Semua sedia tahu gua diserang demam baru-baru ini. Selain memberikan kesan kepada fizikal,demam juga turut mengganggu perasaan gua. Sudah menjadi kebiasaan,waktu sakit ialah waktu yang paling sesuai untuk memuhasabahkan diri selain waktu rabak dengan makwe dan waktu ditangkap polis..
Ketika gua terlantar di atas katil,otak gua tak henti-henti berfikir. Banyak benda yang gua fikirkan sebenarnya,dari perkara kepada pekerjaan,percintaan hinggalah membawa kepada tingkahlaku gua di atas dunia ini.Perkara-perkara yang ada kena mengena dengan Hitomi Tanaka tak menjengah langsung kotak pemikiran gua waktu tu..Pelik juga gua dibuatnya..
Terus terang gua katakan,dunia tidak pernah terhutang budi dengan gua kerana tiada apa yang gua lakukan. Kalau ada pon kebaikan yang gua lakukan cumalah menolong makwe melintas jalan. Itu sahaja. Yang lain lebih banyak kepada perkara-perkara seperti membaling batu ke rumah orang,baling batu ke kereta orang dan baling batu ke muka orang..
Sementelah itu,gua juga merasa terpanggil untuk menjadi lebih serius apabila melihat seorang puaka bernama Poyotito juga sudah mula mengambil langkah untuk berubah menjadi lebih serius.Bila puaka seperti beliau pon mampu tergerak hati,kenapa tidak gua ye dak?
Serius yang gua maksudkan di sini bukanlah membuat muka ketat sambil berposing memeluk tubuh.Bukan,bukan begitu.Serius yang gua maksudkan ialah serius dalam kehidupan.Mak juga sudah acap kali memberitahu yang gua perlu lebih serius..
Bila salah seorang perempuan kesayangan gua terlalu kerap memberitahu benda yang sama,gua merasakan yang gua bukan manusia jika masih degil mengingkar kata.Gua harus lebih serius membahagiakan mak,serius menakluk cinta makwe,serius meninggalkan kerja-kerja noda,serius dalam mengejar kehidupan berkeluarga.
Gua harap bila gua dah berjaya menjadi lebih serius,semua benda yang gua terlepas sekarang akan berjaya gua capai semula. Paling kurang pon gua harap gua akan jadi manusia normal yang lain. Penat juga selepas bertahun-tahun bergelumang dalam scene kutu ni.Nak cakap besar pon dah takde modal.
Akhir kalam,gua harap dengan terbitnya entri ni gua berjaya menjadi lebih serius pada masa akan datang.Gua akhiri entri kali ni dengan serangkap pantun.
Faking,oleh kerana terlalu mengambil feel serius,hilang idea gua untuk mengarang pantun.Maafkan segala kekhilafan gua ini.Sekian terima kasih.
8 carutan:
gua syak dah berkurun gua x komen kat sini...
sila berubah cepat2 ye.. gua sayang lu lebih,,
sudah tiba lu fikirkan masa depan..tunjuk lu mampu hasilkan anak..kah kah kah
banyak la hilang lu punya feel nak tulis pantun.
sebenarnya lu memang tak reti nak karang pantun kan? wakaka...
gile serius..
2, 3 kucing belari,
ada limau free?
Ok tak lawak.
selamat menseriuskan diri!
-Niz
saya doakan semoga Areleaf berjaya berubah dan juga berjaya dalam hidup.
(serius)
memang serius.
gua membaca entry ini dengan serius.
serius gua tak sangka gua mampu membaca entry ini dengan serius.
Post a Comment