Kisah Puteri.

Tap tap tap tap tap! Bunyi hujan menitik ke atas bumbung zink. Gua melihat jam di dinding, pukul 3 pagi. Tepat. Gua tersengih memikirkan ada 24 jam sehari tapi gua memilih masa yang tepat untuk melihat jam. Bukan pukul 3.22, 3.18, 3.02 atau 2.59 tapi 3.00. Berapa ramai dalam dunia yang bernasib baik dalam scene melihat jam? 

Tap tap tap tap! Hujan masih menitik. Sesekali, angin meniupkan hujan hingga tempias mengenai badan sasa gua. Gua mencucuh rokok. Fuuuhhh. Dengan bersahaja gua menghembus kepulan asap hingga ia menjadi angin. Gua melemparkan pandangan ke luar. Cahaya bulan kelihatan samar samar dibayangi awan. Bunyi burung tukang kadang kadang kedengaran. Ayam sedang berteduh di bawah pokok rambutan, kelawar saling kejar berterbangan. Di atas tiang letrik, sepasang pontianak sedang memeluk tubuh kesejukan. Pemandangan yang membosankan. Gua menghela nafas panjang.

Tiba-tiba, bahu gua ditepuk dari belakang, gua menoleh dengan segera. Seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 3 tahun sedang tersengih memandang gua. Berpakaian baju tidur lengkap dan rambutnya yang lurus mencecah bahunya. Matanya bundar memukau dan pipinya yang tembam sedikit terangkat apabila dia tersengih. Gua mengangkat kening. "Apesal bangun?", tegur gua lembut. "Nak kencing", balas budak perempuan itu sambil mencebikkan bibir.

Gua terus mendukung budak perempuan itu dan membawanya ke tandas. "Nak abah teman masuk dalam sekali tak?", gua bertanya. Budak perempuan itu menggelengkan kepala sambil mengangkat ibu jari. Seminit. Dua minit. Tiga minit. Empat minit berlalu. Gua membuka pintu tandas dan menjengukkan muka ke dalam. "Pagi pagi dah main air", kata gua melihat budak perempuan itu leka membenamkan itik getah ke dalam baldi. Dia tersengih comel.

Gua mengangkatnya dan membawa ke bilik tidur. Selepas membaringkan dan menyelimuti tubuhnya dengan selimut, gua berdiri hendak berlalu pergi bila tangan gua ditarik. "Cerita dulu", kata budak perempuan itu sambil memeluk anak patung berbentuk harimau kumbang. Gua tersenyum dan duduk melunjurkan kaki di sebelahnya. Dia mengiring sambil memeluk pinggang solid milik ayahnya.

"Pada zaman dahulu, wujud sebuah istana yang didiami seorang puteri. Puteri itu begitu cantik hingga lelaki yang tidak meminati perempuan pun akan berubah selera. Namun begitu, puteri mengidap satu penyakit ganjil. Dia tidak boleh melihat pemandangan pada waktu malam. Suasana pada waktu malam jika dilihatnya akan membuatkan dia sakit teruk."

"Sakit? Puteri demam ke abah?", budak perempuan itu tiba tiba bertanya. "Haa, lebih kurang la", balas gua sambil membelai rambut budak perempuan tersebut. Dia menganggukkan kepala konon konon faham. Gua menyambung cerita.

"Puas raja cuba mengubatinya puterinya namun tidak berhasil walau berbagai cara dilakukan. Sudah puluhan doktor, tabib, ahli sihir, pakar sakit puan, ustaz darul syifa, doktor falsafah cuba merawatnya namun tidak berjaya. Penyakit ganjil puteri itu juga membuatkan ramai putera tidak jadi mengahwininya. Hinggalah pada suatu hari...."

Gua melihat ke sebelah, budak perempuan tadi sudah lena. Sesekali dia kelihatan tersenyum, mungkin dia sedang mimpikan sesuatu yang indah. Gua mencium dahinya perlahan.

 "Selamat malam Nico Robin, esok esok je la abah sambung cerita".


7 carutan:

kakca lettew . kakaka

 

Akhirny new entry dr brader leplep;-)

 

Finally new entry from brader leplep;-)

 

Kah kah kah.ape beza dua komen di atas ni ?jenis improvise komen orang ni real jugak

 

Finally terubat gak rindu di hati ini kat brader leplep :')

 

akhirnya..akhirnya...terubat rindu kat leplep :')

 

Update entry baru pelisss!