat aku gelakk sensorang...

 

aku suke part ni :Basri Nordin menulis diari ialah sewaktu datang mimpi kali pertama,itupon banyak yang tidak dapat diingatinya.Last-last efek bunyi sahaja yang mampu diterjemahkan Basri Nordin ke dalam diari.


mcm bongok jer!!hahahahaa

 

bukan penggoda,jangan nak cilakak sangat adik sayam oi..hahaha..

syafiqah,yes,romantik sangat kannn..

berto,gua rase molek kalau baizura sendiri yang jawab soklan lu tu..

 

zurina,terima kasih makwe!hikhik..

honeyaliena,gua syak gua akan jadi novelis paling hancur sekali..

amri,kadang2 orang tak bersalah la yang paling selalu jadi mangsa..

 

pdot,gua harap lain kali lu boleh sediakan towel utk kesat peluh lu..

totoro,sabor sabor..tak sabor tak hero..

beautiful_rose,dunia zaman skrg mmg ramai manusia hampes mcm tu..

 

hiro,terima kasih..err,saya tak follow lagi blog awak..takde mood..

hiro,hoi bape kali nak komen ni?nak penampor?

putri,putri pon nice jugak sbb sanggup baca..

 

blueorange,peh..gua janji cerita akan datang lebih tragis dan menyayat hati..

neesa,tetibe gua rase bersalah buat lu sampai pening..

miszy,keh keh keh..

qiffara,ahh,naik segan pulak gua dibuatnya..

 

ni babi apa ni aku dikenenkan dengan binatang sepul? faking!

 

kah kah kah

hakikat patam..hakikat

 

sial punye ending.haha
naseb laaa....

 

dalam cerita ni basir nordin jugak yang rock

 

suka part nih : "Jalan terakhir mungkin dia terpaksa meletakkan bungkusan ganja di dalam beg sekolah pelajar tersebut."

hehe...:D