dalam banyak-banyak hari,tak pernah gua taip entri banyak macam hari ni - ( 3 )

time gua kecik-kecik dulu,nak pergi mengaji memang agak mencabar..laluan nak ke tempat tok guru ajar mengaji tu lagi mencabar dari laluan amazing race..sebab tu kadang-kadang gua lagi betah duduk kat rumah dengar radio daripada pergi mengaji ni..

masa tu jalan bukan bertar macam sekarang ni..aman shah pon tengah glamer lagi..masa tu kalau ada orang sebut fesbuk mau gua ingat fesbuk tu sejenis permainan rakyat..dalam kampung gua,rumah tok guru ajar ngaji tu paling hujung sekali.pesen taknak orang kacau dia qiamulail agaknya..

sebelum rumah tok guru ajar ngaji tu plak,ada sebuah rumah yang cukup buat gua berdebar time nak lalu.rumah tu dihuni oleh seorang brader yang cukup misteri..gua kasi nama darma la kat brader ni bagi menambahkan lagi elemen misterinya..kang kasi nama daniel tak kena pulak dengan cerita..

masa gua umur 7-8 tahun,darma ni dah berumur 30-an gua agak..pesen hidup sorang-sorang,tak banyak bergaul..muka memang barai habis,masa tu kalau orang guna simpulan bahasa buruk macam darma memang takde sape-sape pon boleh bangkang..

tapi satu keistimewaan darma ni,suara dia sangat sedap.kalau gua yang taste tinggi ni cakap sedap memang betul-betul sedap la maknanya tu..kalau dengar dia mengaji boleh meleleh air mata dibuatnya.

ada satu masa tu,darma ni dah hilang time masuk dalam hutan cari buluh.orang kampung masa tu dah puas cari tak jumpa-jumpa jugak..mase tu kalau harian metro dah ada mahu masuk page depan kes kehilangan darma ni..dua tiga minggu jugak la dia hilang dan tiba-tiba muncul balik..

comeback yang darma ni buat memang jadi buah mulut orang kampung.darma dah mula berperangai lain macam..cakap sorang-sorang,menyanyi sorang-sorang dan bila tengah berjalan plak tangan dia tu dah macam gaya tengah pegang tangan orang..

orang kampung kata darma dah termasuk kampung bunian sebab tu jadi sewel camtu..kesian darma,dah la sewel,buruk pulak tu..oleh sebab itu,kecut perutnya jadinya bila nak melintas rumah darma tu time nak pergi mengaji.

kadang-kadang tengah lintas rumah darma tu,terdengarlah darma macam tengah cakap seseorang dalam rumah..kadang-kadang dengar die menyanyi.tapi lagu yang dia selalu nyanyi tu memang gua kasi double thumbs up..
tak pernah gua dengar lagu sedap camtu..dia punya melodi tak macam melodi tipikal komposer melayu..gua syak kalau bagi intro lagu tu je kat edry kru mau dia givap terus buat buat lagu..sedih sebab baru tau lagu dia buruk rupanya kalau nak dibandingkan dengan lagu yang darma nyanyi tu.

suatu hari tu,baru gua dan budak-budak kampung gua nak melintas rumah darma,kiteorg nampak darma tengah elok duduk kat serambi rumah dia.sorang pon tak jadi lintas,masing-masing menyorok belakang pokok puding..mana yang ingat Tuhan tu terus baca muqaddam pelan-pelan..

darma yang tengah elok duduk termenung pandang ke hutan depan rumah tiba-tiba berdiri tegak.gua dan yang lain-lain mula berdebor.darma mula turun dari tangga rumahnya dan kiteorang makin tak keruan..

"tunggu!!!!!!!!!!!!"

dengar je jeritan darma tu,semua pakat lari menyelamatkan diri..tapi gua tak rasa takut sangat sebab kawan gua ramai lagi yang gemuk,kelajuan pon mestilah tak boleh lawan gua ye dak?sambil berlari gua sempat menoleh ke belakang dan melihat darma berlari tanpa memakai selipar masuk ke dalam hutan..

malam tersebut merupakan malam terakhir gua melihat darma..sampai sekarang tak seorang pon yang tahu nasib darma.rumah dia pon dah lama runtuh..gua syak dia dah berlari sampai ke hutan north carolina nun..

tapi malam tadi,tengah gua isap rokok tibe-tibe gua tersentak..peluh dingin jatuh berderai-derai.dada berdebar-debar satu lain macam..spirit brader-brader hilang sama sekali..




bila gua terdengar lagu yang darma pernah nyanyi dulu sayup-sayup dibawak angin..





p kasi motivasi kat s:darma,jangan gurau kasar dengan gua boleh?

12 carutan:

ah imaginasi tinggi betul

lagu apa cuba lu utubekan sekejap

buat vlog

baru cara ye tak

 

wa raa darma kahwin dengan puteri bunian la.

betui.

 

aku meremang ni woi. ni kisah betul ke tipu?

 

best!!!!!!!!!!!!!

gua la jd penunggu darma selama ni.

nak gua nyanyi? heeeeeeee.

 

hahaha!org suke cite darma nie!!hahahahahaha

 

babi la leplep.

gua tgh duk umah sorang2 ni.

seram shial.

 

tahniah kerana berjaya update blog

 

cis!pencheritaan lu xmenakutkan langsung.ace cube seriyes cket boleh.wa plak rase nak slide lu.tidak2nye wa kene rase pengaruh darma yg menghantui lu 2..baru feel...hak2

 

kalau difilemkan, gua rasa takdela seram mana citer lu ni.

 

lagu mende weh?
ko nyanyi la sket aku nak dengar..