Azimat

Beberapa tahun yang lepas, gua sedang duduk di satu perhentian bas. Buat apa gua duduk kat situ, gua dah lupa. Sedang gua menyumpah sambil melihat makwe memeluk erat pinggang pakwe di atas motosikal, seseorang menghampiri gua sambil memberi salam. Seorang tua berbaju melayu dah lupa kaler apa, bermisai tebal dan bersongkok tinggi sedang tersenyum. "Tabligh!", jerit gua dalam hati. Kalau nak lari nampak sangat tak senonoh, jadi gua jawab salam, angguk kepala sikit, dan berikan senyuman. Seperti biasa, senyuman gua sentiasa manis.

Dalam hati kecil gua berfikir memang susah nak jumpa tabligh yang lone ranger macam ni, selalunya tabligh akan datang sekumpulan. Otak gua membuat rumusan, tabligh yang datang sorang sorang ni dia punya level mesti tinggi, paling kurang mesti pangkat staff sarjan. Gua perhati sekeliling, mungkin ada mana mana puaka yang gua kenal lalu berhampiran dan boleh diumpan jadi mangsa sekali. Kena ceramah sorang sorang memang tak patut.

Gua sedikit lega bila orang tua tersebut diam sambil memanding langit. Bajet deep. Tapi selepas beberapa ketika, dia menoleh pada gua. Gua panik. "Ingin belajar satu azimat?", tanya pakcik tersebut. Gua auto geleng kepala. Apa gila belajar azimat kat perhentian bas, tak pernah dibuat mana mana drama pun. Pakcik itu tersenyum lagi. Gua panik lagi.

"Jangan cepat menolak, lebih lebih lagi kalau yang datang itu rezeki", kata pakcik tua tersebut sambil memulas hujung misainya. "Takpela pakcik, saya tak sesuai", gua menolak dengan cara sopan. Pakcik itu ketawa kecil, macam gua baru lepas buat lawak hambar. "Begini, biar pakcik terangkan dahulu tentang azimat tersebut", kata pakcik tersebut.

*** Penerangan pakcik itu mengenai azimat tersebut terpaksa dirahsiakan supaya tidak ada yang tersesat***

Burung burung berkicau, angin sepoi sepoi bahasa dan akhirnya pakcik tua itu selesai memberikan penerangannya. Gua mula terpedaya. Bola mata gua bersinar macam baru tahu rahsia macam mana nak buat Kame Hame Ha. "Tapi ada syaratnya", pakcik itu mematikan semangat gua. Gua terus bertanyakan apa syaratnya.

"Syaratnya mudah sahaja, jangan mendedahkan aurat dan juga bahagian badan pada sesiapa termasuk ahli keluarga. Jika tidak ilmu itu tidak akan mujarab", kata pakcik tua tersebut. Gua terus pandang keadaan gua pada masa itu. Berseluar pendek, berbaju tanpa lengan, berselipar jepun. Masa itu gua memang cukup rebel, naik bas pun kadang kadang nak ikut pintu kecemasan.

Tidak lama selepas itu pakcik tua tersebut beredar dan gua melupakan seketika tentang perkara itu. Esoknya gua bangun dengan bersemangat. Sambil keluar terajang pintu bilik, gua pergi bersarapan pada pukul 1 petang. Ada member baru hello nak ajak lepak. Selepas siap mandi, gua memilih baju untuk dipakai. Tiba tiba, gua teringat semula kata kata pakcik tersebut. Gua berfikir sejenak.



Petang itu gua menunggang motosikal dengan berseluar pendek dan bertshirt belang belang. "Pergi meninggal dengan azimat", jerit hati rebel gua.

6 carutan:

keras sungguh hati kamu...kehkehkeh

 

Dasar lelaki rebel! Guling guling aku baca post ni leplep! Bhahahahahaha!

 

hahaha. pergi meninggal dgn azimat. molek2. :D

 

Cakap jelah brader terpengaruh dengan azimat and org tua tuu,,konon pegi meninggal,,Hek hek hek!