Cita - cita #2

Dulu time sekolah gua paling lemah bila cikgu tanya apa cita-cita gua. Masa darjah satu bila cikgu gua nama Miss Ong tanya apa cita-cita gua,selamba gua jawab nak jadi Miss Ong. Mengekek-ngekek Miss Ong ketawa masa tu tapi bila gua dah besar sikit baru gua tahu jawapan sepatutnya ialah jadi cikgu,bukan jadi Miss Ong. Harap-harap semua budak kelas gua masa tu dah hilang ingatan.

Masuk darjah 3,cikgu lain pulak tanya gua soalan yang sama. Macam la takde soalan yang mencabar lain lagi nak tanya. Kalau tanya soalan pasal paradoks pun gua boleh sengih-sengih lagi jawab agaknya masa tu. Kali ni gua jawab lagi power,gua kata gua nak jadi Maskman kaler hitam.Depan budak-budak lain gua kena marah,cikgu gua kata gua nak jadi benda bukan-bukan. Tapi gua tahu kalau cikgu gua masa tu layan cerita Maskman kompem dia sendiri nak anak dia jadi Maskman jugak.

Bila gua sudah berada dalam darjah 4,sekali lagi gua diaju soalan yang sama. Perasaan masa tu memang nak memberontak,rasa nak terajang papan hitam pun ada. Tapi oleh sebab gua sedar budak kelas depan macam gua tak boleh buat perangai bukan-bukan,gua jawab jugak. Gua cakap nak jadi McGyver. Semua budak diam tanda kagum. Cikgu gua punya kagum sampai dia cubit perut gua nak kaver kekaguman dia.

Pernah satu kali,gua tak tahu nak jawab apa sampai gua jawab gua nak jadi pembunuh upahan. Jarang-jarang budak darjah 6 boleh bercita-cita macam gua. Tapi yang tak sedapnya bila gua kena masuk bilik kaunseling,konon-konon cikgu takut gua betei-betei jadi pembunuh upahan bila besar nanti. Kamon la cikgu,jangan kata nak beli pistol,nak beli peluru pistol pun gua tak lepas sekarang ni.

Tapi sekarang bila dah besar,gua syak gua dah ada jawapan yang tepat kalau ada orang tanya apa cita-cita gua.





Yes,gua nak jadi Penjual Tong Gas.

Ulat Bulu

Ulat bulu atau Hairy Carpenter dalam bahasa orang putih merupakan serangga yang tidak bertulang belakang. Nama saintifik spesies ini ialah porthesia scintillans. Ulat bulu berasal dari keluarga lymantridae dan mempunyai kitaran hidup selama 26 - 31 hari. Antara tanaman yang sering diserang spesies ini ialah kacang panjang dan kacang soya.

Antara kerosakan yang sering didapati ialah di kawasan lenggai di mana ulat bulu memakan lenggai kacang dengan mengikis permukaan atau kulit lenggai. Ini akan menyebabkan buah menjadi cacat atau rosak. Kawalan yang sering dilakukan terhadap ulat bulu ialah dengan menggunakan racun serangga seperti permethrin(5 hst),deltamethrin(5 hst),tebufenozide(7 hst) dan diflubenzuron(7 hst).


Tapi apa cilake kat portal serangga ni tak tulis pun yang kalau kena ulat bulu boleh bengkak muka sampai 3 hari?!!!!Faking!!





P lumur garam ke muka S : Orang kata selain garam,rambut juga boleh menghilangkan kesan ulat bulu. Harap-harap makwe tak kisah pinjamkan rambut dia sekejap time dating nanti...kehkehkeh..

Power

Dua tiga hari ni kepoweran gua semakin menjadi-jadi. Semua benda gua lakukan secara kemas dan power. Mandi dengan power,zip seluar dengan power,makan nasik dengan power,usha makwe dengan power,dikejar anjing dengan power dan mencarut dengan power.

Pendek kata,power,power,power..

Sejajar dengan diri gua yang power,gua menyedari sesuatu yang ganjil berlaku di taman perumahan gua. Kutu-kutu yang selalu bersembang dari petang sampai ke subuh dah tak nampak batang hidung masing-masing. Yang masih setia dengan scene bersembang hanyalah makcik-makcik di bawah pokok.

Kalau nak diikutkan,memang gua boleh masuk korum join bersembang dengan hanya membawa bekal cerita Marimar dan Encantadia tapi masalahnya gua khuatir gua akan kelihatan tidak power jika melepak bersama makcik-makcik. Ini tak boleh jadi,gua terlalu power untuk duduk diam tanpa buat sesuatu!

Gua ambil keputusan untuk melepak seorang diri. Ini memang kerja power! Sambil duduk melepak,gua patahkan ranting-ranting kayu yang bersepah di atas tanah. Selepas dipatahkan gua membaling pula ranting itu dengan begitu power. Alangkah powernya jika gua mempunyai seekor anjing,sudah tentu gua dah boleh arah anjing gua ambil semula ranting tu.

Baru sahaja gua nak melepak secara power,gua dikejutkan dengan kedatangan sesuatu. Datangnya seperti awan putih yang berkepul-kepul menusuk hati. Senyumannya pula membawa maksud yang penuh erti. Ucapannya pula tak patut gua nanti-nanti. Dengan power,gua melesapkan diri dengan segera.




Barulah gua sedar rupa-rupanya gua tak berapa power lagi nak handle geng tabligh..

Garang

Sumpah lepas ni gua taknak makan kat Mekdi sambil layan internet lagi! Belum sempat ayam goreng masuk dalam mulut,selera makan gua dah terbantut disebabkan apa yang ada dalam internet.

Satu makanan tak terusik,laptop gua rasa nak campak,budak Mekdi gua rasa nak terajang akhirnya gua blah sambil sepak kerusi.




Yes,gua garang hari ni. Jangan tegur.