pak carlito menjeling eric sambil membuka pintu kereta.eric mula menarik nafas lega.mungkin pak carlito tak sampai hati nak pukul org tengah ambil air sembahyang agaknya,kata eric dalam hati.eric dalam diam-diam memuji dirinya kerana dalam suasana genting pon masih mampu mengeluarkan helah yang bernas.
"licik!",eric bermonolog sambil mengetuk-getuk kepalanya dengan jari.
"aboh nak gi mana?",soal poji pada bapaknya mematikan lamunan eric."malam ni kan malam jumaat,aboh nak gi kedai mila lentik la nak layan wrestling,jap lagi kat astro nak main dah ni",jawab pak carlito dari dalam kereta.
beliau menarik gear reverse dan menekan minyak.sejurus dengan itu kereta pak carlito meluncur laju keluar dari garaj kereta.nyaris-nyaris hendak terlanggar eric.3 saat kemudian kereta pak carlito hilang dari pandangan mata mereka dek kerana kepekatan malam yg sama pekat macam kopi o pekat.
"camne poji?nak ke taknak ikut keh ngan eric gi kolumpo?,soal romy selepas merasakan keadaan mulai stabil.
"keh memang nak jadi artis jugak romy tapi bapak keh tu kalau datang baran dia jangan main-main.mau kene kunci leher keh ni dengan sleeperhold die kang",jawab poji serius.dahinya berkerut-kerut.
"alaaa..aok pandai-pandai la kencing pak carlito nanti,bukannya tak biasa.",eric pula cuba memujuk poji sambil mengikat bajunya yang basah terkena air tadi di pinggang.lama poji terdiam dan akhirnya mengangguk perlahan.romy melepaskan satu tumbukan ke udara tanda gembira.
"tapi keh ada satu syarat",kata poji tiba-tiba.punyalah tiba-tiba sampai eric nyaris diserang serangan jantung."aok cakap je apa syarat die,keh tak kisah asalkan aok setuju jadi vokalis",jawab romy terburu-buru.punyalah terburu-buru sampai romy tergigit lidah sndiri.
"keh nak black ikut gi kolumpo sekali.lagipon black boleh main ketuk-ketuk",poji melontarkan skrip dengan tenang.romy terkejut.eric pon naik terkejut skali."black anak bomoh deraman?",tanya mereka berdua serentak.serentak tak serentak la sampai perkataan 'man' pon same time dieorg habiskan.
"nak ke budak black tu ikut kite?lagipon dia macam pelik sikit keh tengok.",ujar romy pada poji."kite tanya la dia dulu,aok ni pon satu cepat sgt pikir bukan-bukan",poji membahasakan romy. "bile tu poji?",kali ini eric pulak bersuara.
"kalau boleh malam ni jugak kita pergi",jawab poji lantang.background music jenis seram mula kedengaran.peluh jantan romy menitik.pergi ke rumah bomoh deraman pada waktu macam ni bukanlah satu idea yang bernas.waktu-waktu seperti ini lebih sesuai dihabiskan di pusat-pusat karaoke daripada menjengah kediaman bomoh yang penuh dengan misteri itu.
akhirnya romy bersetuju juga dengan cadangan poji itu.apa guna berambut hijau kalau tidak berani mati,kata hati romy memotivasikan diri sendiri.tapi oleh kerana eric tidak mendengar ayat motivasi yang dilontarkan dalam hati romy itu maka perasaan eric mula tidak sedap.
"mak keh pesan beli ubat nyamuk tadi.kang balik lambat kene denggi pulak dieorang.",eric memberikan alasan.
"nyamuk aedes biasanya menyerang pada waktu senja dan subuh.maka peluang family aok untuk mendapat denggi amat tipis sekali",poji memberikan fakta yang selalu didengarnya dari tivi.
eric menepuk dahi.
bersambung sekali lagi..
6 carutan:
gwa rase cm nak bakar je blog lu neyh
gwa dala jarang layan cite bersambung
naseb baek ayat lu terbaek
gyahaahahaahahaahahah~
aper besambung.. bila nk abis?? haha
pak carlito tu gi layan wrestling ke wrestling dgn mila lentik?
ciss! tak padan tua! macam lu jugak perangai
wa rasa nak naik angin
makin lama makin pendek episod ni
wa bayar astro bulan2 tau
eh?
hell,nak bakar tu biar bagi asap berkepuk-kepuk..baru thrill orang kate..
nenao,gua syak citer ni xkan abes..
jlove,lu selalu tuduh gua bukan2..sedih jugak gua kadang2..
wanie,woi..gua dh buat abes panjang dh 2..xkan nak wat entry smpai satu page...
gua dah mula xde spirit nak smbung citer ni..
ahhh lu saja mempermainkan perahsaan wa
Post a Comment