pain killer

masuk je bilik doktor,gua dah rasa debor semacam..lagi debor bila tengok doktor ni perempuan.bila gua terangkan serba sedikit tentang kronologi yang membawa kepada kesakitan pinggang gua,doktor tersebut terus suruh buka baju.gua beristghifar dalam hati sambil buka butang baju pelan-pelan.

tangan puan doktor mula menyentuh pinggang dan gua terpaksa merelakannya.memang selalu gua diambil kesempatan oleh doktor-doktor yang pernah merawat gua.baik doktor perempuan mahupon lelaki.

bila sentuhan tersebut berlaku agak lama,gua berbisik perlahan,"hentikanlah sebelum terlambat".doktor tersebut terus tarik tangan sambil merah-merah pipi.gua senyum nipis.

keluar dari klinik gua dibekalkan dengan ubat-ubatan dan juga resit pembayaran.nasihat doktor supaya makan pain killer bila rasa sakit sahaja gua semat dalam hati sambil buka pintu kereta.

belum sempat masuk gear reverse sakit pinggang gua kembali lagi.teringat nasihat yang gua semat dalam hati tadi,tanpa berlengah terus gua telan sbijik pain killer.makan ubat tanpa air ni tak semua orang boleh buat tapi sikit pon gua tak buat muka riak.

sampai di rumah,sakit yang gua alami tiba-tiba hilang.gua pandang botol pain killer tadi sambil tunjuk thumbs up.pain killer ni punya champion sampai gua rasa bertenaga.tak kurang juga rasa muda belia.

gua try cakar daun-daun kering.lincah.try pulak bakar sampah.api membakar sampah dengan bergaya.tak puas hati lagi,gua try pulak longgokkan buah-buah kelapa ke bawah rumah.berjaya dengan cemerlangnya.dan akhir sekali gua try ngorat makwe-makwe yang lalu lalang.makwe-makwe tersenyum manja.

kalau macam ni,menjelang tengah malam nanti mesti gua sihat seratus persen.tapi bila gua baru je nak naik tangga pergi ruang tamu,muka gua dah berkerut semacam.lagi cilake bila rase tu dua kali ganda.

mengenangkan nasihat yang gua semat dalam hati,terus gua makan sebijik lagi.gua pandang botol pain killer tadi sambil tunjuk jari tengah.


pain killer ni punya jin boleh tahan champion jugak rupanya.

14 carutan:

ble arsenal kalah..mkn la heart killer bro..hahaa

 

hahahhaa!terbaek lah abah....mmg abah sumbat banyak dadah dalam badan..kahkah!lg kurus lah abah kan.....

 

jgn bergantung sangat kat pain killer.side effect dia teruk.

 

siall..aku tak sempat bce entri ko aku dh tergelak...npe la ahmad durrah?????

 

ahh sudah. Macam mana malam pertama nanti.

 

ahahahhahaa
try cakar-cakar daun keringggg..hahahahahaha.macam ayam je..lagi satu,gua nak tergelak la profile pic berd tu.haahahaa

 

lu saje buat entri neh sbb nak tunjok lu rajen kann kann ?

 

sambil tunduk jari tengah?

kau tunduk jari tengah?tunduk?tunduk?

 

hi abang yang pinggangnya dah expired.

 

gwa takleh xde pain killer beb. harus sentiasa ada. maklumla migrain datang tak mengenal masa gwa nak dating ke ape

haih bila lu nak repair pinggang lu ni. sehhhh..lama tul gwa puasa

 

pain killer kalau mkn byk sgt bahaya. kalau boley tahan, tahan sket. jgn bergantung sgt dgn painkiller. tahan sakit br macho (^_^)

 

tak larat..

da mcm org tua dowh..

camne nak lempang aku kalau camni?

hahaha

 

dah tau sakit tu ilang sbb painkiller je, terus dan2 wat keje2 lincah majid... apa kata pasni ko test bertinju pinggang lak. pastu tgk efek painkiller tu brp lama...wahahha

 

tu bukan painkiller...tu dadah tu...

mintak sikit.

hahaahah

p.s berapa umo lu areleaf? kenapa wa rasa cam masuk blog senior citizen nih? wahaahah