roti-roti cinta - ep 3

"hukuman??apa salah kami??",kata sang pemuda separuh merayu..
dia terduduk apabila memikirkan yg mungkin jantungnya akan dirobek keluar.
tali perutnya dipintal2 dan seluruh anggota badannya dimamah..
serta merta dia merasa ngilu..

"salah kau ialah apabila cuba melamar gadis itu",kata alien bersahaja..
muka pemuda itu kemerahan.. malu apabila mendgr perkataan "melamar" disebut oleh alien..
"errr..tapi dia x ckp lg yg die stuju menerimanya",jawab pemuda mempertahankan diri..

"hey!btol ke apa yg dia katakan?",tanya alien pada si gadis smbil mengaru2 sesungutnya..
si gadis hanya mengangguk..
pemuda pula mula tersenyum kerana menyangka dia sudah selamat.

"hmmm..x mengape..kalau dia tdk bersetuju ini menjadikan kau loser,
dan loser mmg patut dihukum",kata alien smbil tersengih..
serta-merta pemuda itu merasakan semuanya gelap..
si gadis hanya menggelengkan kepala melihat pemuda jatuh pengsan..

dlm hati kecilnya,dia juga bersetuju dgn kata2 alien..
"dan kau pula tdk akan aku hukum..terima kasih kepada rambut kau..
aku sukakannya..nampak pelik tapi cantik",kata alien yg berwarne purple itu.

dem..main kasar alien ni..ape kaitan rmbut aku..
si gadis itu mula mencarut2 di dlm hatinya..
"tapi ada syaratnya",smbung alien lagi.
kali ini dia sudah duduk..
mgkin penat memandu spaceship dari planet asalnya masih terasa.

"syaratnya ialah kau harus mencari M je..dan membuatkan dia benci kepada kau",kata alien yg tersenyum nipis.
"haa..mamat tadi 2?aku mana kenal dia..muka dia pon aku x nampak tadi..
camne ntah nak cari",protes si gadis pada alien.

"kau sudah tahu namanya bukan..dan kau juga tahu makanannya ialah roti sardin,
tentu senang utk kau mencarinya..",bidas alien.
jahanam alien ni,ingt penduduk malaysia ade 15 org je ke..
keluh gadis tersebut smbil menumbuk2 angin..

"aku beri kau tempoh 7 bulan dari skrg,dan jika 7 bulan dari skrg dia masih belum benci pada kau,aku akan pastikan kau terseksa",tegas alien.
"tapi apesal kau nak die benci aku?",tanya si gadis..

"sebab aku mula sukakan dia dan aku rasa yg kau bukan manusia paling sesuai dgnnya..
dia layak mendapat yg lebih cantik dan lemah lembut..
dan juga cerita ini akan jadi terlalu tipikal jika aku mahu kau membuatkannya jatuh cinta pada kau",jelas alien dgn panjang lebar..

gadis itu mengigit bibir..
jika tidak ditahan marahnya memang sudah lama dia menyepak mulut celupar alien..
tapi dia masih ingt yg dirinya cuma manusia biasa..
tiada kuasa utk melawan alien.

"ambil ipod ini,aku akan berkomunikasi dgn kau melaluinya.",alien mencampak sebuah ipod kepada si gadis..
alien tersebut kemudiannya bangun dan bergerak menuju ke spaceshipnya..

"ingat..7 bulan dari skrg!",kata alien berulang kali memberikan kesan gema yg cukup menjengkelkan..
alien masuk ke dlm spaceship itu dan perlahan2 spaceship itu mula terapung dan meluncur laju ke angkasa..

si gadis melihat spaceship itu hilang dgn fikiran yg kosong..
dia sedar hidupnya akan berubah mulai malam ini..
dia hanya ada tempoh 7 bulan utk mencari pemuda misteri bernama M itu..
dan juga membuatkan lelaki itu benci kepadanya..

"M",gadis itu berkata seorg diri..

bersambung...

0 carutan: