roti-roti cinta - ep 2

pemuda misteri itu duduk mencangkung sambil terbatuk2..
dia menarik nafas panjang smbil mengepak2kan tgnnya..
"oh ye..soalannye ialah...",kata pemuda misteri itu smbil tersengih..
alien,sang pemuda dan si gadis menanti pemuda misteri itu menghabiskan ayatnya..

"sekejap,lupa pulak nak buat",kata pemuda misteri itu smbil menyeluk poket seluarnya.
pemuda misteri itu mengeluarkan sekotak rokok..
dia mengambil sebatang dan membakar rokok itu..
asap berkepul2 menyebabkan suasana menjadi sedikit seram..

sang pemuda dan si gadis kehairanan melihat kelakuan ganjil pemuda misteri itu.
dari gerak gerinya,dia tdk lngsung kelihatan takut dgn kewujudan alien.
alien pula menahan rasa marah,
apabila melihat pemuda misteri itu asyik menghisap rokok smbil sesekali membuat huruf "O" dari asap yg dihembusnya..

"woi mangkuk!kau nak tanya apa tadi?",jerkah alien..
"oh sory2,lupa plak nak tanya",pemuda misteri itu bersuara..
"sory2 naek lori la",jawab alien dan kemudiannya ketawa..
pemuda misteri ikut sama ketawa dan memecahkan kesunyian mlm itu..

sang pemuda dan si gadis terpinga2..
adegan apakah yg sedang ditonton oleh mereka.
alien yg membuat lawak bodoh dan manusia yg tdk takut pada alien..
perkara ini masih rare bagi mereka.

"aku baru lepas makan roti sardin".
"kau agak aku sesuai tak dengan dia?",tanya pemuda misteri tersebut smbil menunjukkan jarinya kepada si gadis.
si gadis terkejut,sang pemuda apetah lagi.

tapi alien kelihatan tenang.
"hmm..roti sardin..",alien berkata seorang diri.
belum sempat alien menyambung ayatnya,pemuda misteri itu tibe2 berdiri.
dia mendekati alien smbil menyeluk skali lagi poketnya.

kali ini alien pula yg berasa cemas.
pemuda misteri itu berjalan perlahan ke arah alien dan
menyerahkan sekeping not berwarna hijau smbil membisikkan sesuatu..
"ini je yg aku ada,tlg jage sket maruah aku",bisik pemuda misteri itu..


alien nampak berminat pada benda yg dihulurkan oleh pemuda misteri..
bukan kerana dia tahu yg ianya wang tapi kerana warna benda tersebut..
di planet asal alien warna hijau tdk wujud sama sekali.
oleh sebab itu dia menerima dgn riangnya..

"hmm..aku rasa kau lebih sepadan dgn dia",kata alien pada si gadis.
si gadis mengerutkan dahi smbil mengangkat2 keningnya..
"aku rasa roti sardin lebih kena dgn roti pisang..
dan bukannya roti telur",sambung alien smbil memuncungkan mulutnya
pada pemuda..

cilake alien ni..ape motif roti sardin lagi sesuai..
lagipon x pernah dibuat org tgk jodoh melalui makanan.
protes pemuda tp di dalam hati.

pemuda misteri pula sedang mengangkat tangannya.
lagak seperti seorg wrestler yg baru menang tali pinggang.
tiba2 dia melihat jam tangannya.
"aiyok!!dah pukul 12!",jerit pemuda misteri.

"hey my future wife,sy balik dahulu",jerit pemuda misteri pada gadis.
bengap punye jantan..suke2 hati je pnggil aku future wife die..
carut si gadis dlm hati..
"tunggu!",alien menjerit tibe2..

pemuda misteri berhenti dan menoleh kepada alien.
"nama kau.aku tak tahu lagi nama kau",tanya alien.
"M..panggil aku M je",pemuda misteri melaung..
"gembira bertemu kau M je",alien berkata lagi..

"hahaha..kau kelakar.aku suka org yg kelakar..
oh ye,aku rasa kau dh silap hari..
hari ni bukan hari halloween!
tapi aku suka kostum kau!!",jerit pemuda misteri sambil menghilangkan diri di sebalik semak samun..

alien ketawa..
dia tdk faham tentang halloween atau kostum.
tapi dia suka pada manusia yg bernama M je tersebut..
belum pernah dia berjumpa manusia sepelik itu.

sang pemuda dan si gadis ternganga..
mendengar kata2 M cukup utk membuatkan mereka merasa begitu bodoh.
bodoh kerana percaya ada manusia yg tdk takut pada alien.

"dan kau berdua,jgn ingt ini semua sudah berakhir..
aku telah sediakan hukuman yg menarik utk kau berdua",kata alien smbil tersengih..
sang pemuda terkejut..hatinya seperti dipanah petir..
si gadis pula diam membisu.

bersambung....

1 carutan:

motif tanye soalan camtuh..
tak macho langsung
da ar kua dpd semak samun
ape mereka buat di semak samun ntah
huahauhuahuahuahuha