roti-roti cinta - ep 1

gadis itu menoleh,
mukanya kemerahan,
mungkin akibat menahan rasa malu,
apabila namanya dipanggil begitu kuat.

dlm hatinya mencarut2,
pada jejaka yg memanggil namanya tadi..
sang jejaka hanya tersengih smbil merapati gadis tersebut..

"please..kita pergi sekejap je",kata pemuda itu smbil menghulurkan helmet..
si gadis mengangguk lemah..malas utk melawan..
pemuda itu sama degil seperti dirinya..
jika membantah mgkin smpai esok mereka masih tercongok di situ.

sampai di tempat itu,si gadis merasa kagum..
kagum dgn betapa indahnya tempat itu..
taman yg dipenuhi bunga2,kolam yg tenang,
malah kelihatan beberapa ekor arnab berlari2..

untuk masuk ke dalam taman,
mereka perlu melalui sebuah gerbang yg diperbuat dari kaca,
apabila disinari dgn limpahan cahaya bulan,
gerbang itu kelihatan berkilau2 dan mengasyikkan..

"jom duduk kat situ",kata sang pemuda
smbil menarik tgn si gadis ke arah sebuah bangku..
dem..maen tarik2 plak..ingat aku lembu ke ape..
hati gadis itu berbunyi tp masih menurut pemuda tersebut.

gadis itu duduk sambil menikmati keindahan sekeliling,
manakala pemuda masih berdiri dihadapannya..
"thanks sbb stuju dtg ke sini bersama saya"
ujar sang pemuda smbil berdiri dlm posisi yg kacak..

"saya ada 1 tujuan kenapa saya ajak anda ke sini",
tambah sang pemuda seraya berlutut..
pulak..ape plak mamat ni nak buat.
bisik hati si gadis.cemas.

pemuda itu mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poket seluarnya,
gadis itu bertambah cemas,
mukanya pucat seperti tdk berdarah,
tapi masih kelihatan cantik apabila disinari cahaya bulan.

"will u...",kata pemuda itu dgn lembut..
tapi kata2nya terhenti apabila satu cahaya besar menyuluh mereka,
satu cahaya besar dari langit..
mereka berdua serentak mendongak ke atas.

"UFO!!",jerit mereka serentak..
suasana saspens menyelubungi malam itu..
UFO itu berlegar2 di atas mereka smbil mengeluarkan bunyi yg kuat.
semakin lama UFO itu semakin jelas,seperti mahu mendarat.

jantung mereka seperti mahu berderai..
apabila UFO yg mempunyai kaler sperti pelangi itu,
benar2 mendarat tidak jauh dari mereka.
sang pemuda bersedia mengambil langkah seribu..

tapi mematikan niatnya utk melarikan diri,
apabila memikirkan egonya akan musnah di hadapan si gadis,
mereka melihat UFO itu yg pintunya sudah terbuka
smbil berdoa supaya mereka tdk ditimpa musibah..

"kahkahkahkahkahkahkah!!!"
satu bunyi ketawa yg kuat datang dari UFO itu..
kelihatan seekor alien berjalan keluar dari pintu,
sambil menekan2 perutnya..

"kau dari mana sebelum datang kesini?",tanya alien tersebut pada pemuda.
pemuda itu kehairanan bagaimana alien itu boleh bercakap bahasa melayu,
tapi dirinya tetap masih berasa takut..
sambil tergagap2,dia menjawab pertanyaan alien itu..

"err..da dari kekekedai mamak",jawab sang pemuda.
"ape yg kau makan?"tanya alien itu lagi.
"roti telur",jawab pemuda itu ringkas tp hatinya masih terasa pelik..
bangang ke ape alien mkn ape pon nk tnye.

"dan kau?",kata alien smbil menudingkan jarinya pada si gadis.
"aku makan roti pisang..ape hal?",jawab gadis itu berlagak kental..
"kahkahkahkahkahkahkah",alien itu ketawa.sekali lagi.
pasangan itu memandang alien dgn penuh tanda tanya..

"kau berdua tidak ditakdirkan utk bersama,
tgk sahaja ape yg kau berdua makan aku sudah tau kamu tdk sepadan",
kata alien tersebut smbil ketawa terbahak2..

"tapi kami sama2 makan roti encik alien",pemuda itu cuba membantah.
"makan roti telur dan roti pisang tak semestinya bersatu",jerit alien..
sang pemuda terdiam begitu juga si gadis.
suasana semakin saspen..

tiba2 suasana genting itu dikejutkan dgn satu suara.
"tggu!saya ada satu soalan".
bukan alien yg berkata,bukan juga pemuda atau si gadis.
suara itu datang dari individu lain.

entah datang dari mana,seorang pemuda misteri keluar dari semak samun.
mukanya tdk jelas kelihatan kerana dia memakai hood
dan cahaya bulan pula diseliputi awan.
"sekejap,biar sy ambil nafas sebentar",kata pemuda misteri itu termengah2.

kali ini bkn saje sang pemuda dan gadis kehairanan,
alien juga merasa begitu.

siapakah pemuda misteri itu?
apakah soalan yg ingin ditanyanya?
adakah dia berniat baik atau buruk?
dan adakah pemuda dan gadis tersebut akan diapa2kan oleh alien?

bersambung....