hari-hari bukan hari saya

lengan kiri gua membuat keputusan untuk memberi masalah sekali lagi..walaupon tidak seteruk dulu tapi cukup membuatkan badan gagah gua menerima kesannya..bebelan mak selepas melihat iklan susu anlene di televisyen memaksa gua untuk pergi ke klinik..tanpa ditemani siapa2 gua bergegas ke klinik yg hanya mengambil masa 5 minit dari rumah..kalau ikutkan hati nak je pergi lepak kt mana2 dan selepas sejam baru balik tp imaginary friends dlm bentuk angel memberi nasihat pada gua supaya tidak berbohong pada mak..

masuk dlm klinik kelihatan beberapa individu..sepasang suami isteri bersama bayi mereka,seorang lelaki tua dan seorang mak cik yg juga tua..gua mengeluh dan mmg itu pon yg gua jangkakan..hasrat utk melihat wajah2 yg memberi semangat tidak kesampaian..selepas mendaftar,gua rehatkan diri di bangku yg disediakan smbil menunggu giliran utk diperiksa oleh doktor..harap2 doktor perempuan.

sedang gua menunggu dan tertanya2 kenapa ruang merokok tidak disediakan dalam klinik,seorang gadis keluar dari bilik doktor.wajah yg gua kenali..gadis ini merupakan antara gadis pujaan di kawasan tmpt tinggal gua..ntah berapa orang yg mencuba dan yang pasti semuanya kecewa.gua btolkan snow cap di kepala dan mengubah posisi duduk gua supaya kelihatan seperti ahli korporat.

gadis itu menuju ke kaunter pembayaran..agak banyak juga ubat yg diberikan oleh pembantu klinik kepada gadis tersebut dan tiba2 malam itu jadi menarik.gadis itu tidak cukup duit utk membayar kos rawatannya..gua tersenyum,mgkin malam ini peluang gua utk mencuba..setakat 10-20 hengget ape sgtla klu nk dibandingkan dgn kesan masa depannya..

gua berjalan ke arahnya seraya berkata dgn lembut,"biar sy tlg bayarkan dulu".."ehh,xpe,xpe..sy boley call abg sy",bibir comel itu berbicara..gua tetap berkeras dan berkata yg dia boley memulangkan balik bila2 masa dan akhirnya dia mengalah.."berapa kak?",tanya gua kepada pembantu klinik yg sedang tersengih itu..

"RM105 sahaja" dan ayat itu cukup memberikan gegaran sekuat 7.5 pada skala richter pada hati gua..giler,sakit ape smpai seratus lebih..xkanla klinik ni ade buat pembedahan kosmetik plak..hati gua mengomel sendirian..dlm wallet hanya ade sekeping not 50 dan gua mulai cuak.

mengatakan yg gua tidak cukup duet akan merobek kejantanan gua di hadapan gadis itu..otak gua pantas berfikir dan badan dipaksa utk berlakon kelihatan yakin."seratus lima ringgit ye",kata gua dgn bersahaja smbil membuka wallet..gua keluarkan sekeping business card smbil menutup keseluruhannya dgn tapak tangan.."do u take credit card?",gua berdialog persis awal ashaari..

pembantu klinik itu menggeleng."sorry,sy x bawak cash byk sgt",sgera gua berkata pada si gadis."its okay,sy pon bwk card je jugak,ingatkan klinik ni terima",balas gadis tersebut."2 la pasal,nmpknye sy pon kene gi atm dulu ni..bubye",kata gua dan dgn pantas meninggalkan klinik tersebut sebelum situasi mengkhianati gua..

sorry mak,esok alif pergi ekk...ngeeeeeee...

0 carutan: