Sesi terjah sampai pecah bersama GSP(gengblogger)

Gua telah diberikan tugas oleh Kong yang merupakan founder kepada Geng Blogger,satu komuniti blogger berbahasa melayu yang kian berkembang untuk mewawancara seorang blogger.Blogger kita kali ini iaitu Gadis Sebelah Pintu(GSP) telah terpilih sebagai blogger bulan ini oleh Geng Blogger.

Mari kita terjah!!







1.Kenapa saudari gunakan nama gadis sebelah pintu(GSP)?Kenapa bukan nama yang lebih glamer macam Halimah Jongang atau Rainbowmama?

Gua decide nak guna girl next door pada awalnya.Tapi bile pikir balik,tak catchy pulak.Jadi gua mendirect translatekan..jadi gadis sebelah pintu.Gua syak, nama gua ni lain dari lain. Jadi, senang sikit org nak ingat ye dak?

2.Kenapa memilih untuk menjadi anonymous blogger?Apa yang mahalnya menjadi misteri?

Gua nak jadi lain dari org lain.Gua tak nak dikenali dgn rupa gua,tapi tulisan.Dan gua tak nak jadi tipikal awek2. Pesen letak gambar kt blog mata besar-besar, camera ke atas, buat muka comel-comel.Gua bukan jeles,tapi gua mmg tak comel. 

Berusaha utk menjadi comel itu melibatkan tenaga tahu?Penat.penat.

3.Tidak pernah terfikir untuk mendedahkan identiti ke?Mungkin ia akan lebih mendekatkan anda dengan pembaca.

Maybe someday.Entah bila.Tunggggu....perghh,mcm dlm Melodi dulu-dulu pulak kan..hahaha.Ada jugak terfikir.kdg2 gua rasa nak join gathering blogger.Mungkin,masa tu identiti gua akan direveal.tapi buat masa ni gua lebih selesa dgn alter ego ni.


4.Anda juga seorg musician.bermain organ dan juga gitar.Tapi kenapa tidak menonjolkan bakat anda itu di blog?Takut diserbu peminat?


Bukan.bukan.Mmg betul gua boleh main organ dan gitar.Gua attend kelas organ seawal umur 3 tahun.Gitar pula,baru sebulan.Gua skrg tak stay dkt rumah,jadi organ takde.mcm mana gua nk selitkan lagu2 dari organ?
Sedangkan,gitar pula, gua tak power lagi. Tunggu gua power.Lagu first gua akan mainkan ialah Ayam Den Lapeh.Hahaha.Amecam?

5.Majoriti idea anda untuk menulis datang dari mana?Semasa bershopping,termenung,atau idea itu dtg dlm bentuk mimpi mgkin?

Gua pesen tulis ikot sedap jari.Kadang-kadang,idea tu datang mase gua tgh naik moto gi kelas.Gua jugak jenis suka memerhati.Kalau gua rasa benda tu menarik,dan gua boleh tulis,gua tulis je.

6.Anda merupakan antara ribuan blogger Malaysia yg belajar di luar negara..Ceritakan sedikit pengalaman anda.Tak rindukan nasi lemak dan sikap tipikal org melayu ke?

Takpe.member gua ramai nak tolong masakkan nasi lemak.Sikap pula, rindu juga kadang-kadang.Heh.Tmpt gua ni,gua namakan sebagai Hell.Sebab, tempat ni tmpt paling tak best yg gua pernah dtg.Utk habiskan 5 1/2 - 6 tahun dkt sini,bukan mudah.Macam-macam dugaan.

Tapi org kate,everything happens for a reason kan?Banyak jugak yg gua belaja dkt sini. Gua lebih cintakan Malaysia. Gua belajar untuk bersyukur dgn apa yg gua ada. Gua mulai sedar, banyak lagi org yg tak bernasib baik mcm gua.

7.Bagaimana anda boleh terjebak dalam kancah Gengblogger?

Gua tgk dari facebook siggplus dan beberapa blogger lagi.Letak link gengblogger dekat facebook.Gua pun masa tu takde keje.Gua klik je la.
Dan gua addicted.time kaseh Kong sebab mewujudkan GB.

8.Apa  syurga dan neraka,Darth Vader dan Obi Wan Kenobinya tentang gengblogger?

Syurganya,gua dpt byk mmber.byk member = byk cerita.byk cerita = byk pengalaman.
Nerakanya,gua dah addicted.ni internet rumah gua plak kene potong.gua agak terseksa rasanya.

9.Pendapat anda tentang group "i hate" di Facebook?Adakah anda bersetuju dgn kemunculan group-group seperti ini?

Bagi gua,itu hak masing-masing tapi kalau org invite,gua rasa nak karate dada org tu.Menyemak betol dgn invitation.Sama juga dgn group berasaskan MLM ni.Gua dah kaye budi bahasa, tak perlu lg gua kaye duit.tamak pula rasanya.

10.Ehem-ehem.Ciri-ciri lelaki idaman anda?

Herm...
Firstly,gua nak yg tua dari gua.Supaya,bila dah tua nnt,gua xnmpk lg tua dr die.
Secondly,mesti tahan telinga dengan makian dan carutan gua.
Thirdly,mesti syg mak die.sebab bagi gua,lelaki yg syg mak ni,reti how to treat woman dgn bagus.
Lastly,education penting.Itu sahaja.

11.Terpilih untuk diwawancara sebagai Blogger Bulan Ini.Apa perasaan anda?Rasa nak terjun bangunan?

Suka suka.Time kasih pada alep kerana sudi menginterview gua.Lu memang comel!Dan juga kepada Gengblogger khususnya kerana memilih gua.Gua sangat happy hingga sampai sekarang senyum gua tak hilang lagi ni.

12.Ucapan untuk pembaca-pembaca blog anda di luar sana?Atau siapa-siapa sahaja yang ingin anda tujukan apa-apa mesej.

Pesanan gua.
Membaca itu jambantan ilmu.
Teruskan membaca walau anda dlm jamban sekali pun
Itu tujuan di shopping complex jarang disediakan jamban cangkung.Lebih byk pesen duduk,supaya lebih selesa anda membaca.

See,semua yg dicipta mmg ada sebab tertentu kan?hahaha.


Terima kasih kepada GSP kerana sudi dinterview oleh gua dan tahniah sekali lagi.akhir kata gua akhiri sesi terjah sampai pecah kali ini dengan serangkap pantun.

Hang Jebat,Hang Kasturi,
Budak-budak Raja Melaka,
Kiri duri,kanan pun duri,
Kalau mencuri,memang celaka.



5 carutan:

peh alep!!!
ada unsur2 bias ke ni beb??
hahahaha~
anyway, congratz gsp!! ;p

 

wah!beshnye,,hehe,,setuju yg no 2!!

 

kau interview la jd pengacara terjah..bangga aku nt sbagai budak taman kau..

 

hoho..panjang giler interview..