Entri yang tidak serius

Kahkahkah! Gua syak gua dah hilang bakat menulis blog. Ke gua memang tak pernah ada bakat tu? Gua nak salahkan siapa pun tak tahu ni. Dah 2 jam gua tenung dashboard dan akhirnya gua buat keputusan taip je apa yang gua rasa nak taip. Engko orang nak baca, engko orang baca lah. Nak mencarut pun takpe, gua faham. Kot gua tengok orang lain update entri pesen macam ni pun gua mencarut.

Alang-alang gua dah taip entri baru ni, izinkan gua buat beberapa pengumuman. Yang pertama, gua masih single dan takde makwe. Jadi siapa yang rasa macam nak jadi makwe gua dan hidup sengsara bersama sama, bolehlah goda gua. 

Pengumuman kedua, kalau takde aral melintang Terfaktab akan keluarkan dua buah buku baru hujung tahun ni kalau takde aral melintang. Faking apa sampai dua kali takde aral melintang ni. Dan yang penting buku tu takde kena mengena dengan topik cinta. Masalahnya sekarang, macam biasa gua tak hantar lagi bahagian gua. Entah apa mende gua nak hantar pun gua tak tahu. Kitab Terfaktab 3 pula akan menyusul awal tahun depan, cilake dah sampai 3 dah, rasa baru semalam gua tersengih sengih taip artikel untuk Kitab Terfaktab 1. Tapi masa mana pernah pandai tekan brek kan?

Pengumuman ketiga pula, gua syak Arsenal juara liga musim ni.





Sebenarnya gua rasa bersalah gila nak tekan button publish ni tapi apa boleh buat, gua manusia yang penuh dengan kekhilafan. Maafkan gua kalau tak mampu jadi blogger yang baik untuk engko orang semua. Akhir kata, pecah kaca pecah gelas, tanamkanlah sifat membaca, insyaAllah engko tak dapat nombor last.

7 carutan:

memang terase mahu mencarut..
tapi disebabkan lu berjaye wat gwa ketawe..xpe..gwa maafkan! hahaaaaaa

 

kadang-kadang menarik juga baca entri orang membebel ni .. :XD

 

entry macam ni yang buat lep lep jadi crush aku. haihh..lep lep ~

 

Asalamualaikum. Lep!! Lep! Lu tau
x? Lu sombong? Hahaha. Gua mention satu dua kt twitter, takda apa u respon. Lu mahal. Mahal! Hahaha. Tp,gua tetap try nk bg lu respon sekali pn xpe. :D gua minat lu bkn sbb lu hemsem. Eh? Hemsem ke lu?

Gua minat ke lu sbb lu hard fan arsenal. Okbai.